Perodua Bezza dilancarkan pada 21hb Julai 2016. Proton Persona pulak dilancarkan pada 23hb Ogos 2016. Tak berapa ketara sangat jarak masa kedua-duanya diancarkan. Tapi jualan Perodua Bezzan telah mencecah sebanyak 22,799 unit. Jualan Proton Persona pulah hanya baru terjual sebanyak 7,646 unit sahaja. Memang jauh beza kuantiti antara keduanya.
Kenapa agaknya orang ramai memilih Perodua Bezza berbanding Proton Persona ? Adakah ianya disebabkan perbezaan kualiti dari segi pembuatan antara keduanya atau adakah ia berpunca daripada perkara yang lain ?.
Sebab utama Perodua Bezza laris berbanding Persona
Menurut Datuk Ahmad Maslan, punca utama orang ramai pakat serbu beli Perodua Bezzan adalah kerana kereta tersebut dikategorikan sebagai kenderaan EEV.Kenderaan EEV atau Energy Efficient Vehicle adalah kenderaan yang cekap dalam penggunaan bahan tenaga. Ertinya menjimatkan dan mengoptimumkan segala aktiviti penggunaan bahan tenaga. Sebab itu ramai orang beli kenderaan tersebut.
Dalam zaman bahan tenaga yang tidak menentu sekarang ini, penjimatan kos bahan tenaga menjadi satu motivasi utama untuk menentukan keputusan pembelian. Jadi jika ada kereta yang boleh memberikan jaminan tersebut, sudah pasti orang yang nak berjimat akan memilihnya.
Tidak ada kena mengena dengan kualiti
Menurut Ahmad Maslan lagi, orang ramai tersiap dalam membuat andaian bila melihat keputusan hasil jualan tersebut. Beliau berkata persepsi orang ramai tersasar dari fakta sebenarnya.Mungkin orang ramai, terutamanya mereka yang tidak membeli atau menggunakan kenderaan buatan Malaysia akan silap sangka dengan perbezaan jumlah kenderaan terjual antara dua jenama tersebut.
Secara mudahnya, orang akan sangka pembeli pilih Perodua Bezza sebab Perodua terkenal selama ini mengeluarkan kereta yang lebih tahan lasak, serta memenuhi jangkaan pengguna. Orang menjauhi Proton pulak sebab selama ini persepsi pengguna terhadap Proton adalah amat buruk sekali.
Masalah yang paling terkenal dilalui oleh pengguna Proton adalah masalah tingkap cermin automatiknya yang membuatkan ramai orang menyumpah pada Proton.
Kualiti juga memainkan peranan
Kalau dilihat daripada kenyatan Ahmad Maslan, nampak macam dia tak faham apa ertinya kualiti. Dia seolah-olah nak bandingkan antara Proton dengan Perodua dari segi kualiti yang sudah tentu tak akan sama.Kualiti terletak pada mata pengguna sebenarnya. Apa yang pengguna mahukan dan apa yang Perodua atau Proton dapat tunaikan. Itu akan merumuskan samada Perodua Bezza atau Proton Persona dianggap berkualiti atau tidak di mata pengguna.
Jika Perodua Bezza dapat memberikan apa yang pengguna mahu, maka sudah tentu tiu dinamakan produk yang berkualiti. Apatah lagi jika Perodua Bezza dapat memberikan lebih sedikit daripada apa yang pengguna mahukan.
Jika pengguna mahu penjimatan tenaga, dan itu dapat diberikan pada mereka oleh Bezza, maka kereta itu berkualitilah !.
Kestabilan pemanduan yang berbeza
Daripada percubaan pemanduan yang dilakukan oleh rakan-rakan yang suka mencuba dan membezakan antara pembuatan kereta, saya dapati Proton Persona adalah jauh lebih baik berbanding Perodua Bezza.Ertinya, jika pengguna mahukan atau lebih utamakan kestabilan pemanduan dan keseronokan memandu, Proton Persona dapat memberikan perkara tersebut. Ertinya Persona punyai kualiti dari segi pemanduan berbanding Perodua Bezza.
Untuk mengatasi kedua-dua kenderaan tersebut. jika ada kenderaan dalam range yang sama harganya, dapat memberikan kedua-duanya sekali gus, iaitu kestabilan pemanduan dan penjimatan tenaga, maka saya pasti kenderaan itu akan lebih unggul dijual berbanding kedua-duanya.
Persepsi kualiti selepas jualan
Satu lagi persepsi buruk yang ada pada Proton adalah kualiti after sales mereka. Ramai yang mengalami mimpi ngeri setelah membeli Proton dan perlu menghadapi aktiviti selengaraan kenderaan yang mereka telah beli.Ada banyak runguntan dari segi layanan servis, kepantasn servis, kepercayaan servis dan lain-lain. Itu sejarah sebeljm sebelum ini yang masih menghantui pengguna. Adakah Proton sudah bersedia untuk ubah segala persepsi tersebut banyak bergantung pada usaha mereka memenuhi keperluan after sales mereka selepas ini.
Proton tak boleh tunggu orang ramai yang dah beli Persona masuk buat selengaraan baru nak buktikan khidmat after sales mereka dah berkualiti. Mereka boleh buat sekarang sebab jumlah kenderaan Proton kat atas jalan itu masih tetap banyak beranding kesemua kenderaan lain terutamanya kenderaan bukan buatan Malaysia.
Setuju sangat makna kualiti tu. Makna kualiti yang tepat bagi saya adalah memuaskan hati pelanggan dengan apa yang dijanjikan. Pelanggan pula kena tuntut apa yang dijanjikan saja. Kita janji jimat minyak tapi tak janji speaker elok. Kalau speaker tak berapa nak power, pelanggan tak boleh la nak tuntut lebih-lebih. Tapi kalau minyak tak jimat, haaa. Situlah pelanggan kena tuntut janji kualiti tu.
ReplyDeleteAku pilihanraya bezza...sebab kualiti engine...Dalam kereta engine paling penting...lagi2 nak guna jalan jauh..prestasi engine proton terutama campro boleh Di pertukaran..terutama campro dlm gen2..
ReplyDeleteKenapa nak bandingkan bezza dengan pesona..kalau dari segi kategori beza dan pesona berada dlm 2 kelas yang berbeza. Bezza 1.0cc sedangkan pesona 1.6. mmg lah 1.0 lebih jimat dari 1.6. Dan masih ade lagi yabg ingat proton masih guna enjin campro. Tak pernah baca info ke bang atau buat buat tak baca. Saga baru,pesona, iriz semua dilengkapi dengan enjin vvt dengan transmisi cvt. Nak banding harga pulak,bandingkan antara beza dan saga. 1.3 premium beza lebih mahal dr 1.3 premium saga. Premium saga dah full specs. Dan banyak lagi yang korang tak tau ape penambahbaikan dlm proton utk kekal sebagai pengeluar kompak sedan utama di Malaysia
ReplyDelete