Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

17 November 2016

11 cara mudah selesaikan masalah lipas dalam rumah anda

  Ano Nyme       17 November 2016
Lipas ada di mana-mana saja tempat yang ada manusia. Punca paling utama jadi macam tu adalah disebabkan apa saja manusia makan, lipas juga turut menjadikan makanan itu sebagai buruan mereka.

Jadi untuk memudahkan lipas kenyang perut dan senang hati, mereka hanya perlu ada di mana saja manusia berada.

Tanda paling mudah nak tahu bahawa premis anda dah kena serang lipas adalah dengan melihat sekeliling premis tersebut. Terutamanya di kawasan dapur atau kawasan lembab.

Jika waktu siangpun anda boleh jumpa lipas dengan mudah, ertinya, lipas yang sedang menyorok kat premis tersebut adalah terlalu banyak.

Rumah atau restoran anda ada banyak lipas?

Itu satu tanda tak berapa baik!

Orang akan buat andaian yang premis anda kotor dan tidak diselenggara serta tidak dibersihkan dengan baik.

Kalau orang andaikan macam tu, memang tak berapa sedap nak dengar.

Jadi berusahalah selesaikan masalah lipas dari rumah atau kedai makan anda segera!

Tiada masa selesaikan masalah lipas

Tak ada masa nak uruskan sendiri masalah lipas?

Kalau ada bajet duit yang mencukupi, anda boleh serahkan tugasan tersebut pada syarikat pest control yang berlesen.

Mereka akan lakukan dengan baik dan berkesan secara berkala untuk anda.

Anda boleh dapatkan khidmat profesional kawalan lipas, semut dan tikus, dari syarikat berlesen dan bertauliah Easelife Services Sdn Bhd. Boleh WhatsApp atau telefon Puan Siti 012-206 7357 atau Cik Athirah 010-234 2542 untuk maklumat lanjut.
Easelife Services Sdn Bhd berpenglaman luas dalam industri kawalan serangga dan makhluk perosak sejak tahun 1998 lagi. Call Joe 010-246 2542 untuk dapatkan pemeriksaan percuma dan sebut harga terbaik.

Buat sendiri kawal masalah lipas

Tapi bukan semua orang ada bajet kewangan nak uruskan masalah lipas di rumah mereka.

Kalau anda ada masa dan rasa nak buat sendiri kerja-kerja bagi melenyapkan masalah lipas dari rumah, boleh cuba 11 cara mudah yang disenaraikan kat bawah ni.

1. Jaga kebersihan sebagai amalan hidup

Ini perkara asas kalau nak selesaikan masalah serangan lipas dari rumah anda sekarang. Jadikanlah amalan menjaga kebersihan sebagai satu budaya dan amalan kehidupan. Rumah bersih, sentiasa kemas dan tiada sisa makanan, menyelesaikan hampir kebanyakan masalah-masalah serangga perosak yang lain.

Selepas makan kemas meja makan, simpan makanan dalam tempat bertutup, buang sisa makanan dalam tong sampah berplastik, sentiasa tutup tong sampah dan buang sampah yang dimasukkan ke dalam beg yang diikat kemas secara rutin setiap hari. Letakkan kat luar rumah dalam tong yang bertutup sementara menunggu pihak majlis perbandaran datang mengutip sampah tersebut.

2. Guna Daun Salam

Daun Salam ini biasanya digunakan dalam aktiviti masak memasak. Jadi memang mudah nak jumpa atau nak beli samada di pasaraya atau di pasar malam terutamanya kawasan yang ada ramai orang India.

Bila dah dapat Daun Salam ni, letakkan di kawasan yang anda jumpa ada banyak lipas. Mungkin kat sinki air rumah anda tu mungkin kat bawah dalam kabinet di bawah sinki. Mungkin kat dapur di celah-celah kabinet. Atau mungkin kat dalam almari simpan makanan. Letakkan saja Daun Salam kat situ supaya lipas terus blah dan tak mai lagi dah.

3. Campuran ammonia dan air

Antara tempat paling meriah yang disukai oleh lipas adalah di sekitar kawasan lubang paip air kat kawasan sinki. Anda boleh gunakan cecair Ammonia sebagai ubat mujarab untuk hapuskan lipas dan jangan kasi mereka datang lagi.

Ambil secawan cecair ammonia, campurkan ke dalam setimba air kemudian gunakan campuran air ammonia tersebut untuk flush kat semua lubang paip di rumah anda. Dicorong paip sinki menuju ke longkang, dicorong lubang bilik air dan seumpamanya. Itu akan hapuskan lipas dan bau yang ada kat paip tu akan menghalang lipas datang ke situ.

4. Guna ubat gegat

Ini amalan biasa yang saya lihat orang tua kat kampung sering gunakan. Mereka akan campakkan banyak ubat gegat kat dalam almari terutamanya dalam almari pakaian. Bau yang keluar dari ubat gegat tu semacam saja dan masih berbekas dalam ingatan.

Anda boleh beli dan letakkan ubat gegat ini di kawasan yang dah kena serangan lipas di rumah. Letakkan di bilik air atau dalam almari macam orang tua saya buat kat kampung. Tapi berhati-hati dengan ubat gegat ini, bau yang dikeluarkannya adalah racun serangga, Jika anda cium dan hidu, ia akan masuk dalam tubuh badan anda.

Ia juga bahaya jika ditelah atau dikunyah. Oleh itu berhati-hati jika rumah anda ada kanak-kanak. Elok dijauhi dari kanak-kanak atau lebih baik jangan pakai ubat gegat jika rumah ada budak-budak kecil.

5. Gunakan minyak pudina

Jika anda lebih suka cara yang amat mesra alam sekitar, boleh cuba gunakan minyak pudina ini. Anda hanya perlu sembur minyak pudina pada kawasan yang ada banyak lipas. Semburkan pada penjuru bilik air dan berhampiran lubang keluar air ke longkang. Sembur kat lipas yang ada terserempak. Cara ini mungkin agak lampat kesannya, tapi amat mesra alam dan tidak merbahaya. Sabar untuk mengambil masa sebelum teknik ini memberikan kesan.

6. Listerine

Jika anda jenis yang mengambil berat penjagaan mulut, tentu ada stok listerine kat dalam bilik air tu. Selain dari digunakan untuk kumur dan mencuci mulut, ia juga boleh digunakan untuk bunuh lipas. Cara mudah saja. Ambil listerine, campur dengan air, masukkan ke dalam penyembur dan sembur pada kawasan yang kena serangan lipas. Sembur kat kawasan dapur, bilik air dan sekitar lubang dalam rumah yang menuju ke longkang.

7. Gunakan kayu Cedar

Kayu cedar dalam bentuk bulat, dipotong dalam bentuk blok segi empat dan sebagainya boleh digunakan untuk menghalau lipas. Anda boleh letakkan blok kayu cedar ini dalam kawasan yang ada lipas. Boleh letak kat dalam almari lauk, kat dapur tempat letak pinggan mangkuk dan sebagainya. Ia amat berkesan untuk dijadikan azimat menghalau lipas.

Kalau tak tau mana nak dapatkan Blok Kayu Cedar ini, google saja kat internet dan boleh order secara online.

8. Gunakan cecair peluntur

Orang tua saya kat kampung biasa panggil cecair peluntur atau dalam bahasa Inggeris, 'Bleach' ini sebagai Klorox. Ia sebenarnya merupakan jenama kepada cecair peluntur yang terkenal kat negara kita.

Kalau anda selalu guna peluntur untuk rendam pakaian putih, selepas guna, flush campuran peluntur dan air tersebut ke dalam luang bilik air, lubang sinki kat dapur dan flush juga ke dalam longkang yang ada lipas. Ia berkesan membunuh lipas jika mereka sedang berpesta kat dalam lubang paid dan longkang.

9. Gunakan lemon

Satu lagi keajaiban Lemon ni, macam-macam perkara boleh dibuat jika anda simpan lemon. Bukan saja dalam menjaga kesihatan, malah boleh digunakan dalam urusan menghalau lipas.

Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.

10. Serbuk lada, bawang putih dan bawang merah

Ambil serbuk lada hitam, ambil beberapa ulas bawang putih yang dilumatkan dan ambil juga beberapa ulas bawang merah yang dilumatkan. Masukkan dan campur kesemua bahan tersebut bersama 1 liter air. Boleh tambah sedikit sabun kalau mahu.

Gunakan air tersebut untuk lap meja makan, lap meja dapur atau lap dapur di mana lipas suka merayap di waktu malam kat situ. Bau itu sudah cukup untuk halau lipas dari datang kat kawasan tersebut.

11. Gunakan timun

Potong kepingan timun atau boleh juga lumat atau hancurkan timun tersebut. Kemudian letakkan di kawasan yang lipas suka datang merayap pada waktu malam. Letakkan kat sinki, kat penjuru bilik mandi dan kat sekitar kawasan dapur dan penjuru lantai dapur. Ini cara mudah dan mesra alam sekitar yang tidak merbahaya untuk halau lipas.

Jika semua petua kat atas tu anda rasakan susah.

Kalau tak ada masa nak cari dan buat sendiri.

Elok serahkan saja tugasan kawalan Lipas, Semut, dan tikus kat rumah tu pada Syarikat Easelife Services Sdn Bhd. Syarikat berlesen yang mampu menyelenggara premis restoran atau rumah anda secara berkala, berkesan dan selamat.

Hubungi Sales Rep syarikat kat bawah untuk maklumat lanjut:

  • Puan Siti 012-206 7357
  • Cik Athirah 010-234 2542
  • Joe 010-246 2542 
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 11 cara mudah selesaikan masalah lipas dalam rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !