Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 August 2016

2 cara hilangkan sakit tekak mudah dan berkesan yang anda boleh buat sendiri

  Ano Nyme       27 August 2016
Cuaca kat negara kita sekarang yang tak menentu boleh membuatkan anda sakit tekak bila-bila masa saja. Cuaca yang kejap panas kejap hujan menambahkan lagi potensi anda rasa sakit tekak. Biasanya anda akan sakit tekak akibat terkenan jangkitan kuman dan dilanda demam.

Sakit tekak memang tidak selesa rasanya. Mulut rasa tak sedap dan makan juga rasa tak berselera. Badan anda bertindak begitu supaya anda kurang makan. Bila kurang makan, maka kuranglah makanan lalu pada tekak anda. Tekak yang bersih juga membuatkan kuman tak suka. Jadi badan memang sengaja bagi anda rasa tak selera nak makan.

Tujuan utama badan buat macam itu adalah untuk pastikan kuman pada tekak tu mati dan sakit tekak anda cepat sembuh. Anda boleh rawat sakit tekak itu dengan cara yang mudah dan berkesan dengan buat sendiri sahaja tanpa perlu dapatkan ubat dari pharmasi. Berikut dikongsikan 2 cara berkesan hilangkan rasa sakit tekak yang anda boleh lakukannya sendiri di rumah.

1. Kumur dengan air garam

Ini cara yang saya selalu buat setiap kali dilanda sakit tekak. Ianya paling mujarab setakat ini yang pernah saya cuba. Lagipun, semua rumah ada simpan garam kat dapur tu. Mudah nak cari dan senang untuk disediakan. Biasanya anda akan terus lega jika diamalkan dalam masa sehari atau dua hari saja.

Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke dapur, ambil garam banyak sikit dan campurkan dengan air panas sedikit di dalam cawan untuk larutkan garan itu. Selepas itu, campur dengan air suam atau sampai penuh cawan. Garam kasar atau halus boleh digunakan untuk ubat sakit tekak ini.

Bila dah siap, anda cuma perlu kumur air garam tersebut kat tekak anda. Dongakkan muka ke atas dan kumur pada bahagian tekak. Tapi jangan telan air itu. Bila dah puas kumur, buang air garam itu. Anda boleh ulang dua tiga kali sampai habis air garam satu cawan itu. Terbaik jika anda lakukan dalam selang 4 jam sekali. Dan jangan lupa kumur juga sebelum masuk tidur supaya anda rasa selesa bila nak tidur nanti.

2. Minum air lemon campur madu asli

Kalau anda tak suka rasa garam yang memerit dan meloyakan di atas, anda boleh guna cara berkesan ini pula. Mahallah sikit sebab kedua-dua bahan iaitu madu asli dan juga lemon ni memang sedikit mahal. Tapi kali ini anda boleh jadikan ianya satu minuman yang sedap.

Ambil satu sudu besar madu asli. Campurkan dengan sedikit air suam ke dalam cawan. Perah pula lemon segar ke dalam cawan air bercampur madu tersebut dan seterusnya kacau sampau sebati. Bila dah siap, anda boleh jadikan minuman sepanjang rasa sakit tekak tu ada di mulut anda. Madu dan juga lemon punya bahan yang amat baik untuk melegakan sakit tekak anda dengan pantas.

Sakit tekak hilang dengan mudah

Kedua-dua cara di atas adalah amat berkesan dan mudah untuk disediakan. Jika anda ada lagi cara lain yang juga mudah murah dan berkesan dan boleh disediakan sendiri di rumah, jangan lupa kongsikan kat ruang komen di bawah. Jika menarik, akan saya update artikel ini supaya ada lagi teknik tambahan yang semua rang boleh manfaatkan bersama.

Terima kasih didahulukan... !
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 2 cara hilangkan sakit tekak mudah dan berkesan yang anda boleh buat sendiri

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !