Sebelum itu, jam tangan Seiko yang dinamakan Credor tu, saya dapat maklumat asalnya daripada Tuan Mukhlis Ibrahim, yang rajin berikan komen kadang-kadang bila saya tulis pasal jam tangan. Minat pada jam tangan mungkin menjadi faktor utama membuatkan beliau rasa nak berkongsikan apa yang dia tahu. Terima kasih pada belau saya ucapkan. Bagi orang yang baru nak kenal dunia jam tangan ini, macam saya, komen sedemikian amatlah saya hargai.
Kita balik semula pasal jam tangan lasak yang menjadi tajuk utama kali ini. Jika anda seorang yang lasak duduk tak diam suka buat aktiviti sukar dan mencabar, artikel ini mungkin berguna untuk anda dalam bab jam tangan. Kalau nak diikutkan jenis jam tangan yang lasak dalam masa yang sama harganya amat berpatutan, G-Shock atau jam buatan Casio dah mencukupi untuk memenuhi keperluan jam tangan dalam aktiviti lasak anda.
Tetapi, jika anda rasa nak keluarkan duit banyak sikit sebab mampu, tentu jam tangan lasak yang boleh digunakan dalam apa aktiviti dan keadaan sekalipun juga di mana saja anda berada, boleh dipertimbangkan. Maknanya, anda boleh pakai jam tangan lasak ini bukan saja ketika pergi panjat gunung, terjun jurang, mandi jeram, masuk hutan dan sebagainya. Malah anda boleh pakai juga dan amat sesuaipun jika anda pergi makan kenduri dengan baju batik belia 4B, atau pergi mesyuarat ahli majlis perbandaran sekalipun. Dalam erti kata lain, jam tangan yang all rounder yang serba boleh dan tahan lasak.
10 jam tangan lasak all rounder
Berdasarkan maklumat yang saya petik dari sini, berikut disenaraikan 10 jam tangan lasak yang boleh dipakai di mana saja anda berada:1. Breitling Aerospace Evo Titanium
Jam tangan jenama Breitling ni memang menjadi jenama kegemaran para pilot dan dah lamka kita kenal dengan jenama ni. Ada fungi macam-macam yang jam ini boleh buat seperti chronograph, countdown timer, alarm dan lain-lain semuanya hanya perlu dikawal dengan butang yang satu tu kat tepi. Jam ini juga berupaya menghantar isyarat kecemasan di mana saja anda berada di seluruh pelusuk dunia. Harganya dalam lingkungan RM18,000 saja.2. Clerc CHYE-144 Hydroscaph Central Chronograph
Jam tangan lasak ini sesuai samada atas darat mahupun dalam air. Anda boleh pakai pakain menyelam dan selam sedalam 500 meter dengan jam tangan ini tanpa ada masalah. Untuk tekan butang chronograph juga mudah dengan rekaan butang istimewa yang tak masuk air. Jam tangan ini nampak cantik dan elegan sekali walaupun anda pakai ke majlis khas atau formal. Harganya lebih kurang RM31,800 sahaja3. Victorinox INOX
Ini jam tangan yang amat mesra harga tetapi amat tahan lasak dan telah diuji segala kelasakannya. Dia telah diuji dengan direbus dalam air mendidih, diperam dalam ketul ais, dijatuhkan dari jurang yang berketinggian 33 kaki, dilenyet oleh kereta kebal dan 130 lagi ujian lasak lain. Semua ujian tersebut tidak dapat merosakkan jam tangan ini. Hebat nak mampuih !.Tapi ada orang yang tak suka dengan logo yang ada pada jam tangan ini. Walau macam manapun, jam tangan ini memag dah biasa ada dalam pasaran negara kita dan memang menjadi kegemaran mereka yang sporty. Apa yang menarik harganya cuma RM2,100 saja !
4. Damasko DA37
Ini jam buatan Jerman yang mesra harga berbanding jam tangan lasak dan tahan lama yang lain. Bahannya diperbuat dari bahan unik yang amat tahan calar walaupun pada keluli casing jam tangan ini. Ia lebih direka khas untuk juruterbang, tapi masih boleh tahan masuk sedalam 100 meter bawah air. Harganya hanyalah dalam lingkungan RM5,100 saja5. IWC Aquatimer La Cumbre Volcano Edition
Jam tangan ini merupakan antara jenama jam tangan mewah. Kelebihannya adalah dari segi tambahan bahan untuk membuatkan segala bahagian pada jam tangan ini lebih tahan dan lasak. Menurut pembuat jam tangan ini, jam ni susah nak rosak, mungkin sebab tu dia agak mahal. Harganya lebih kurang RM44,200 saja.6. Rolex Deepsea D-Blue
Mungkin tak perlu diperkenalkan lagi jam tangan Rolex, semua orang kenal jenama itu yang merupakan antara jenama paling dikenalai di seluruh dunia. Anda tentu akan kata ini bukan jam tangan lasak, lebih banyak dilihat orang bergaya mewah dan santai memakainya ketika minum di Cafe Mewah.Tapi sebenarnya jam tangan ini direka khas untuk orang yang kerjanya suka selam sedalam-dalamnya ke bawah laut untuk buat rekod dunia. Untuk itu, ketahanan jam tangan ini sekarang adalah lebih 11,700 kaki lebih dalam daripada rekod kedalaman yang pernah dibuat untuk menyelam. Harganya macam dalam lingkungan RM51,000 sahaja... tak mahal sangat !
7. Sinn EZM 7
Anda tentu tak pernah dengar lagi nama jam tangan ini kan, kalau anda jenis mangkaq jam tangan macam saya juga. Secara umum, tentu ada yang tak gemar dengan jam tangan yang ada banyak warna macam ini. Tapi semua warna yang ada pada jam tangan ini ada kegunaannya. Gambar jam ni kat atas sekali tu.Kita biasa dengar jam tangan direka untuk askar, untuk tentera laun dan untuk tentera udara dan seumpamanya. Tapi anda pernah dengar jam tangan direka khas untuk kegunaan anggota Bomba ?. Ha!, inilah jam tangannya yang direka khas buat anggota Bomba di Jerman. Warna pada jam tangan tersebut merupakan penanda masa untuk memantau keadaan pernafasan seseorang anggota bomba ketika beraksi. Jam tangan buatan Sinn juta terkenal dengan proses unik untuk menambah kekuatan dan ketahanan besi keluli pada kerangka jam tangan buatan mereka. Harganya dalam lingkngan RM11,000 sahaja
8. Kobold Phantom Black Ops Chronograph
Saya baru saja dengar jenama jam tangan ini dan masih tak pernah tengok jenama jam tangan ini secara real di kedai jam. Tapi jam tangan jenama Kobold ini mula dikeluarkan pada tahun 1998. Dari segi tahan ianya agak baru berbanding jenama jam tangan yang dah lama dalam pasaran. Dengar ceritanya, pemilik syarikat jam tangan Kobolt ini mendapat ilham mereka jam ini selepas berpeluang mendapat latihan dalam SEAL, kumpulan askar elit Amerika Syarikat.Hasil daripada latihan tersebut termasuk pergi panjat Gunung Averest, beliau mendapat banyak tips dan idea tentang apa yang diperlukan ada pada sebuah jam tangan untuk kegunaan lasak seperti dalam dunia ketenteraan. Hasilnya adalah jam tangan ini yang hanya dikeluarkan dalam kuantiti 50 unit sahaja setahun. Kalau anda beli, memang ada kelebihannya dan bermakna. Harganya dalam lingkungan RM18,400
9. Bremont U2/SS
Jam tangan ini lebih dikaitkan dalam aktiviti penerbangan dan juga dalam ketenteraan. Sehingga sekarang pengeluar jam tangan ini masih ada kerjasama dengan ketenteraan membuatkan ianya sentiasa relevan dengan tahan lasak. Bahan kelulinya pula diperkuatkan lagi dengan proses tambahan membuatkan ianya menjadi lebih kuat berbanding dengan keluli jam tangan orang lain.Jika pemandu jet dipancutkan dari kerusi kapal terbang untuk selamatkan diri, tiada apa-apa masalah yang akan berlaku pada jam tangan lasak ini. Jika anda jenis kaki panjat gunung, ini jam tangan yang sesuai untuk anda. Harganya dalam lingkungan RM20,600
10. Ball Engineer Hydrocarbon Spacemaster X-Lume
Ini jam tangan yang menarik sebab dalam gelap gulita sekalipun, anda masih mampu membaca waktu dengan mudah. Hasil daripada teknologi Tritium Tube, dalam gelap, cahaya pada indikator waktu akan bersinar terang dengan berbagai warna. Saya ada beli seutas jam tangan Ball ini tapi bukan model yang sama, bila dah terbiasa pakai Ball, rasa macam tak nak pakai jam tangan yang biasa lain yang tak bersinar cahaya dalam waktu gelap.Kelebihan jam tangan ini adalah harganya yang amat berpatutan. Ia merupakan jam tangan yang mendapat pengiktirafan COSC (Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres), ertinya diiktiraf dari segi ketepatannya. Ia juga ada kelebihan anti-magnetic dan tahan gegaran kuat. Harganya dalam lingkungan RM14,500
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !