Baru-baru ini ada berita 4 orang terselamat dari mati terbakar hidup-hidup setelah kereta mereka terbakar. Kereta Perodua MyVi tersebut terbabas setelah tidak dapat dikawal.
Kejadian berlaku di KM371.2 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Utara berhampiran Slim River. Nasib baik kesemua penumpang, iaitu dua lelaki dan dua perempuan berjaya keluar dari kereta Perodua MyVi mereka yang terbakar.
Sebaik saja pasukan bomba datang, kesemuanya telah keluar dari kenderaan tersebut. Bomba ambil masa hanya dua minit untuk menghentikan kebakaran. Lebih dari 80% kenderaan itu hangus.
Anda sendiri tentu pernah terserempak dengan kejadian kereta atau kenderaan jenis lain yang terbakar. Biasanya api amat kuat menjulang dan memusnahkan keseluruhan kereta yang terbakar.
Bila kereta terbakar, walaupun tak menghalang lalu lintas, trafik akan jem teruk sebab ngeri melihat kereta terbakar.
Persoalannya bagaimana boleh berlaku kereta terbakar?
5 Sebab bagaimana kereta boleh terbakar
Untuk maklumat pembaca, kenderaan meletup adalah sesuatu yang teramat jarang berlaku. Jadi jangan risau. Tak perlu nak cuba bayangkan kenderaan tiba-tiba meletup ketika anda sedang memandu.Ia biasanya tak akan berlaku tak tentu pasal.
Tapi, kemungkinan untuk kereta anda terbakar, memang ada. Ianya di sebabkan oleh 5 perkara berikut:
Kereta terbakar sebab overheating
Kereta Perodua MyVi terbakar selepas terbabas. 80% dari pada kereta itu hangus |
Enjin memang akan panas bila beroperasi. Sebab itu ada mekanisma untuk meredakan kepanasan pada enjin tersebut.
Kereta ada radiator, ada kipas dan lain-lain yang bersangkutan. Tujuannya adalah untuk meredakan panas yang berlaku pada enjin.
Jadi bila kesemua mekanisma untuk menyejukkan enjin kereta anda gagal berfungsi, akan berlaku berlebihan panas dan ada potensi kereta terbakar.
Tak selenggara kereta dengan baik
Ada banyak jenis minyak atau cecair yang ada pada kenderaan anda. Cecair tersebut mampu mencetuskan kebakaran.Oleh itu jika ada kebocoran, ianya akan mengundang bahaya.
Maka dari itu, pastikan anda jangan main-main dengan aktiviti selenggaraan kereta. Aktiviti selenggara perlu berjadual. Pastikan mekanik yang anda percayai, bantu periksa betul-betul kereta tu terutaanya dari segi keselamatan.
Cetusan elektrik
Dalam kenderaan anda ada wayar. Ada juga bateri. Bila-bila masa sahaja ada potensi tercetusnya spark atau percikan api jika wayar tu tak elok, bocor dan tercentuh bahan api yang boleh menyala.Ini juga satu lagi akibat yang boleh mendatangkan bahaya jika anda mengabaikan maintenance kereta.
Semua masalah itu boleh dihindari kalau maintenance dijaga dengan baik.
Kemalangan akibat cuai
Ada masanya orang merokok dalam kereta atau main api dalam kereta. Ini boleh mencetuskan kebakaran.Tapi ada juga kes yang mana panas matahari menjadi kuat terfokus pada cermin kereta dan menyebabkan kebakaran berlaku dalam kereta tersebut. Macam anda gunakan kanta untuk bakar kertas.
Walaupun ianya jarang berlaku, tapi adalah bijak untuk sentiasa parkir di tempat yang terlindung dari panas terik matahari.
Kesilapan rekabentuk
Ada juga kes sebegini yang mana pembuat kereta tidak reka dan bina kenderaan mereka dengan baik dan selamat dari apa saja potenti kebakaran.Kalau jadi begini memang best sebab boleh saman pembuat kereta tersebut dan belasah duit mereka banyak-banyak.
Lain-lain
Sudah tentu satu lagi sebab atau punca kereta terbakar adalah bila ada orang sengaja curah minyak petrol dan cucuh api pada kenderaan anda. Biasanya samseng yang ganas suka buat kerja macam itu. Dalam cerita Tamil juga suka tayang babak macam itu.Kenderaan anda juga boleh terbakar bila berlaku kemalangan. Macam yang saya sebut kat atas tadi, kereta kita ada macam-macam bahan bakar dan banyak bahan yang mudah terbakar. Bila ada spark sikit atau percikan api, dan ada pula kebocoran minyak petrol, maka api akan menjulang dengan mudah dan pantas.
Tapi kebakaran biasanya akan berlaku hanya pada bahagian enjin sahaja. Jarang atau lambat nak merebak pergi kepada bahagian dalam kereta tempat anda duduk. BIasanya memang sempat keluar.
Pastikan kereta anda dipasang dengan semua alat penebat api yang boleh menghalang kebakaran dari merebak. Pastikan juga ada sediakan alat pemadam kebakaran kecil dalam kereta.
Moga ada manfaatnya untuk maklumat anda.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !