Sebab itu ada banyak jam tangan berjenama yang palsu ada terjual di merata tempat terutamanya di Jalan Petaling. Banyak lagi tempat lain di negara kita yang menjual jam tangan berjenama palsu yang hampir 100% menyerupai jam tangan berjenama asli. Bila ada permintaan, maka sudah tentu ada tawaran. Ertinya ramai orang yang teringin nak memiliki jam tangan berjenama tapi tak ada duit. Mereka sanggup buang duit untuk beli yang bukan asli.
Bagi anda yang memang ada minat dan ada duit untuk membeli atau membuat koleksi jam tangan berjenama, perlu berhati-hati sebelum membeli. Anda peru ada sedikit kemahiran untuk membezakan antara jam tangan asli dengan jam tangan palsu.
9 cara kenal pasti jam tangan berjenama palsu
Berikut di berikan sedikit panduan, bagaimana nak kenal pasti jam tangan berjenama yang palsu. Mungkin ada lagi tips lain yang tidak disenaraikan. Jika anda tahu boleh kongsikan nanti kat ruang komen di bawah.- Dengan dengan baik bunyi jam berdetik - Cuba rapatkan jam tangan mewah berjenama pada telinga anda dan dengar bunyi samada ia berdetik atau tidak. Jam berjenama yang mewah dan mahal dibuat dengan begitu halus melalui banyak pergerakan yang lancar dan sempurna. Oleh itu, biasanya jam tangan berjenama yang mewah biasanya tak ada bunyi. Semakin kuat bunyi jam berdetik, maka semakin jelas ianya palsu.
- Lihat kecacatan yang nyata - Tak ada jam tangan berjenama yang mewah dan mahal akan melepasi kualti pembuatan yang alai balai. Semua bahagian diteliti dengan halus dan sempurna supaya ianya adalah zero cacat. Anda perlu lihat samada ada calar, warna tak sekata, label atau tulisan yang tak seiring, tak betul atau tidak terletak betul pada tempatnya. Anda juga boleh cuba pakai, kalau tali jam tak tertutup dengan lancar dan halus serta mantap, ia sudah tentu palsu. Contohnya jam tangan rolex palsu logonya jarang betul-betul seimbang ditengah tempatnya yang betul.
- Lihat dengan betul huruf pada jam - Biasanya akan ada huruf atau nombor pada belakang jam atau depan jam. Jam asli yang dibuat dengan halus dan teliti sudah pasti amat jelas segala hurufnya, tersusun dan amat rapi sekali diukir pada jam. Jika huruf atau abjad tak jelas, tak cantik dan berterabur, sudah pasti ianya palsu.
- Angkat dan rasa berat - Biasanya jam tangan berjenama yang mahal dibuat daripada logam mahal yang amat berharga. Di dalamnya pula ada banyak parts kecil yang berfungsi dengan baik juga dibuat dari logam yang berharga. Oleh itu anda akan dapati beratnya adalah lebih daripada apa yang anda jangkakan berdasarkan rupa bentuk jam tersebut. Jika ianya ringan sangat, itu bukan jam berjenama asli. Untuk pastikan lebih lagi, anda perlu bandingkan beratnya dengan yang asli.
- Banding dengan maklumat yang ada - Anda perlu banyak buat pencarian maklumat. Sekarang dengan internet dan google, anda boleh dapatkan banyak maklumat tentang jam-jam berjenama yang telah dikeluarkan. Perhatikan dengan terperinci pembuatannya, lihat tanda dagangannya, teliti tali besi atau tali kulitnya dengan betul. Contohnya, jam tangan rolex buatan era 1930 an tidak ada penutup belakang dari cermin, semuanya adalah metal. Jika ada tawaran rolex sebegitu dengan belakangnya cermin, ternyata ianya adalah palsu.
- Lihat logo - Biasanya jam tangan berjenama ada beberapa logo yang sengaja diletakkan pada beberapa bahagian yang berbeza. Anda perlu buat kajian dan kenal pasti kedudukannya. Contohnya jam tangan rolex moden ada logo pada muka dalam jam, pada tali dan juga pada punat kekunci atau pemusingnya.
- Teliti muka depan jam tangan - Jam tangan berjenama mewah ditutup dengan minerap berharga seperti nilam atau sapphire dan bukannya cermin biasa. Pusing-pusingkan jam di tepi untuk lihat warna halus menerusi muka jam tersebut. Jika ianya adalah warna ungu, itu adalah nilam, sebaliknya jika warna hijau, itu adalah cermin biasa dan jam itu adalah palsu.
- Teliti tali jam - Biasanya akan ada satu atau dua logo pada tali jam tangan mewah berjenama terutamanya pada kekunci tali jam tersebut. Lihat betul-betul ada atau tidak. Begitu juga rasa dan teliti kesekataan tali itu, jika ianya tidak lancar, kekok dan tidak teliti serta halus, sudah tentu ianya adalah palsu.
- Lihat nombor siri jam - Cuba semak nombor sri jam tersebut dan bandingkan nombor sirinya dengan kotak. Kalau tak sama sah palsu. Dan berhati-hati daripada membeli jam tangan berjenama yang tak ada kotak !. Anda juga boleh buat semakan nombor siri dengan menelefon customer servis atau wakil pembuat jam tangan tersebut.
Jika anda memang ada minat untuk dapatkan jam tangan berjenama, pastikan beli yang asli. Jika tak ada duit, jangan beli terus daripada membeli yang palsu. Ianya salah dari segi undang-undang dan satu sikap yang buruk dan tidak beretika. Jauhi jam tangan palsu dan jauhi juga jadi agen atau penjual jam tangan paslu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !