Semua orang mula cakap pasal virus Zika sekarang yang dah mula datang ke negara kita. Tak habis dengan masalah demam denggi yang semakin tahun semakin meningkat, datang pula masalah Zika.
Nyamuk yang menjadi pembawa masalah demam denggi sekarang dah mula tambah satu lagi masalah sekarang. Selain denggi, nyamuk Aedes juga menjadi penyumbang keada masalah Zika. Selain dari itu, Zika juga boleh disebarkan melalui perhubungan kelamin. Ini menambahkan lagi masalah kepada orang ramai terutamanya yang dah berkahwin.
Oleh sebab gejala Zika tidak berapa ketara, kebiasaannya seseorang yang terkena virus tidak terasa sangat bahawa yang dia dah kena jangkitan Virus tersebut. Jadi tanpa dia sedari, mungkin akan melakukan perhubungan kelamin. Ini akan menyebabkan pasangannya pula berpotensi terkena virus Zika.
Tanam pokok halau nyamuk
Bagi yang terasa takut dan perlu lakukan sesuatu, tentu berusaha untuk membenteras nyamuk aedes dari wujud di persekitaran rumah mereka. Cara paling mudah adalah dengan menghapuskan semua tempat pembiakan nyamuk aedes. Iaitu apa saja takungan air bersih yang berada di tempat yang redup tanpa terkena pancaran cahaya matahari secara terus.Tapi jika anda sahaja yang susah payah hapuskan tempat pembiakan nyamuk sedangkan para jiran sekeliling buat tak peduli saja, tentu masalah tidak akan selesai. Oleh itu perlu difikirkan cara lain pula. Cara yang boleh menghalau nyamuk aedes, jika ada, dari datang ke rumah anda.
Cara yang biasa orang buat adalah dengan memasang ubat nyamuk. Ada banyak ubat nyamuk di pasaran. Anda boleh pergi pasaraya dan akan temui bersepah ubat nyamuk. Ada yang pakai letrik ada yang kena cucuh dengan api. Ada juga jenis aerosol yang boleh sembur di dalam rumah anda.
Tapi ada juga orang yang tak selesa dengan ubat nyamuk. Atau rasa masih tidak cukup dengan memasang ubat nyamuk yang ada di pasaran. Mereka mahukan tambahan usaha untuk halau nyamuk dari rumah mereka.
Jika anda mahu satu lagi cara lain, yang lebih selamat, dan lebih natural kata orang putih, anda boleh gunakan teknik tanam pokok. Pilihlah pokok yang boleh menghalau nyamuk dari menghampiri kawasan rumah anda. Saya dapatkan maklumat petua halau nyamuk secara natural ini dari The Star
10 pokok halau nyamuk
Berikut saya senaraikan 10 jenis pokok yang boleh anda tanam atas tanah sekeliling rumah anda. Jikalau tak ada tanah kat rumah, tanam saja dalam pasu. Bagi yang malas bekebun tu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk berkecimpung dalam hobi yang amat bermanfaat ini.1. Pokok serai
Pokok serai ini bukan saja boleh buat duit jika anda tanam dengan banyak di tanah rumah anda, malah ia juga mampu menghalau nyamuk. Pokok ini mudah untuk ditanam dan dijaga dan ada banyak di negara kita.2. Pokok Rose Geranium
Saya baru saja dengan nama pokok ni. Malah tak pernah tengok lagi macam mana rupanya. Tapi ini merupakan salah satu pokok yang baik untuk ditanam bagi menghalau nyamuk. Anda boleh pergi ke nurseri dan tanyakan pada mereka nama pokok ini. Atau jika nak mudah tanya saja pokok halau nyamuk.3. Lantana Camara
Orang kampung tentu pernah tengok pokok ini. Memang ada banyak tumbuh dengan liar kat kawasan kampung tu. Anda boleh pergi cabut banyak-banyak dan mula tanam sekeliling rumah pokok Lantana Camara ini. Saya tak pasti apa nama kampungnya, jika anda tahu boleh tolong berikan nama kampung pokok tersebut.4. Pokok Marigold
Anda tentu tahu pokok ini. Biasanya kita panggil pokok bunga taik ayam. Mungkin disebabkan baunya yang tidak berapa seronok dicium menyebabkan namanya begitu. Bukan anda saja tak suka bau pokok ini, nyamuk juga tak suka. Jadi ambil dan tanam banyak-banyak sekeliling rumah anda.5. Pokok Catnip (Kucing Galak)
Nama orang putihnya adalah Catnip dan nama orang Melayu adalah Pokok Kucing Galak. Pokok ini dikatakan amat digemari oleh kucing. Mungkin kucing jadi galak bila berbau dengan pokok ini sebab itu dinamakan sedemikian. Jika anda berikan setangkai pokok ini pada kucing, mereka akan kunyah jilat dan bergolek dengan pokok ini sampai meleleh air liur dibuatnya.6. Pokok Gelam Wangi (Melaleuca)
Nama orang putih bagi pokok ini adalah Tea Tree. Dikatakan berasal dari Australia tapi boleh didapati dan ditanam di negara kita. Anda boleh pergi nurseri dan dapatkan pokok ini untuk ditanam kat rumah. Ekstrak pokok ini sebenarnya digunakan sebagai herba penjagaan kulit yang bagus.7. Pokok bunga cengkih
Ini semua orang kenal terutamanya tukang masak. Kita banyak pakai bunga cengkih dalam masakan samada ayakm atau daging. Bunga cengkih itu sendiri yang kering tu tak boleh halau nyamuk tapi jika anda tanam pokoknya, ia mampu menghalau nyamuk. Pernahkah tengok pokok bunga cengkih ni ?8. Bawang putih
Bawang putih ni bukan untuk ditanam. Tapi anda boleh kunyah bawang putih ni saja-saja supaya kulit anda akan keluarkan bau minyak bawang putih tu. Bau tersebut tidak digemari oleh nyamuk. Masaklah mee atau bihun dan letakkan banyak bawang putih supaya bau peluh anda macam bau bawang putih.9. Lemon eucalyptus
Anda tak perlu tanam pokok ini sebab pokoknya adalah berkayu dan besar tumbuhnya. Tapi anda boleh gunakan Lemon Eucalyptus Oil untuk sapau pada kulit bagi menghapu nyamuk. Atau boleh gunakan jenis aroma pasang kat rumah yang ramai dah buat sekarang. Biar harum dengan bau minyak ini dan halau nyamuk.10. Pokok dari keluarga pudina
Tanamlah apa-apa saja pokok yang daripada keluarga pudina yang sedap baunya tu. Pada asasnya pokok yang berbau kuat sebegitu sebenarnya mampu membuatkan nyamuk tak suka. Antara jenis pokok dari keluarga mint atau pudina ini adalah seperti pokok selasih, rosemary, lavender dan Taim-lemon.Dah cukup 10 pokok yang anda boleh gunakan untuk halau nyamuk. Ada yang boleh tanam dan ada yang tak boleh nak tanam. Cubalah mana-mana satu yang berkenan di hati dan jangan pupa kongsikan kat ruang komen jika ada tambahan maklumat.
Lantana Camara nama saintifik bagi pokok bunga tahi ayam ��
ReplyDelete