Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

19 December 2016

5 kenderaan pickup 4x4 terbaik di Malaysia berdasarkan harga

  Ano Nyme       19 December 2016
Satu ketika dahulu, kenderaan pickup 4x4 merupakan kenderaan yang dipakai oleh mereka yang cari makan. Ertinya, kenderaan itu memang ditumpukan oleh orang yang menggunakannya dalam urusan buat kerja berat.

Kenderaan pickup 4x4 memang sinonim dengan kenderaan kepunyaan para kontraktor. Ia juga sinonim dengan kenderaan yang dimiliki oleh pemilik kebun kelapa sawit atau kelapa atau lain-lain kerja pertanian yang sama dengannya.

Rekabentuk kenderaan pickup 4x4 memang disasarkan untuk kegunaan kerja berat. Kerja seperti angkut barang, kerja masuk kawasan yang jalan rayanya tidak bertar dan penuh dengan lubang. Orang yang suka masuk hutan samada untuk tujuan rekreasi ala-ala cabaran Camel Trophy, atau untuk urusan kerja yang berkaitan dengan hutan juga akan pakai kenderaan 4x4.

Kenderaan pickup 4x4 bertukar arah kegunaan

Mungkin atas desakan meluaskan pasaran, para pembuat kenderaan 4x4 mula bertukar hala tuju. Kenderaan 4x4 bukan lagi jenis yang nampak selekeh dengan keadaan pemanduan yang melantun keras macam nak spring besi pejal.

Boleh dikatakan hamir kesemua kenderaan 4x4 sekarang dah jadi hybrid dua alam. Semua direka sesuai untuk kegunaan atas jalan raya biasa dengan rekabentuk yang menarik serta warna yang berkilat. Reka bentuk dalaman juga amat selesa dengan disertakan berbagai fungi. Pemanduannya juga dah mula menjadi selesa.

Ringkasnya memiliki dan memandu kenderaan pickup 4x4 seperti sama dengan memandu kenderaan keluarga yang biasa. Semua itu dibuat tapa sedikitpun hilang fungsi lasak untuk bawa barang dan masuk hutan yang ada pada kenderaan 4x4 zaman dahulu.

Hasilnya, kita boleh lihat begitu ramai orang yang membeli dan menggunakan kenderaan 4x4 sebagai kenderaan harian mereka bersama keluarga. Dalam masa yang sama mereka juga gunakan kenderaan tersebut untuk aktiviti lasak, angkut barang dan aktiviti cari makan.

Saya tak pasti mana satu yang datang terlebih dahulu. Samada pembuat kenderaan pickup reka dahulu supaya ia sesuai untuk kegunaan dua alam dan pembeli mula beralih arah, atau pembeli terlebih dahulu yang mahukan kenderaan sebegitu dan pembuat kenderaan mengikutinya.

5 kenderaan pickup 4x4 terbaik berdasarkan harga

Walau macam mana sekalipun, yang pentingnya kenderaan 4x4 memang dah jadi kegilaan ramai anak muda yang berjiwa adventure dan lasak. Anda mungkin salah seorang dari pemandu yang sedang mencari-cari nak pilih kenderaan 4x mana satu.

Memang agak pening sebenarnya kalau nak buat pilihan. Sebab ada banyak pilihan kenderaan 4x4 yang ditawarkan di Malaysia. Model saja dah banyak. Itu belum cerita lagi variasi yang ada di dalam setiap model ang ditawarkan. Jadi macam mana nak buat pilihan yang sesuai.

Saya berikan panduan mudah kat sini. Kita buat pilihan berdasarkan harga sahaja. Itu merupakan faktor paling penting yang diguna pakai oleh majoriti pengguna. Kalau nak buat pilihan berdasarkan kreteria lain seperti lasak, kuat, selesa, cantik, mengancam, berprestij dan sebagainya, itu merupakan kelebihan yang hanya ada pada segelintir orang yang ada banyak duit.

Berikut kita senaraikan 5 kenderaan pickup 4x4 yang terbaik di Malaysia berdasarkan harga.

#1. Mitsubishi Triton

Ini mungkin kenderaan 4x4 yang paling kerap kita berjumpa atas jalanraya. Ramai anak muda yang pakai jenis ini dengan make-up yang menawan. Jika dilihat cara mereka make-up kereta Mitsubishi Triton ini, sudah tentu akan terfikir gila jika mereka gunakan untuk pergi masuk hutan atau angkat buah kelapa sawit.

Kelemahn ketara paling teruk untuk Mitsubishi Triton ini adalah dari segi ciri-ciri keselamatan. Jika dilihat pada harganya dan dibuat bandingan dengan keselamatan yang diberikan, amat menghampakan. Sedangkan tak ada perkara lain yang lebih penting dan bernilai melainkan keselamatan pemandu. Tapi orang kita lebih suka nampak bergaya dari perkara lain.

Harga paling rendah untuk membolehkan anda keluarkan Mitsubishi Triton hanyalah RM72,400 sahaja. Ini harga paling murah untuk dapatkan sebuah kenderaan 4x4 di Malaysia. Harga baru keluar dari kedai dan bukan harga second-hand.

Manakala harga paling tinggi dan sudah tentu dengan tawaran yang berbagai pulak adalah RM116,100 sahaja.

#2. Nissan NP300 Navara

Jenis Nissan NP300 Navara ini juga ada banyak atas jalan. Mudah nak jumpa kalau kita menadu atas jalan raya di Malaysia. Ia antara kenderaan 4x4 yang ringan disebabkan pilihan bahan pembuatannya yang ringan dan kuat. Ia juga antara kenderaan yang paling rendah antara kesemua pickup 4x4. Jadi rasanya lebih sesuai jika anda berumur dan perlu bawa orang yang berumur. Senanag nak panjat.

Duduk dalam kenderaan ini terasa seperti duduk dalam sebuah kereta biasa yang amat selesa. Tak kisah kalau tersangkut atas kesesakan jalanraya lamapun sebab semua yang ada pada sebuah kereta, ada pada kenderaan 4x4 ini. Memandunya juga amat selesa dan rekabentuknya juga kalau baru beli dan dijaga baik amat menarik.

Anda boleh beli sebuah Nissan Navara dengan harga serendah RM79,000 sahaja. Tapi ini model satu kabin.

Harga paling mahal yang ditawarkan oleh Nissan Navara adalah RM120,800. Anda dapat double cab dengan enjin 2.5L bersama 7 kelajuan gearbox auto.

#3. Toyota Hilux

Tak payah nak perkenalkan kenderaan pickup paling banyak dipakai di negara kita ini. Model Hilux memang antara model yang amat lama ada di pasaran dari dulu sampai sekarang. Kelebihannya adalah sebab dah lama dipakai, ramai yang memakainya jadi amat mudah untuk penyelengaraan. Spareparts ada banyak samada yang recond atau yang baru. Kos selenggara pula amat murah berbanding kenderaan 4x4 yang lain

Penjimatan jangka panjangnya amat berbaloi berbanding dengan semua kenderaan 4x4 yang ada di pasaran. Nilai second hand juga tak jatuh teruk. Sebab itulah walaupun dari segi ciri-ciri keselamatan yang kurang, teknologi lama, reka bentuk membosankan dan lain-lain, semua jauh ketinggalan berbanding 4x4 lain dalam pasaran, ia tetap menjadi pilihan ramai.

Apa yang menarik bagi Hilux ini adalah daya tahan lasaknya yang memang terbukti hebat. Diuji dengan berbagai cabaran, dilempar jatuh dari tempat tinggi, direndam dalam air garan dan sebagainya, selepas itu bila dihidupkkan, ia masih tetap utuh macam biasa.

Harga paling murah anda boleh beli Hilux adalah RM99,000. dan paling mahal pula adalah RM115,500

#4. Mazda BT-50

Model 4x4 dari Mazda ini tak berapa banyak sangat atas jalanraya sedangkan rasanya ia merupakan satu pilihan yang amat bernilai dari segi harga dan apa yang anda dapat. Teknologi terkini digunakan dalam pembuatan 4x4 ini. Anda dapat macam-macam kelebihan reknologi dan ia merupakan sebuah pickup yang amat kuat.

Harga paling murah adalah RM86,900 double cab. Mazda menawarkan hanya 3 variasi sahaja dan semuanya double cab. Harga paling mahal bagi Mazda pula adalah RM102,250

#5. Ford Ranger

In9 satu lagi model yang ramai orang teringin nak beli dan pakai. Mungkin satu hari nanti mampu menggugat kedudukan Hilux yang sekarang menjadi kenderaan 4x4 paling banyak dijual di Malaysia. Ford Ranger sekarang duduk nombor dua selepas Hilux dari segi jumlah unit jualan.

Kenderaan 4x4 Ford Ranger T6 ini mula diperkenalkan pada tahun 2010. Sejak itu jumlah peminatnya semakin hari semakin bertambah. Setakat ini sudah 196,000 unit dijual di seluruh dunia dan rata-rata orang yang memakainya tidak rasa kecewa.

Rekaan dalamannya tak payah nak komen lagi, memang superb. Rekaan luarannya pula amat mengiurkan. Tambahan pula jika dimake-up dengan berbagai pilihan aksesori yang ada di pasaran dan di Thailand.

Bukan saja cantik, selesa, malah kenderaan ini amat kuat dan lasak sebagai mana moto Ford Ranger, Build Tough. Moto itu bukan saja-saja nak sebut supaya sedap didengar. Anda boleh tarik muatan 3,500 kg selamba saja tanpa hilang daya kawalannya. Maknanya, anda boleh bawa kenderaan 4x4 ini ke mana-mana saja tanpa rasa risau. Bukit atau hutan, lopak atau jalan bertar.

Dan dari segi ciri-ciri keselamatan, ia adalah yang terbaik berbandig kesemua kenderaan yang saya sebutkan kat atas tadi. Tak perlu risau kalau beli dan pandu Ford Ranger.

Cuma harganya antara yang paling mengancam juga. Paling murah anda boleh beli adalah RM109,700, untuk model 2.2L dengan 6 kelajuan. Paling mahal pula adalah RM136,500 untuk model yang menang anugerah car of the year categori pickup, 3.2 XLT Wildtrack.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, 5 kenderaan pickup 4x4 terbaik di Malaysia berdasarkan harga

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Bias... banyak2 4x4 triton di kondem pasal kelemahan dari ciri2 keselamatan. Yg lain2 takda kelemahan ke?

    ReplyDelete
  2. Buat kajian sikit. Triton yg harga 72k adalah kategori 4x2. Triton lite atau quest yg bersaiz kecil. Lebih kurang mcm proton arena. 4x4 yg paling murah adalah sekitar 88k ke 89k manual standard (basic aksesori) dan enjin DI-D tidak termasuk mivec atau vgt. Memang sesuai la dgn harga. Berbanding triton yg dilengkapi dgn teknologi mivec atau Vgt. Yg paling mahal 26k advanture X

    ReplyDelete
  3. isuzu dmax xder dalam list?

    ReplyDelete
  4. belum cukup info lagi tuan..jika nk tahu mna paling lasak, try la compete triton & model-model lain kt hardcore trek dulu..sy dah pakai triton & hilux, but triton antara pickup terlasak

    ReplyDelete
  5. Insya Allah bakal keluar Nissan navara LE at... Pemanduan pun mantap...pakai Nissan dah lama.. Sbb tu 4x4 pun pilih Nissan... Huhu... Minyak pun jimat... Nak guna utk kerja kontrak dan harian bwk family

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !