Samada anda seorang yang takut atau tidak terhadap lipas, ianya bukanlah sejenis makhluk yang perlu dibiarkan begitu saja untuk terus berada di dalam rumah anda. Berikut adalah maklumat tentang lipas sebagai serangga perosak yang anda perlu tahu.
Jika anda perlukan khidmat profesional untuk kawalan lipas, semut dan tikus di sekitar Shah Alam, hubungi Easelife Services Sdn Bhd untuk perkhidmatan yang berkualiti dan selamat, telefon En Izam 012 - 206 7357 atau Siti 016 - 261 2054 untuk maklumat lanjut.
Maklumat umum tentang lipas
Terdapat sebanyak 4 ribu spesis lipas yang diketahui di seluruh dunia dan hanya 1% sahaja dari spesis tersebut adalah lipas yang biasa tinggal bersama anda di rumah.Kebanyakan lipas didapati di atas tanah hutan hujan tropikal. Mereka menyorok di bawah dedaun, dahan tumbuhan yang mereput, di bawah batang pokok tumbang dan ada yang tinggal di dalam gua.. Kewujudan lipas telah dikesan sejak 300 juta tahun dahulu melalui bukti fossil yang pernah ditemui oleh para pengkaji.
Selain dari anai-anai yang menjadi masalah paling besar kepada penduduk Malaysia, Lipas merupakan serangga perosak dan pe,bawa penyakit yang paling mengganggu penduduk Malaysia.
Maklumat Biologi serangga lipas
Lipas dewasa berukuran antara 2 ke 80 mm. Mereka bertubuh leper dan mempunyai 3 bahagian badan, iaitu kepala, thorax dan abdomen.Lipas betina mampu menghasilkan karung telur dan di dalamnya ada sebanyak antara 6 ke 48 butir telur. Ada jenis lipas yang membawa bersamanya karung telur tersebut dan ada juga lipas yang meninggalkan karung tersebut ditempat yang sesuai sebaik sahaja dikeluarkan.
Lipas melalui 3 proses berikut: Telur >> Nymph >> Dewasa
Nymph atau bahasa mudahnya, anak lipas adalah sama bentuk dengan lipas dewasa tapi tidak mempunyai sayap. Aak lipas juga masih tidak mempunyai organ seks yang sempurna sehinggalah mereka menjadi dewasa. Anak lipas akan bersalin kulit beberapa kali sebelum bertukar menjadi lipas dewasa.
Kebanyakan lipas bukanlah serangga yang boleh terbang dengan baik. Malah ada lipas yang memang tidak mempnyai sayap untuk terbang.
Lipas dewasa dan anak lipas biasanya akan tinggal disarang yang sama dan mereka akan merayap keluar dari persembunyian untuk mencari makan. Lipas amat aktif di waktu malam dan berehat di tempat persembunyian mereka di siang hari.
Lipas gemar berada di kawasan sempit di mana permukaan atas boleh disentuh oleh atas badan lipas. Itu menjadikan mereka rasa selamat. Lipas akan bergerak dengan bebas dari bangunan ke bangunan melalui longkang, tempat pembentungan dan tandas dan seterusnya masuk ke dalam rumah anda.
Perangai penting tentang lipas
Antara perkara penting yang anda perlu tahu pasal lipas ini adalah, mereka akan mula aktif sekitar 2 jam dari masuknya waktu malam. Mereka gemar berkelompok dan amat jarang untuk bergerak terlalu jauh untuk merayau mencari makanan.Lipas betina yang sedang mengandung telur akan berhenti makan dan minum seminggu sebelum telurnya ditetaskan.
Makanan lipas adalah berbagai. Apa saja yang manusia makan mereka juga boleh makan. Tetapi makanan yang paling digemari oleh lipas adalah jenis yang berkanji dan bertepung.
Jika anda boleh bertemu lipas merayau di siang hari dirumah tempat anda tinggal, itu ertinya jumlah lipas di rumah anda adalah terlalu banyak bilangannya.
Masalah takut lipas
Orang yang amat takut pada lipas, yang terus menjerit bila terserempak dengan lipas sebenarnya berpenyakit. Ia dinamakan sebagai Entomophobia. Penyakit ini boleh mengakibatkan jiwa tertekan dan kerunsingan. Dalam 10 wanita Amerika, didapati seramai 3.5 orang menghidapi masalah Entomophobia ini.Sambung baca di sini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !