Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

08 October 2016

Senarai 10 negara paling kompetitif dunia, Malaysia turun 7 anak tangga

  Ano Nyme       08 October 2016
Baru-baru ini World Economic Forum telah keluarkan senarai negara paling kompetitif dunia daripada 138 negara. Kesemua negara tersebut menjalani bancian indek terhadap kedudukan negara masing-masing dari segi pencapaian ekonomi mereka.

Semua perkara diambil kira termasuklah tahap kesihatan penduduknya. Memang faktor kesihatan adalah salah satu perkara yang diukur dalam kajian yang dijalankan.

Kesihatan memainkan peranan besar dalam menentukan tahap ekonomi sesebuah negara. Jika penduduknya sihat, produktiviti adalah lebih baik. Negara yang rakyatnya tak sihat akan melihat ramai ponteng kerja dan susah untuk kembangkan ekonomi. Oleh itu budaya atau gaya hidup penduduk sesebuah negara amat penting untuk menentukan samada rakyatnya sihat atau tidak.

Kedudukan Malaysia dalam indek negara kompetitif dunia

Berdasarkan kajian, negara kita menduduki senarai ke-25 daripada keseluruhan 138 negara yang dikaji. Dari segi perbandingan antara negara jiran, Malaysia adalah lebih baik dari semua negara jiran kecuali Singapura.

Memang dalam apa saja pencapaian, Malaysia sentiasa tertinggal jauh ke belakang berbanding Singapura. Walaupun asalnya Malaysia dan Singapura adalah sama dalam banyak segi terutamanya penduduknya, tapi bila berasingan menjadi dua buah negara yang berbeza, Singapura ternyata berbeza. Mungkin pemimpin memainkan peranan penting dalam menentukan kemajuan sesebha negara ?.

Satu lagi perkara yang merisaukan adalah kedudukan Malaysia yang jatuh 7 anak tangga beranding bancian yang dijalankan sebelum ini. Kajian sebelum ini, negara kita menduduki tempat ke 18. Kejatuhan yang agak banyak. Mungkin negara lain lebih meningkat hasil usaha mereka dan negara kita semakin merudum, atau barangkali kedua-duanya sekali.

Senarai 10 negara paling Kompetitif di dunia

Berikut diberikan senarai 10 negara paling sihat didunia:

  1. Switzerland
  2. Singapura
  3. Amerika
  4. Belanda
  5. Jerman
  6. Sweden
  7. UK
  8. Jepun
  9. Hong Kong
  10. Finland

Senarai 10 negara tahap pendidikan palig baik dunia

Ini pula adalah senarai 10 negara terbaik dari segi tahap pendidikan dan kemahiran penduduknya dan juga sistem amalan negara tersebut.

  1. Denmark
  2. Switzerland
  3. Norway
  4. Belanda
  5. Sweden
  6. Australia
  7. UK
  8. Jerman
  9. New Zealand
  10. Belgium
Malaysia duduk tangga ke-36 dan Singapura di tangga ke-14.

Senarai 5 negara paling sihat dunia

Salah satu kriteria yang diukur adalah keadaan kesihatan rakyat sesebuah negara. 7 adalah markah penuh dan 1 adalah kedudukan kesihatan paling teruk. Berikut adalah 5 negara yang mendapat markah 7 dari segi kesihatan.

  • Jepun
  • Sepanyol
  • Italy
  • Luxembourg
  • Iceland
Nampaknya kebanyakan negara Eropah rakyatnya sihat-sihat belaka. Jepun mema dah diketahui punya rakyat yang mengamalkan budaya hidup sihat.




logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Senarai 10 negara paling kompetitif dunia, Malaysia turun 7 anak tangga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !