Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 September 2016

Perlukah panaskan enjin kereta terlebih dahulu sebelum jalan ?

  Ano Nyme       09 September 2016
Setiap pagi sebelum pergi ke tempat kerjanya, Kazim akan panaskan enjin keretanya terlebih dahulu dalam masa yang agak lama. Bila dia dah bersiap, sebelum makan sarapan pagi yang disediakan olejh isterinya, Kazim akan keluar ke depan rumah, dia akan hidupkan enjin keretanya dan masuk semula ke dalam untuk bersarapan.

Apa yang Kazim buat seperti yang digambarkan di atas adalah amalan ramai orang lain lagi di negara kita. Mungkin anda sendiri yang sedang membaca artikel ini juga merupakan salah seorang daripada mereka yang mengamalkan cara tersebut. Bila dah dapat lihat asap naik dan ada titisan air pada ekzos kereta, barulah terasa yakin bahawa kenderaan anda sudah bersedia untuk digunakan pada waktu pagi tersebut.

Apakah amalan panaskan enjin kereta terlebih dahulu sebelum jalan setiap pagi merupakan amalan yang perlu. Baguskah buat macam tu ?

Panas enjin dengan biar melahu

Bila anda panaskan enjin kereta, ia akan berada dalam keadaan melahu. Orang putih ada perkataan spesifik terhadap perbuatan macam itu, mereka panggil ' Idling '.

Ia merupakan satu aktiviti yang berlaku pada kenderaan samada kereta atau 4x4 atau apa jenis kenderaan sekalipun, di mana enjin hidup tapi kenderaan tidak bergerak. Duduk kat situ statik dan melahu saja tak berhenti-henti. Bila kita panaskan enjin kereta, macam itiulah jadinya setiap pagi.

Kereta berada dalam keadaan melahu ini bukan saja dengan sengaja seperti mana yang anda selalu buat setiap pagi. Kadang kala, malah kerap juga berlaku, kereta berada dalam keadaan melahu, dengan enjin hidup tapi kereta tak bergerak bila terpaksa berhenti depan lamu isyarat merah. Dalam keadaan tarfik jem juga kerap jadi begitu. Juga bila tunggu penumpang tepi jalan dan pemandu malas nak matikan enjin.

Biar enjin melahu tidak bagus

Kebanyakan dari masa, membiarkan enjin kenderaan dalam keadaan melahu adalah tidak diperlukan. Apatah lagi jika semua orang tahu betapa amalan tersebut sebenarnya tidak bagus untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar kita yang sudah banyak tercemar udaranya.

Kenapa biar enjin panas tidak bagus

Berikut adalah antara sebab-sebab kenapa amalan membiarkan enjin panas atau melahu dan tidak bergerak tidak bagus untuk alam sekitar.

  • Menambahkan jumlah asap kenderaan yang masuk ke udara - Asap yang di keluarkan daripada enjin kenderaan samada nampak asapnya atau tidak mengandungi banyak bahan yang merbahaya untuk kesihatan. Pencemaran dari ekzos kenderaan menyumbang kepada maslaah lelah, masalah paru-paru, elergik, penyakit hati, kanser dan lain-lain masalah kesihatan.
  • Banyak gas karbon dioksida yang akan dilepaskan ke udara. Ini menyumbang kepada masalah perubahan keadaan cuaca yang teruk sedang berlaku pada ruang udara muka bumi kita.
  • Aktiviti tersebut juga merupakan satu pembaziran. Anda bakar minyak tanpa sebab dan anda juga buang duit tanpa sebab yang diperlukan. Sebuah pick-up truck yang dibirakan panas enjinnya akan menghabiskan 1 gelen desel dalam masa sejam !

Jauhi enjin dalam keadaan melahu

Ada beberapa cara untuk elakkan amalan membiarkan enjin panas dalam keadaan melahu ini yang boleh anda lakukan. Antaranya adalah:
  1. Jika anda terpaksa berhenti kereta daam keadaan yang agak lama melebihi dari 10 saat. Pertimbangkan untuk tutup enjin sahaja terlebih dahulu. Jangan rasa minyak akan banyak habis jika anda hidupkan enjin semula sebab jumlah minyak yang kenderaan anda guna dalam keadaan melahu 1 saat jauh lebih banyak daripada jumlah yang diperlukan untuk hidupkan enjin.
  2. Tak perlu biarkan enjin melahu untuk panaskannya. Elok panaskan enjin anda ketika memandu. Ia lebih pantas sebanyak dua kali ganda berbanding membiarkannya melahu. Cuma jangan dok tekan ram kereta anda secara mendadak pada awal bergerak. Oleh itu tak perlu panaskan enjin lama-lama di waktu pagi sebelum pergi kerja.
  3. Tak perlu nak sejukkan udara dalam kereta dengan panaskan enjin sebelum bergerak. Tahanlah sedikit dan biarkan kereta anda sejuk ketika bergerak.
  4. Bila tunggu orang, letak kereta sebentar dan keluar untuk ambil barang sekejap atau lain-lain seumpamanya, pastikan anda tutup saja enjin tersebut.
  5. Tak payah gunakan kemudahan drive-thru. Apa salahnya pergi parking dan tutup enjin dan pergi masuk dalam bangunan. Jika terpaksa juga, tutup enjin jika tunggu lama tak bergerak.

Fakta tentang enjin melahu

Sekarang, teknologi enjin kenderaan dah jauh berbeza sangat berbanding zaman dahulu. Berikut beberapa fakta yang anda perlu tahu;
  • Enjin zaman sekarang tidak makan banyak minyak bila anda hudipkannya. Ramai orang masih sangka sebaliknya, sebab itu mereka khuatir nak ttup enjin dan kemudian nak hidupkannya semula.
  • Beza kos antara nak start semula enjin walaupun berkali-kali adalah jauh lebih rendah berbanding jika anda biarkan enjin panas dan tidak bergerak. Ini kerana enjin melahu akan menyebabkan banyak komponen dalam enjin haus dan lebihan dari minyak yang melekat pada bahagian komponen yang berkenaan menyebabkan kos selenggara yang jauh lebih tinggi.
  • Biar enjin melahu banyak makan duit. Mungkin dalam jumlah lebih dari RM10 seminggu. Jika ditambah dalam jangka masa yang panjang, jumlah itu adalah amat banyak.
Paling mengejutkan adalah, jika anda biarkan enjin panas tidak bergerak dalam tempoh 2 minit, jumlah minyak yang kenderaan anda makan sama dengan jumlah yang diperlukan untuk bergerak sejauh 1 batu... !

Mula dari sekarang, jangan panaskan enjin lagi dalam kenderaan tidak bergerak. Jimat minyak, jimat duit dan kurangkan pencemaran alam sekitar.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Perlukah panaskan enjin kereta terlebih dahulu sebelum jalan ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !