Anda boleh lihat sendiri bagaimana kumbang tersebut beraksi pada gambar yang dipaparkan di bawah ini. Amat menakjubkan... subhanallah !. Ini bukanlah gambar tipu mainan atau olahan teknik photoshop atau sebagainya. Malah adalah kebolehan sebenar kumbang tersebut.
Fakta kumbang mampu tembak musuh
Berikut saya berikan sedikit maklumat berkenaan kumbang yang boleh menembak musuh ini untuk pembaca yang berminat ketahui dengan lebih lanjut:- Dalam bahasa inggeris, Kumbang ini diberikan nama sebagai "Bombardier beetles", bersesuaian dengan keupayaannya yang boleh menembak.
- Terdapat lebih daripada 500 spesis kumbang ini dan mereka dibahagikan dalam beberapa tribe iaitu, Brachinini, Paussini, Ozaenini, atau Metriini.
- Kumbang ini terdapat diseluruh tempat kecuali di Antartika. Mereka tinggal dalam hutan atau di padang rumput terutamanya di zon sederhana yang lembab.
- Kumbang ini adalah jenis karnivor. Biasanya mereka memburu mangsa di waktu malam.
Bagaimana kumbang menembak
Tentu ajaib bila difikirkan bagaimana kumbang ini mampu menembak musuhnya. Macam ada senjata pistol pulak yang diberikan khas untuk mereka. Tapi bukan sebarang pistol. Kumbang ini ada kelengkapan senjata seperti pistol yang dimasukkan ke dalam anggota badanya.
Terdapat dua bahagian dalam badan kumbang ini yang menyimpan dua jenis bahan kimia. Iaitu bahan kimia yang dipanggil hydroquinone dan hydrogen peroxide. Tindakan daripada campuran bahan kimia tersebut selepas disalurkan setempat di dalam badan kumbang itu mampu menghasilkan gas yang menghasilkan tembakan.
Campuran bahan kimia itu juga menghasilkan kepanasan menghampiri suhu air mendidih yang panas. Bayangkan jika ianya ditembak kepada mangsanya !. Malah kalau tembak pada manusia pun akan terasa kepanasannya.
Jika anda berminat, boleh tonton video yang dilampirkan kat bawah ini. Amat menarik sekali !
Campuran bahan kimia itu juga menghasilkan kepanasan menghampiri suhu air mendidih yang panas. Bayangkan jika ianya ditembak kepada mangsanya !. Malah kalau tembak pada manusia pun akan terasa kepanasannya.
Jika anda berminat, boleh tonton video yang dilampirkan kat bawah ini. Amat menarik sekali !
Banyak lagi yang kita belum tahu rupa-rupanya... !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !