Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

16 November 2016

Jam tangan antik dilelong pecah rekod harga paling mahal di dunia

  Ano Nyme       16 November 2016
Tahun lepas, jam tangan Patek Philippe macam gambar kat atas tu telah berjaya dijual dengan harga pecah rekod dunia jam tangan paling mahal terjual dengan harga USD 7 juta !. Itu adalah jam tangan Patek Philippe model 5016 yang diperbuat dari stainless steel.

Tapi nampaknya baru-baru ini, satu lagi rekod dunia harga jam tangan paling mahal dilelong telah berlaku. Masih lagi dipegang oleh jenama jam tangan yang sama iaitu, Patek Philippe. Dan harganya adalah USD 11 juta !.

Lihat gambar jam tersebut kat atas tu. Jam tangan tu bukannya jam tangan baru. Sebaliknya merupakan jam tangan keluaran tahun 1943. Model Patek Philippe ref. 1518 perpetual calendar chronograph tersebut antara jam tangan rare yang hanya adalah 4 buah sahaja di dunia.

Jam tangan antik dari besi paling mahal

Apa yang menariknya tentang jam tangan tersebut adalah ianya bukan ada apa-apa batu permata, berlian ratna mutu manikam atau dibuat dari logam emas atau seumpamanya. Ianya hanyalah jam tangan diperbuat dari logam besi biasa sahaja.

Apa yang membuatkan jam tangan Patek Philippe ref. 1518 perpetual calendar chronograph itu menjadi amat unik adalah disebabkan keasliannya, keadaan semasanya yang masih utuh dan sejarahnya yang ada padanya. Ia merupakan jam tangan pertama yang direka dengan fungsi perpetual calendar chronograph.

Anda tak perlu susah-susah nak tukar haribulan sebab jam itu akan kira sendiri siap dengan perkiraan tahun lompat. Ertinya mekanisme mekanikalnya adalah sesuatau yang amat luar biasa dipenuhi dengan perincian mekanikal yang menakjubkan.

Jam tangan dilelong setiap tahun

Setiap tahun satu lelongan jam tangan akan dilakukan di Geneva, Switzerland. Biasanya pembuat jam tangan berkualiti luar biasa dari Switzerland akan mendermakan beberapa koleksi jam tangan dalam pemilikan mereka untuk dilelong.

Hasil daripada kutipan lelongan jam tangan antik dan rare tersebut akan didermakan pula kepada usaha untuk mencari penawar atau mengatasi masalah penyakit Duchenne Muscular Dystrophy.

Biasanya jam tangan Patek Philippe akan menguasai harga lelongan paling mahal sebab ramai para peminat dan pengumpul jam tangan antik akan berebut nak beli jam tangan tersebut. Ia dikatakan punya nilai pelaburan yang amat baik semakin lama disimpan semakin berharga. Jadi jika anda ada duit nak beli jam tangan baru, boleh pertimbangkan untuk beli jam tangan Patek Philippe selepas ini.

Berdasarkan rekod lelongan jam, harga jam tangan besi biasa Patek Philippe ref. 1518 perpetual calendar chronograph tiu masih tidak dapat menandingi satu lagi harga lelongan jam poket. Jam poket yang klasik, Patek Philippe Henry Graves Supercomplication setahun sebelum itu telah dilelongan dan dibeli dengan harga USD 24 juta !.

Anda boleh lihat rupa jam tersebut pada dua gambar yang saya lampirkan kat atas dan di bawah ni. Memang nampak hebat sekali jam tangan tersebut penuh dengan kilauan emas yang sudah tentu jauhari sahaja yang kenal manikam.

Punyalah mahal ! dan tak dapat dibayangkan oleh orang biasa-biasa macam saya. Kalau saya ada USD 24 juta tentu akan duduk dam-diam kat kampung, simpan duit dalam tabung haji dan makan keuntungan buta sebanyak USD 1.4 juta setahun !.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Jam tangan antik dilelong pecah rekod harga paling mahal di dunia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !