Syarikat yang membuat Jam tangan Glycine berasal dari Bienne, Switzerland dan ia dah wujud sejak tahun 1914 lagi. Ertinya dah berusia 102 tahun !. Pengasasnya bernama Eugène Meylan, seorang pembuat jam tangan yang mahir.
Asalnya, Meylan membuat jam tangan kecil untuk kaum wanita. Jam tangannya disasarkan kepada pengguna yang kaya raya. Jam tangannya awalnya di buat dari emas dan palatinum dan dihiasi dengan intan permata. Dia pasarkan hasil buatannya di England dan Amerika ketika itu untuk golongan mewah.
Bila dunia dilanda peperangan, syarikat Glycine turut sama mendapat kesan dan terhenti perniagaan mereka. Selepas perang reda, Glycine hidup semula dan mula mereka beberapa jam tangan yang hebat. Jam tangan automatik pertamanya di reka pada tahun 1931. Koleksi jam tangan keluaran tahun tersebut masih ada di pasaran sehingga sekarang.
Antara jam tangan yang mendapat tempat dan diminati dalam pasaran adalah Glycine Airman. Jam tersebut dipasarkan kepada tentera, terutamanya tentera Amerika.
Pengalaman beli jam tangan Glycine murah
Harga yang ditawarkan untuk memiliki jam tangan Glycine ini punya perbezaan yang amat ketara. Dari yang agak mahal seperti model Glycine Airman Airfighter yang berharga RM17 ribu ke atas sehinggalah yang murah dalam kadar RM3 ribu lebih.Jam tangan Glycine yang saya cuba adalah dari jenis yang murah sahaja iaitu dalam lingkungan RM3 ribu. Itupun saya tak beli dalam harga asal yang ditawarkan, saya dapat separuh harga sahaja daripada seorang taukeh kedai jam tangan di Kuantan. Ertinya saya dapat dalam harga RM1500 sahaja.
Oleh sebab agak murah dan memang tak dapat lagi kat tempat lain jam tangan automatik yang diberikan diskaun 50%, maka saya belasah beli satu dari taukeh itu. Jam tangan Glycine yang saya beli adalah dari model Glycine Combat 6 Automatic. Warnannya tanahnya hitam dan kulitnya asli juga berwarna hitam.
Saya pilih jam itu sebab rupanya yang ringkas dan punya perkara asas sahaja seperti jam, minit dan saat. Juga ada haribulan sebelah kanan yang jelas dan senang dibaca.
Perkara yang sering saya tertanya-tanya adalah tentang ketepatan jam tangan automatik samada ia amat tepat dan tak perlu dibuat adjustment dalam tempoh masa yang lama seperti jam tangan quartza yang ada di pasaran, tepat dan murah.
Sangsi dengan tahap ketepatan inilah yang membuatkan saya tak berapa suka beli jam tangan automatik. Rasa macam tak berbaloi sebab kita pakai jam tangan untuk tahu pukul berapa. Asasnya adalah ketepatan waktu. Bila dibandingkan antara automatik dengan quartza, sudah tentu quartz adalah pilihan terbaik. Bukan saja murah, malah amat tepat. Sedangkan jam tangan automatik, dah la mahal, tak berapa tepat pulak tu.
Dengan terbelinya jam tangan Glycine automatik tersebut, maka bolehlah saya buat eksperimen samada betul atau tidak sangkaan saya selama ini bahawa jam tangan automatik adalah tidak berbaloi untuk dibeli.
Jam tangan Glycine yang tak tepat
Setelah beberapa lama memakai jam tangan Glycine automatik tersebut, maka sahlah sangkaan saya selama ini. Memang tak boleh nak percaya sangat ketepatan jam tangan automatik berbanding jam tangan bateri.Jam tangan yang saya beli itu enjinnya agak sedikit cepat daripada waktu sebenar. Setelah saya betulkan pada waktu yang betul, ia akan berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih awal berbanding waktu sebenar. Dalam tempoh sebulan, saya perlu adjust semula pada waktu yang betul.
Itulah kelemahan jam tangan automatik. Tapi perlu diingat bahawa jam tangan automatik yang saya beli tu adalah dari kalangan model yang berharga rendah !.
Daripada pembacaan, saya dapat tahu antara jam tangan yang amat tepat, adalah dari jenama Grand Seiko. Kalau anda beli model GS yang paling murah kat pasaranpun, ketepatannya adalah lebih baik daripada mana-mana jam tangan automatik lain terutamanya dari buatan Swiss.
Lepas ini saya nak perhatikan pula jam tangan dari jenama Ball yang ada dalam koleksi saya. Kita tengok samada ketepatannya adalah lebih baik daripada Glycine atau tidak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !