Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

27 October 2016

Kelemahan paling buruk yang ada pada kenderaan Hilux baru atau lama

  Ano Nyme       27 October 2016
Tahukah anda ada satu kelemahan paling buruk yang ada pada kenderaan pacuan 4 roda Hilux yang mungkin ramai tak tahu ?.

Bagi mereka yang baru nak beli atau sedang merisik untuk mendapatkan kenderaan 4x4 yang sesuai untuk dijadikan sebagai kenderaan serbaguna harian, sila ambil perhatian dengan maklumat penting ini. Ia bakal menyelamatkan anda dan keluarga jika tahu tentang isu keselamatan ini lebih awal.

Kelemahan paling buruk Hilux

Dari pada pandu uji yang dilakukan didapati Toyota Hilux mampu terbalik bergolek seandainya anda membuat pertukaran arah secara tiba-tiba. Dalam demonstrasi yang dirakamkan, kelihatan kenderaan Toyota Hilux hampir terbalik walaupun kenderaan tersebut hanya dipandu dengan kelajuan 60 kilometer sejam.

Kelajuan 60 kilometer sejam tu bukannya laju sangat pun !, jalan kampung pun kita biasanya akan bawa dengan kelajuan tersebut tapi malangnya kenderaan toyota Hilux ini tak stabil kalau bertukat arah secara tiba-tiba.

Kadang kala, pemandu akan terkejut ketika memandu. Mungkin nak mengelak dari kucing atau objek yang tiba-tiba datang ke arah kenderaan. Bila terkejut sebegitu, biasanya pemandu tanpa dapat dikawal, akan membuat pertukaran arah kenderaan. Kalau kenderaan yang dipandu adalah Hilux, dan kalau kelajuan yang dibawa pula adalah lebih dari 60 kilometer sejam, ada kemungkinan besar pemandu sekali dengan Hilux nya akan terbalik bergolek.

Jangan tukar arah Hilux tiba-tiba

Itulah kelemahan Hilux yang amat ketara berbanding kesemua kenderaan pacuan 4 roda yang lain. Cubaan yang sama dilakukan terhadap lain-lain kenderaan pacuan 4 roda atau kenderaan pick-up yang biasa terdapat dipasaran. Tapi nampaknya semua kenderaan lain normal sahaja dan masih tetap gagah dan stabil walaupun ditukar arah secara terkejut.

Kenderaan pick-up lain yang ada kat atas jalan yang stabil dalam ujian tukar arah secara tiba-tiba adalah seperti Ford Ranger, Nissan Navara, VW, dan lain-lain. Mereka masih stabil walaupun dipandu dan buat pertukaran arah dalam kelajuan lebih dari 60 kilometer sejam.

Masalah kenderaan pick-up Toyota Hilux, mudah nak terbalik kalau tukar arah secara tiba-tiba ini merupakan masalah yang sudah diketahui oleh semua orang sejak tahun 2007 lagi. Dah 9 tahun perkara ini dialami oleh Toyota Hilux sejak ianya dilakukan pandu uji pada tahun 2007.

Malangnya, setelah 9 tahun berlalu, dan sekarang kita boleh lihat ada model terbaru Hilux yang dikeluarkan oleh Toyota, masalah keselamatan dan kestabilan itu tidak diubah dan tidak dibaiki langsung. Kenapa Toyota tak buat sesuatu adalah menjadi kemusykilan saya, sedangkan Toyota merupakan jenama yang hebat !.

Berhati-hati kalau pakai Toyota Hilux

Saya memang pakai Toyota Hilux sebagai salah sebuah kenderaan kegunaan harian, dah beli dan elak pakai saja. Lagipun dari segi ketahanan, memang Toyota Hilux adalah antara yang terbaik. Lasak untuk kerja-kerja berat. Jadi berbaloi juga pakai Toyota Hilux.

Namun begitu, risau juga sebab kita biasanya hanya akan tukar arah ketika memandu bila terkejut dengan sesuatu atau cuba nak elak kemalangan. Dalam keadaan itu mana mampu nak kawal diri, dah namapun terkejut. Jadi keupayaan dan kestabilan kenderaan yang kita pandu dalam keadaan itu amat penting untuk keselamatan pemandunya. Dan ternyata itu tidak ada pada Toyota Hilux. Terutamanya bagi mereka yang pakai rim 18 inci, jaga-jaga !

Mungkin kita fikir kalau memandu perlahan tak akan ada masalah dan Hilux masih stabil. Tapi nampaknya, dalam kelajuan 60 kilometer sejam sahaja dah nak tertungging. Itupun nasib yang memandu percubaan itu adalah seorang pemandu yang berpengalaman dan profesional. Kalau saya yang membuat pandu uji tersebut, tentu dah tertungging dan tergolek.

Jadi pada kawan-kawan semua yang ada Hilux, berhati-hatilah ! lebih-lebih lagi jika anda suka terkejut. Atau jika yang memandu kenderaan Hilux anda adalah seorang wanita atau orang muda yang kurang pengamalan memandu kenderaan tinggi atau pacuan 4 roda.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kelemahan paling buruk yang ada pada kenderaan Hilux baru atau lama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !