Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 August 2016

Jam tangan Luminor Panerai yang seronok di lihat saja

  Ano Nyme       26 August 2016
Bila buat artikel pasal jam tangan, saya suka letakkan gambar jam tangan Panerai yang agak mahal tu. Biasanya kita samada dipaparkan nama Luminor Panerai ataupun Radiomir Panerai. Ada sejarah yang membuatkan jam tangan Panerai suka paparkan nama Radiomir atau Luminor tersebut.

Kali ini nak cuba cerita pasal jam tangan juga, tapi pasal jam tangan yang lebih mahal sedikit dari segi harganya berbanding jenis-jenis jam-jam tangan yang saya mampu atau tergamak nak beli selama ini. Jam tangan yang dimaksudkan sudah tentu pasal jam tangan Panerai.

Kedai jam tangan di Bangsar Village

Hari ahad yang lalu, saya bawa keluarga meronda di Bangsar pada waktu petang untuk makan petang kat Restoran Mahbub yang mengada-ngada tu. Kami bertolak dari Subang Jaya selepas anak-anak borong buku sakan kat MPH di Subang Parade. Selesai borong buku, masuk waktu asar, kami terus ke Masjid berdekan Subang Parade tersebut.

Mulanya nak makan atau minum petang kat sekitar Subang Jaya sahaja, tapi entah apa pasal teringat pulak kedai jam tangan dekat Bangsar Village. Dah agak lama tak singgah kedai jam tangan tu. Tentu ada banyak jam tangan second hand yang baru, yang belum saya tengok sebelum ini. Kedai tu jual jam tangan baru, tapi para pelanggan tetapnya kerap trade-in jam tangan mereka yang lama bila nak tukar pada yang baru.

Jadi, dipendekkan cerita, saya lencongkan keluarga ke Bangsar, kononnya nak pekena Roti Nan Cheese yang sedap tu. Memang anak-anak suka sangat masakan kat situ. Selain dari Roti Nan Cheese, mereka juga gemar makan Nasi Briani Aya Madu kat situ. Tanpa susah, semua setuju untuk ke Bangsar. Agenda utama saya hanya nak tengok kalau-kalau ada jam tangan second hand baru kat Bangsar Village nampaknya berjaya dengan mudah.

Jam tangan Luminor Panerai secondhand

Sebelum ke Restoran Mahbub yang terletak bertentangan jalan dengan Bangsar Village, saya bawa keluarga meronda kat dalam Bangsar Village dahulu. Mereka memang dah tahu saya akan masuk dalam kedai jam tangan tingakt satu tu macam biasa, dan semua yang lain akan ronda samada kat kedai buku MPH berhampiran kedai jam tangan tu atau pergi ke kedai lain.

Saya masuk ke dalam kedai dan terus pergi lihat jam tangan secondhand. Ternampak dua buah jam tangan jenama Panerai yang tak ada sebelum ini. Satu dari besi berkilat dan sebuah lagi daripada Titanium. Saya tak minta nak tengok jam tangan tu, hanya tanya harganya saja. Cina tu beritahu hanganya cuma RM16,900 sahaja. Itupun masih beluk ditolak diskaun jika saya berminat.

Oleh kerana khuatir saya buat gila beli jam tangan Panerai tu, saya buat keputusan untuk tidak minta mencubanya atas tangan. Sebaliknya saya minta nak tengok satu lagi jam tangan second hand yang menarik juga iaitu Omega Seamaster. Yang ini saya belek dan pakaikan pada tangan dan bincang pasal harga. Selepas tolak diskaun, dia tawarkan harga RM11,800 jika saya berminat. Tapi mesti bayar cash dan bukan kad kredit.

Sejarah ringkas Jam Tangan Panerai

Macam biasa, saya memang tak beli pun walau diskaun sehebat mana sekalipun yang mereka tawarkan. Akal waras saya masih tak boleh fikirkan alasan yang betul-betul baik selain daripada keinginan nafsu yang tak ada pasal. Sebab itu masih tiada dorongan kuat untuk membelinya lagi.

Walaupun begitu, saya masih teringat akan jam tangan Panerai yang dipamerkan di kedai tersebut. Satu dari besi berkilat dengan kulit coklat dan satu lagi dari Titanium dengan kulit hitam. Tak boleh bayangkan kalau saya beli dan pakai setiap hari. Tentu bahaya kalau ada pencuri yang tahu menilai harga sesebuah jam tangan. Lagipun sekarang ini ramai orang tertekan dengan sara hidup yang semakin mencabar.

Untuk puaskan hati, masa saya cari serba sedikit maklumat pasal jam tangan Panerai ini sebagai memenuhi keinginan hati. Dari itu baru saya tahu rupa-rupanya, asal usul syarikat jam tangan Panerai ini adalah sebagai pembekal peralatan canggih berkualiti tinggi ada tentera Negara Itali. Dan jam tangan Panerai itu merupakan salah satu dari peralatan hebat yang dibekalkan pada Royal Italian Navy sekitar tahun 1935.

Radiomir Panerai

Untuk memenuhi keperluan tentera khas Itali, itu Panerai mesti bekalkan jam tangan yang tahan lasak, boleh berendam masuk apa saja jenis air dan mampu dilihat walaupun dalam keadaan gelap. Ketepatan jam tersebut sudah tentu perkara asa yang perlu Panerai penuhi. Itulah sejarahnya jam tangan Panerai dengan bentuknya, saiznya dan rekaannya adalah untuk keperluan tentera Itali.

Radiomir yang ada pada nama jam tangan Panerai tu pulak adalah nama kepada sejenis bahan yang mengeluarkan cahaya fluorescent. Panerai telah menemui teknologi tersebut dan membuat kawalan paten untuknya pada tahun 1916. Bila Radiomir diletakkan pada angka jam tangan Panerai itu, maka bila dalam gelap, terang benderanglah di bacaan jam tangan itu.

Luminor Panerai

Pada tahun 1949, Panerai menggantikan Radiomir kepada satu lagi bahan bercahaya lain yang dipanggil Luminor. Sebabnya adalah kerana Radiomir mengeluarkan bahan radioaktif yang merbahaya. Luminor pula walaupun ada bahan radioaktif, ianya tidak merbahaya seperti Radiomir. Jadi sejak itu, Radiomir digantikan kepada Luminor.

Maka sebab itulah kita bleh lihat ada dua nama yang terkenal diberikan pada Panerai. Samada Radiomir Panerai ataupun Luminor Panerai. Dan kedua-duanya agak mahal yang bukanlah dibuat untuk orang biasa-biasa macam saya. Sebab itu saya tulis kat tajuk tu seronok dilihat saja...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jam tangan Luminor Panerai yang seronok di lihat saja

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !