Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 October 2016

10 syarikat jam tangan paling besar menguasai pasaran dunia

  Ano Nyme       04 October 2016
Di mana ada pasaraya, di situ ada kedai jam tangan. Di mana ada Airport, di situ juga ada kedai jam tangan. Di mana-mana pekan besar juga mesti ada kedai jam tangan. Di sesuatu tempat itu bukan hanya ada satu kedai jam tangan sahaja, malah biasanya lebih dari dua kedai jam tangan di mana-mana pusat membeli belah.

Bila tengok keadaan macam itu, terfikir pulak siapa yang pergi beli jam tangan hari-hari ni ?

Bandingkan dengan industri pakaian. Pakaian kita jarang beli, ertinya pembelian pakaian bukanlah macam kita beli gula atau kopi. Orang perempuan juga yang kerap beli pakaian tupun paling kerap akan hanya beli 3 bulan sekali sahaja. Jadi adakah jam tangan orang akan beli lebih kerap daripada kekerapan mereka membeli pakaian.

Semua persoalan itu membuat timbul rasa ingin tahu untuk mencari berapakah agaknya jumlah pasaran dunia terhadap industri jam tangan ini. Seperti biasa, alhamdulillah, Google banyak membantu memuaskan rasa ingin tahu diri, dalam dunia moden berinternet ini. Taip saja soalan pada Google, dia akan bawa maklumat yang dirasakan sesuai untuk soalan tersebut.

Pasaran jam tangan dunia

Berapa agaknya saiz pasaran atau nilai pasaran jam tangan di seluruh dunia ?

Daripada maklumat yang saya tengok kat website statistics brain, jumlah jam tangan yang dijual diseluruh dunia adalah sebanyak 1.2 billion unit setahun. Kalau nak diikutkan manusia kat muka bumi ini sekarang dah dalam lingkungan 7.4 billion, itu data terkini yang dianggarkan sehingga bulan Ogos 2016. Gabungan dari maklumat tersebut, ertinya setiap tahun 16% daripada penduduk dunia akan beli jam.

Sekarang kita tengok negara mana pulak yang rakyatnya beli paling banyak jam tangan kat dunia ini.

Agak mengejutkan bila saya lihat negara yang jumlah jam tangan dijual paling banyak adalah di Hong Kong ! Ini adalah berdasarkan nilai belian dan bukannya berdasarkan nilai unit. Tapi jumlah itu masih tetap mengejutkan. Orang Hong Kong belanja duit paling tinggi untuk dapatkan jam tangan. Mungkin mereka jenis yang gila buat koleksi jam tangan.

Saya dapat maklumat, kalau anda nak cari apa saja jam tangan samada yang fancy, yang vintage, yang unik pelik atau apa saja, kalau tak dapat cari kat negara anda, pergi cari kat Hong Kong, mereka kata kat Hong Kong, anda akan pasti jumpa jenis jam tangan yang anda nak beli itu.

Negara paling banyak perabih duit beli jam tangan di dunia

Berikut adalah statistik negara paling banyak belanja beli jam tangan:

  1. Hong Kong - 20.4%
  2. USA - 10.2%
  3. China - 7.7%
  4. Perancis - 6.2%
  5. Jerman - 5.6%
Agak-agaknya, antara jam tangan elektronik dengan jam tangan mekanik, mana satu pasaran yang paling besar ?

Kalau anda nak tahu, pasaran jam tangan mekanikal adalah sebanyak 77% dan pasaran jam tangan elektronik hanya 23% sahaja.

Jam tangan paling tinggi nilai jualan

Mungkin anda boleh agak sendiri jam tangan mana yang kaut hasil jualan paling tinggi kat dunia ini. Jenama Rolex sudah tentu terlintas dalam kepala. Sebabnya adalah harganya yang mahal dan dia merupakan jenama jam tangan yang semua orang kenal dan teringin nak beli kalau ada duit.

Memang betul, Rolex adalah jenama kedua mencecah hasil jualan paling tinggi. Jumlah hasil jualan jam tangan jenama Rolex adalah sebanyak USD4,500,000,000. Nak tahu jenama apa yang mendapat hasil jualan lebih tinggi dari Rolex ?

Nombor satu paling banyak hasil jualan adalah jenama, Swatch / Omega dengan jumlah USD8,880,000,000 setahun.

10 syarikat jam tangan paling laris jualan

Sekarang kita terus pergi kepada senarai 10 syarikat jam tangan yang menjual paling banyak dari segi nilai jualan di seluruh dunia.
  1. Swatch Group 18.3 %
  2. Richemont 15.7 %
  3. Rolex 11.8 %
  4. Fossil (USA) 5.2 % 
  5. LVMH / Bulgari (France) 4.7 % 
  6. Citizen (Japan) 3.9 % 
  7. Seiko (Japan) 3.4 % 
  8. Patek Philippe 3 % 
  9. Casio (Japan) 2.1 % 
  10. Audemars Piguet 1.7 % 
  11. Others 30.1 %
Mungkin kalau anda macam saya yang baru nak lihat perkembangan dunia jam tangan akan tertanya syarikat kedua paling laris menguasai pasaran jam tangan di dunia.

Richemont ? tak pernah dengar pun ?
Kalau anda tak pernah dengar, samalah kita. 

Jadi untuk maklumat ringkas, syarikat Richemont ini berpusat di Switzerland. Merupakan syarikat menjual barang-barang mewah. Dia diasaskan pada tahun 1988. Antara barangan yang dipunyai oleh syarikat ini adalah seperti, A. Lange & Söhne, Azzedine Alaïa, Baume & Mercier, Cartier, Chloé, Dunhill, IWC Schaffhausen, Giampiero Bodino, Jaeger-LeCoultre, Lancel, Montblanc, Officine Panerai, Piaget, Peter Millar, Purdey, Roger Dubuis, Shanghai Tang, Vacheron Constantin, and Van Cleef & Arpels.

Bila dah dengar jenama seperti Montblanc, Panerai, Piaget dan sebagainya tu, tentu anda dah rasa kenal jenama tu.. ha ! syarikat itulah yang punya.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 10 syarikat jam tangan paling besar menguasai pasaran dunia

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !