Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 August 2016

13 perkara buat anda mudah tidur berdasarkan kajian

  Ano Nyme       02 August 2016
Satu lagi tips bagaimana nak mudah tidur.

Tapi kali ini semua tips yang diberikan adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh para saintis. Ertinya, ini bukanlah satu andaian atau tekaan berdasarkan agak-agak. Sebaliknya dibuat kajian, perbandingan secara saintifik untuk menunjukkan keberkesanannya.

Sebab apa nak tulis lagi bab cara untuk mudah tidur ?

Sebabnya masalah susah tidur ini dah jadi satu masalah biasa yang dihadapi oleh manusia moden. Desakan kehidupan yang meruncing membuatkan manusia moden, yang tinggal dalam negara yang maju atau sedang membangun, terpaksa mengejar keperluan hidup.

Negara Malaysia juga tak terlepas daripada desakan hidup yang semakin meruncing. Kes jenayah dilaporkan setiap hari. Semakin hari semakan kerap orang viralkan kes orang berkelakuan pelik. Mungkin terjadi atas faktor desakan hidup.

Semua itu membuatkan manusia mengamali masalah susah nak tidur. Bukan tak boleh tidur. Tapi masalahnya, ia mengambil masa yang lama sebelum berupaya melelapkan mata dan tertidur.

Oleh itu, jom kita tengok apa saintis cadangkan pada kita untuk dilakukan, agar kita lebih mudah jatuh tidur lena dan dapat tidur dengan nyenyak dan seterusnya mampu merehatkan badan bersedia untuk kehidupan mencabar yang seterusnya.

1. Tutup lampu

Walaupun ini semua orang dah tahu, tapi perlu diulang lagi. Otak kita akan ingat hari masih siang dan menghalang keluarnya segala hormon yang diperlukan untuk menjadikan kita mengantuk kalau suasana masih terang benderang. Jadi tutup lampu atau biarkan suasana gelap-gelap dan suam serta redup.

2. Campak telefon pintar jauh

Banyak kajian menunjukkan bahawa melihat skrin samada telefon pintar atau komputer anda sebelum pergi tidur membuatkan anda rasa susah nak lelapkan mata. Jadi bila dah malam, elakkan terus dari membuka samada kompter atau telefon pintar anda. Terutamanya telefon pintas, jangan bawa masuk tidur letakkan di tepi tilam. Jauhkan terus dari tilam atau katil anda sebelum tidur.

3. Elakkan minum kopi

Kopi membuatkan tahap melatonin dalam otak anda berubah. Melatonin dirembeskan oleh badan anda apabila masuknya waktu malam. Bila tahap melatonin naik, anda akan mula rasa kurang peka dan rasa mengantuk. Kopi mengganggu proses rembesan melatonin ini. Biasanya melatonin akan mula dirembeskan selepas masuknya waktu 9 malam.

4. Jangan minum arak

Ini tak payah nak bagi tahu lagi. Arak walau apa sebab sekalipun perlu dielakkan dalam keadaan agama anutan anda masih Islam. Orang Islam tak sepatutnya ada masalah susah nak tidur sebab minum arak.

5. Elak tidur dengan orang yang membosankan

Pastikan orang yang anda tidur dengannya kat sebelah tu adalah seseorang yang membuatkan anda bahagia. Biasanya orang kat sebelah kita atas tilam tu merupakan pasangan hidup kita, jadi pastikan anda bahagia dengannya. Mungkin sebab itu pasangan yang tak bahagia akan mudah mengalami masalah tak cukup tidur.

Jika belum berkahwin, pastikan kawan sebelah anda, bukan seseorang yang membuatkan anda rasa bosan. Pastikan anda tidak tidur sebilik dengan kawan yang membosankan.

6. Bentukkan rutin sebelum tidur

Bina rutin sebelum anda masuk tidur. Contohnya gosok gigi dan segarkan mulut anda setiap kali nak masuk tidur. Anda juga boleh bina rutin lain seperti solat witir, atau baca quran, atau baca buku sebelum pergi ke bilik tidur. Yang pentingnya, ia mestilah satu rutin yang memberikan isyarat pada otak anda dah nak masuk beradu.

7. Suamkan kaki dan tangan anda

Biasanya kebanyakan orang akan rasa selesa dan mudah tidur bila kaki dan tangannya suam. Anda boleh rendamkan kaki dalam air suam terlebih dahulu untuk suamkan suhu kaki anda. Atau cara yang lebih mudah adalah dengan pakai stokin. Tapi ada orang yang rasa selesa tak pakai stokin. Anda perlu cuba terlebih dahulu teknik ini dan bandingkan.

8. Cuba berjaga dan tahan dari tidur

Ini agak luar biasa sikit. Teknik reverse psychology ini berjaya membuatkan orang yang rasa susah nak tidur dengan pantas lebih senang tidur. Cuba tahan mata dan cuba jangan lelapkan mata tertidur bila anda rasa susah sangat nak tidur. Cubalah, mungkin ia juga berkesan untuk anda.

9. Mandi air suam

Ini satu lagi kajian yang dah terbukti berjaya membuatkan orang yang rasa susah nak lelap mudah tidur. Walaupun kajiannya tak banyak, tapi anda masih boleh mencubanya. Sebelum nak pergi tidur, mandi dengan air suam, kemudian pergi tidur. Biasanya anda akan mudah tidur dan dapat tidur dengan nyenyak dengan berbuat begitu.

10. Bayangkan tempat yang membahagiankan

Biasanya orang yang hadapi masalah imsomnia merungut mereka nampak macam macam bayangan yang tidak menyenangkan bila nak tidur. Kajian menunjukkan jika anda mula bayangkan tempat yang membuatkan anda rasa bahagia damai dan nyaman ketika nak tidur dapat bantu anda mudah tidur dengan pantas. Apa tempat yang anda rasa damai ? kalau saya sudah tentu suasana kampung di waktu pagi tepi Ban Paen masa kecik-kecik dulu.

11. Dengar musik yang tenang

Kajian menunjukkan orang yang mendengar musik Klasik mudah tidur dan dapat tidur dengan nyenyak. Anda tak semestinya dengar musik klasik, tapi asalkan musik yang damai tenang dan nyaman, ia mampu membantu maslaah susah tidur. Asalkan bukan muzik Hardrock atau Heavymetal dah lah.

12. Pasang bauan lavender

Pasang bauan lavender membantu samada wanita atau lelaki untuk mudah tidur. Bukan saja mudah tidur, ianya juga membantu anda tidur nyenyak. Dan paling best, anda bangun nanti di pagi hari dengan lebih segar.

13. Cari cara lain yang berkesan untuk diri

Anda tentu perasa kesemua teknik di atas adalah bertujuan untuk melahirkan suasana yang damai dan tenang. Oleh itu, anda boleh cuba sendiri dan cari serta buat apa saja perkara yang boleh melahirkan suasana damai dan tenang untuk anda sendiri. Bila dah jumpa, teruskan dengan cara tersebut.

Demikianlah 13 perkara yang boleh anda buat untuk memudahkan anda cepat tidur yang disyorkan oleh saintis berdasarkan kajian. Selamat mencuba.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 13 perkara buat anda mudah tidur berdasarkan kajian

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !