Ramai yang tak sangka, Amerika, sebuah negara kuasa besar dunia, yang rakyatnya dikatakan berfkiran terbuka dan bijak, akan buat keputusan untuk angkat Donald Trump menjadi Presiden Amerika.
Sebaik sahaja berita Donald Trump disahkan, saya buka radio BFM untuk dengar apa ulasan mereka. Rata-rata terkejut, kelu tak tau nak ulas apa-apa lagi. Memang tak sangka... itulah rumusan para juruhebah radio BFM yang saya dengar. Secara bijaknya, mereka tak boleh terima orang seperti Donald Trump akan jadi Presiden Amerika.
Ada ulasan yang menyebut, golongan majoriti besar yang pangkah Donald Trump adalah dari kalangan rakyat Amerika yang tak sambung belajar masuk kolej. Saya tak semak pulak kebenaran statistik tersebut. Tapi jika benar, itu menunjukkan pilihan presiden tersebut dikuasai oleh mereka yang tidak berapa bijak.
Kalau ada kalangan yang suka kemenangan Donald Trump ini, saya jumpa hanya satu orang dalam dunia blog. Orang Malaysia yang suka Donald Trump jadi presiden Amerika adalah Syed Skhbar Ali. Dia tulis dalam blognya, kenapa Donald Trump perlu menang. Saya boleh rumuskan kemenangan Donald Trump dialu-alukan oleh mereka yang berfahaman liberal yang fed-up dengan sikap majoriti umat Islam diseluruh dunia.
Siapa Donald Trump sebenarnya
Sebelum kita senaraikan 30 kata-kata Donald Trump yang dianggap tidak senonoh, kita lihat secara ringkas dahulu siapa Donald Trump ini.Donald Trump dilahirkan pada 16 Jun 1946. Jika dirujuk pada ilmu numerologi, Donald Trump punyai nombor perjalanan hidup 6. Orang sebegitu biasanya adalah seorang yang penyayang, bertimbang rasa dan suka ambil berat.
Dikatakan juga mereka yang punya nombor 6 merupakan jenis mereka yang ada kelebihan sebegai seorang pelaksana yang baik. Mereka juga kreatif dan punya jiwa kesenian. Tarikh 16 hb pula menggambarkan beliau seorang yang rasa dirinya istimewa berbeza dari orang kebanyakan lain.
Mereka biasanya suka ambil tanggung jawab, suka bermasayarakat dan suka bantu orang lain. Amat penting bagi mereka untuk merasakan diri mereka diperlukan. Tapi mereka juga biasanya suka masuk campur hal orang lain berlebihan.
Beliau akan mula pegang jawatan sebagai Presiden Amerika pada tahun 2017. Juga menurut numerologi, Donald Trump dijangka akan menghadapi masalah tidak konsisten dengan keputusannya, main sebuat dan buat keputusan ikut sedap hati saja dan akan memberikan reaksi secara berlebihan.
Siapa bapak Donald Trump
Mungkin ramai yang tahu bahawa bapak Donald Trump memang seorang usahawan hartanah yang berjaya dan kaya raya. Bapaknya adalah keturunan Amerika-Jerman yang buat kejutan juga satu ketika dahulu. Dia tak benarkan flat kepunyaannya disewa oleh sesiapa saja yang berketurunan Amerika-Afrika. Nampaknya bapak Donald Trump juga jenis tak suka bangsa asing selain dari orang kulit putih.Sejarah kerjaya Donald Trump
Anak orang kaya macam Donald Trump yang bapaknya jenis raisis sikit ni sudah tentu akan buat banyak kecoh. Pada umur 13 tahun, Donald Trump kena buang sekolah. Kemudian dia dimasukkan belajar ke sekolah tentera di New York Military AcademyRamai yang tahu Donald Trump buat banyak duit dengan beli dan jual hartanah. Dia dikatakan punya nilai kekayaan dalam lingkungan USD4.5 billion. Orang mula kenal dia dalam siri TV The Apprentice. Saya ingat dia dengan muka selamba akan sebut, "You're fired !".
Dia juga terkenal dalam dunia Miss World yang memperagakan wanita muda bergetah pakai bikini dan kasut tinggi jalan atas pentas goyang ke sana dan sini menunjukkan keindahan ciptaan muka dan tubuh badan mereka. Nampaknya Donald Trump ada taste pada wanita cantik mudah dan bergetah.
Sejarah peribadi Donald Trump
Hebat atau tidak, dunia perkahwinan Donald Trump memang menarik. Dia telah berkahwin sebanyak 3 kali. Ertinya dia merupakan antara penyumbang besar kes perceraian di Amerika. Isteri pertama beliau ialah Ivana Zelníčková, bangsa Chez. Isterinya itu dikahwini pada tahun 1977. Isterinya itu minta cerai dan tuduh Donald Trump asyik merogolnya sahaja. Maksudnya dia rasa tidak dihargai dan digunakan oleh Trump hanya untuk lepaskan nafsu. Dalam itupun, mereka ada anak seramai 3 orang hasil dari perkahwinan tersebut.Ketika masih menjadi suami isteri pertamanya, Donald Trump buat perhubungan sulit dengan gadis bernama Marla Maples. Mereka kemudiannya kahwin pada tahun 1993. Lahir pula seorang anak lagi bernama Tiffany yang sekarang jaga salah satu dari syarikat Donald Trump. Pasangan ini bercerai pula pada tahun 1999.
Last sekali dia kahwin pula dengan Melania pada tahun 2008. Mereka dah berkawan dan berpacaran bersama sejak tahun 1998 lagi. Selepas kahwin, pada tahun 2006, lahir pula seorang lagi anak lelaki dinamakan Barron.
Macam mana Trump masuk politik
Donald Trump mula cakap yang dia nak masuk bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1988 lagi. Dan dia asyik ulang cakap benda yang sama 2012, tapi tak buat-buat pun. Sampai tahun 2013, dia habiskan sebanyak USD 1 juta buat kajian kemungkinan untuk masuk bertanding pilihanraya presiden. Dan akhirnya semua orang geleng kepala bila pada tahun 2015 Donald Trump umumkan dia benar-benar akan bertanding.Cogan kata politiknya adalah,
‘Make American great again’.Dia janji nak betul dan pulihkan keadaan kewangan negara Amerika. Dia juga sebut tak suka berdolak dalih, akan lepas cakap saja apa yang betul tanpa berlapik. Dia juga tekankan kepentingan semangat patriotisme untuk rakyat Amerika. Dan dia akhirnya dipilih mewakili Republican sebagai calon presiden Amerka. Dan sekarang semua orang tahu dia memang dah menang pun.
24 kata-kata Donald Trump yang tak senonoh
Sekarang jom kita lihat himpunan kata-kata yang keluar dari mulut Donald Trump yang dikatakan tidak senonoh.#1. “An ‘extremely credible source’ has called my office and told me that Barack Obama’s birth certificate is a fraud”
Dia tuduh Barack Obama punya sijl kelahiran palsu dan bersungguh nak buktikan bahawa Obama sebenarnya bukan lahir Amerika
#2. “Ariana Huffington is unattractive, both inside and out. I fully understand why her former husband left her for a man – he made a good decision.”
Dia kutuk Ariana Huffington, pengasas Huffington Post, seorang wanita yang berjaya dalam usahanya sebagai seorang wanita yang tak menarim langsung sebab itu bekas suami wanita itu cabut lari dan cari pasangan lelaki.. !, apa punya komen da !
#3. “You know, it really doesn’t matter what the media write as long as you’ve got a young, and beautiful, piece of ass.”
Nampak sangat yang dia seorang yang hanya pentingkan rupa paras wanita sahaja melebihi dari yang lain.
#4. “I will build a great wall – and nobody builds walls better than me, believe me – and I’ll build them very inexpensively. I will build a great, great wall on our southern border, and I will make Mexico pay for that wall. Mark my words.”
Dia janji akan pastikan orang Mexico tak akan boleh masuk lagi ke negara Amerika selepas dia berjaya jadi Presiden. Dia akan bina tembok besar di sepanjang sempadan Mexico-Amerika
#5. “When Mexico sends its people, they’re not sending the best. They’re not sending you, they’re sending people that have lots of problems and they’re bringing those problems with us. They’re bringing drugs. They’re bring crime. They’re rapists… And some, I assume, are good people.”
Orang marah bila Trump buat kenyataan berbaur perkauman kat sini. Tapi jika dipandang semula, ada juga kebenarannya. Terpulang pada masing-masing punya persepsi.
#6. “Our great African-American President hasn’t exactly had a positive impact on the thugs who are so happily and openly destroying Baltimore.”
Dia kutuk dengan unsur perkauman kat Obama.
#7. “All of the women on The Apprentice flirted with me – consciously or unconsciously. That’s to be expected.”
Trump perasan semua wanita akan jatuh hati dan main mata menggoda dia
#8. “One of they key problems today is that politics is such a disgrace. Good people don’t go into government.”
Trump punya pandangan terhadap ahli politik. Maksud dia orang baik tak main politik.. habis pasal apa dia pi masuk politik pulak kan ?
#9. “The beauty of me is that I’m very rich.”
Ada juga orang kaya yang perasan dan smbong macam ni rupanya. Tapi rasanya kat Malaysia pun ada orang macam ni.
#10. “It’s freezing and snowing in New York – we need global warming!”
Dia kutuk segala usaha selamatkan mukabumi yang semakin lama semakin panas.
#11. “I’ve said if Ivanka weren’t my daughter, perhaps I’d be dating her.”
Apa punya jenis bakap da ! sanggup cakap macam tu kat anaknya sendiri.. !
#12. “My fingers are long and beautiful, as, it has been well documented, are various other parts of my body.”
Komen perasan puji kecantikan diri sendiri macam perempuan ler pulak
#13. “I think the only difference between me and the other candidates is that I’m more honest and my women are more beautiful.”
Dia anggap perempuan yang ada sekelilingnya adalah kepunyaannya. Asyik perempuan cantik saja dia ulang sebut. Mungkin sebab itu dia menang kot ?
#14. “You’re disgusting.”
Dia kata maca tu kat peguam yang ambil kes lawan Trump, bila peguam itu mohon break untuk pump susu badan untuk anaknya yang berumur 3 bulan... !
#15. “My IQ is one of the highest — and you all know it! Please don’t feel so stupid or insecure; it’s not your fault.”
Betul ke IQ Trump ni tinggi sangat, atau dia perasan masuk tong angkat sendiri. Memang jenis belagak mamat ni.
#16. “I have so many fabulous friends who happen to be gay, but I am a traditionalist.”
Dia mengaku ramai kawan dari kalangan kaki suntut ikut pintu belakang...
#17. “The other candidates — they went in, they didn’t know the air conditioning didn’t work. They sweated like dogs…How are they gonna beat ISIS? I don’t think it’s gonna happen.”
Trump buat perumpamaan yang pelik antara tak rasa panas dan berpeluh kepanasan dengan isu benteras ISIS... ramai yang terkedu tak faham...
#18. “Look at those hands, are they small hands? And, [Republican rival Marco Rubio] referred to my hands: ‘If they’re small, something else must be small.’ I guarantee you there’s no problem. I guarantee.”
Trump cakap pasal zakar sendiri ler pulak...
#19. “The only card [Hillary Clinton] has is the woman’s card. She’s got nothing else to offer and frankly, if Hillary Clinton were a man, I don’t think she’d get 5 percent of the vote. The only thing she’s got going is the woman’s card, and the beautiful thing is, women don’t like her.”
Memandang rendah pada wanita dan anggap wanita jenis yang suka pergunakan status wanita untuk pikat orang.
#20. “I’m just thinking to myself right now, we should just cancel the election and just give it to Trump, right?”
Itu kata-kata Trump yang nampaknya amat yakin dia akan menang. Bila dia kata macam tu ramai orang yang permainkan kata-katanya itu dan sekarang... ramai mula sedar rupanya dia tak melawak...
#21. “The UN is not a friend of democracy, it’s not a friend to freedom, it’s not a friend even to the United States… and it surely is not a friend to Israel… I will veto any attempt by the UN to impose its will on the Jewish state”
Dia janji akan sentiasa menyebelahi Israel... ni tentu orang Islam marah.
#22. “When I become president, the days of treating Israel like a second-class citizen will end on day one”
Dia sekali lagi bela rakyat Israel yang memang betulpun boleh dianggap sebagai warga dunia kelas rendah di kebanyakan negara rakyat beragama Islam..
#23. “Half of the population of Palestine has been taken over by ISIS and Hamas, and the other half refuses to confront the first half”
Dia anggap rakyat Palestin semuanya tak boleh pakai dan separuhnya adalah teroris... errr ?
#24. “Palestinians must come to the table willing to accept that Israel is a Jewish state and it will forever exist as a Jewish state”
Sekali lagi dia nak sedarkan orang Palestine supaya terima keadaan seadanya dan akui Israel sebagai negara Yahudi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !