Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 July 2016

Kenapa burger tepi jalan tak bagus untuk dimakan

  Ano Nyme       19 July 2016
Kalau anda pusing seluruh semenanjung Malaysia, masuk segala pekan kecil atau besar yang ada, pergi ke taman perumahan dan melalau semua bandar besar, anda akan jumpa ada banyak stall burger tepi jalan. Tapi kena pusing dalam waktu petang sebab, hanya dalam waktu petang ke atas sahaja orang akan mula buka stall dan jual burger.

Burger dah jadi salah satu makanan biasa buat rakyat Malaysia sekarang. Raja burger atau lebih tepat lagi raja daging burger kat Malaysia ini sudah tentu ialah Ramli Burger. Burger keluaran Ramli Burger punyalah terkenal sampai orang sibuk sebarkan fitnah kononnya dia dah jual syarikatnya pada orang bukan Islam.

Yang peliknya, orang Malaysia kelam kabut sikit bila baca berita syarikat itu dijual kepada pemilik bukan Islam. Apa masalahnya kalau pemiliknya bukan Islam ?. Pemilik rangkaian McDonald yang ada di seluruh Malaysia juga bukannya orang Islam. Malah banyak lagi produk makanan atau minuman yang terkenal kat negara kita bukan dimiliki oleh orang bukan Islam.

Kalau nak disenaraikan mana satu produk keluaran orang Islam dan mana satu produk keluaran bukan Islam, sudah tentu produk keluaran bukan Islam tak cukup kertas untuk disenaraikan. Sebaliknya produk keluaran orang Islam terlalu sedikit. Cuba tengok seluar dalam yang anda pakai sekarang... agaknya orang Islam ke yang buat ?

Orang kita hanya pandai riuh rendahkan suasana sahaja, tapi tak ada kemajuan yang ketara dapat ditunjukkan dari segi pencapaian ekonomi dan juga pendidikan. Walau macam manapun, berbalik pada bab daging burger keluaran Ramli tu, tak perlu risau sebab ianya masih milik orang yang sama juga.

Tahap kebersihan burger tepi jalan

Berbalik pada bab kenapa burger tepi jalan tak bagus untuk anda. Ini yang nak saya tunjukkan salah satu contoh peningkatan tahap kemajuan orang kita kat Malaysia yang tidak berapa memberansangkan.

Cuba tengok semua burger tepi jalan kat tempat anda tinggal. Macam mana mereka beroperasi. Biasanya stall burger hanya perlu ada satu stall, ada dapur gas, ada bateri kereta untuk pasang lampu kalimantang bila hari dah gelap.

Kemudian mereka sediakan segala peralatan dapur lain termasuklah pisau, pemyagat timun dan sayur dan laian-lain keperluan. Sebuah timba untuk diisi air dan sebuah bekas tahan sejuk untuk kekalkan kesegaran daging burger. Itulah sahaja yang mereka ada untuk buat semua kerja jual burger.

Bila tak ada pelanggan, kawan-kawan taukeh akan datang melepak dan berborak kat sekeliling stall burger tersebut. Mereka hisap rokok, korek hidung, garu sana garu sini dan ludah sana ludah sini. Bila datang pelanggan, pembuat burger yang berbau rokok, baru korek hidung, garu ketiak, bangun dan pegang roti burger, ambil pisau dan potong roti.

Nak basuh macam mana ? sumber air tak ada. Kalau adapun satu timba kecil sahaja yang digunakan untuk basuh sayur, itupun jika mereka nak basuh.

Kalau nak diikutkan, semua pengendapi makanan mestilah menjaga standard tahap kebersihan dan kesihatan yang amat tinggi. Bukan main-main tak tentu hala ikut suka hati. Tapi itu tidak menjadi satu budaya orang kita. Malah kalau mereka kerja kat restoranpun belum tentu lagi amalan kebersihan akan diamalkan. Bergantung pada ketegasan pemilik restoran tersebut.

Cerita orang mati keracunan biasa kedengaran di negara kita. Masuk hospital sebab makan makanan atau minuman dari pasar malam bukan perkara baru. Malah ada yang mati sebab makan kenduri !. Punyalah tak bertamadun dan ke belakang tahap pengendali makanan kat sini ?

Buka kedai burger yang lebih selamat

Satu trend menarik yang boleh kita lihat di bandar-bandar sekarang adalah kewujudan kedai atau restoran burger yang dibuka oleh orang muda berbangsa Cina. Mereka buka kedai burger yang berkonsep dan menarik untuk sasaran pelanggan terpilih.

Itulah yang perlu kita kembangkan sekarang. Buka kedai makan yang menjadikan kebersihan dan kesihatan sebagai satu perkara wajib ada dan bukannya sekadar pilihan. Kalau nak kekalkan konsep stall burger tak apa, tapi fikirkan bagaimana kebersihan dan kesihatan dapat dipertingkatkan dengan lebih mantap.

Tak banyak kedai burger tepi jalan yang memenuhi kriteria sebegitu sekarang. Sebab itu orang yang prihatin terhadap kebersihan dan kesihatan lebih suka makan di McDonald atau kedai makanan segera antarabangsa lain. Sebab mereka punya standard kebersihan tinggi. Penguatkuasa pula amat tegas terhadap mereka. Tapi malangnya penguat kuasa pejam mata pada peniaga burger tepi jalan.

Kesian kat para penguatkuasa. Bila mereka berlaku tegas pada para penjaja cendawa lepas hujan, mereka kena maki dan diviralkan dalam media masa. Malah orang ramai akan kecam mereka sebagai kejam tidak perikemanusiaan dan sebagainya....
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa burger tepi jalan tak bagus untuk dimakan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. japgi ummah melayu kata penguatkuasa kejam, kacau periuk nasik peniaga melayu.

    padahal tak jaga kebersihan

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !