Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 December 2016

Anda boleh jual minyak masak terpakai dapat duit mudah, begini caranya

  Ano Nyme       10 December 2016
Orang kita memang pakai banyak minyak masak. Malah kalau tak ada minyak masak, dapur mungkin tak berasap sebab hampir kesemua masakan kita memerlukan minyak masak.

Zaman kanak-kanak dulu, orang tua hanya guna minyak nyiok sahaja untuk masakannya. Kalau nak goreng ikan, nak goreng kuih atau nak tumis bawang untuk masaka gulai, mak akan hanya guna minyak nyiok saja sebagai bahan utamanya. Minyam masak tu pulak, samada akan dibeli di kedai Pat Janggut di Pekan Penanti, atau beli dari Long Aisyah.

Long Aisyah memang rajin buat minyak nyiok. Dia akan kumpul buah nyiok penuh kat rumahnya, hasil dari pokok kelapa yang banyak di sekeliling rumah. Buah kelapa itu dikopek sebiji demi sebiji dengan Chop Nyiok, kemudian dimesin isi nyiok untuk diperah santannya. Masa tu dah ada mesin sagat nyiok tapi biasanya orang kampung masih ramai yang pakai Kukoq Nyiok lagi.

Dari santan nyiok itulah kemudiannya di masak sehingga menghasilkan minyak nyiok. Begitulah rajinnya orang tua dulu-dulu yang orang sekarang tak akan mampu lawan. Kalau bini kat rumah kena kopek nyiok, kemudian kena kukoq nyiok, perah santan dan lepas tu kena masak santan sampai jadi minyak nyiok, baru boleh guna minyak nyiok tu untuk goreng ikan, alamat dia akan lari malam dan balik kampung. Itu bukan kerja mudah !.

Guna minyak kelapa sawit ganti minyak nyiok

Masa mula nak guna minyak kelapa sawit sebagai ganti dari menggunakan minyak nyiok dulu bukanlah satu perkara mudah. Mak masa tu rasa ragu-ragu dan tak berapa yakin minyak kelapa sawit tu boleh berfungsi macam minyak nyiok. Disebabkan itu, minyak kelapa sawit hanya alternatif terakhir untuk digunakan sebagai bahan menumis atau goreng lauk. Mungkin takut tak sedap atau apa, saya sendiri tak pasti.

Maka tidak hairanlah jika, mengikut data pada tahun 1960-an ke 1970-an, penggunaan minyak kelapa sawit negara kita hanya dalam lingkungan antara 6 ribu ke 10 ribu metrik tan sahaja. Tapi penggunaan minyak nyiok juga masih tak banyak manapun masa tahun yang sama, dalam lingkungan 60 ribu ke 80 ribu metrik tan saja setahun.

Saya tengok data penggunaan minyak nyiok kat negara kita merudum ke satu angka (kurang dari 10 ribu metrik tan setahun) bila masuk hujung tahun 80-an. Jumlah penggunaan minyak kelapa sawit pula mula naik secara mendadak sehingga mencecah kepada lebih dari 400 ribu merik tan bila masuk era awal tahun 80-an.

Dan nak tahu berapa jumlah penggunaan minyak kelapa sawit kat negara kita sekarang ?

Penggunaan minyak nyiok juga naik semula

Kalau lihat maklumat tahun 2016, jumlahnya dah mencecah kepada 3,170 ribu metrik tan setahun !. Punyalah banyak jumlahnya. Tapi sudah tentu bukan saja digunakan untuk goreng lauk, mungkin ada kegunaan lain juga. Tapi saya pasti jumlah yang amat besar digunakan untuk kerja memasak resepi masakan kegemaran di negara kita.

Cuma agak menarik juga untuk tahu bahawa penggunaan minyak nyiok kembali naik mencecah lebih dari 60 ribu metrik tan apabila masuk tahun 2000. Dan sampai sekarang jumlah itu masih kekal sehingga pada tahun 2016, jumlah minyak nyiok digunakan adalah masih dalam lingkungan 60 ribu metrik tan.

Rumusannya adalah, bukan saja minyak kelapa sawit, minyak nyiok juga kita banyak guna sekarang. Guna masak atau guna untuk mengurut saya tak pasti, tapi bila jadi macam itu, sudah tentu jumlah minyak masak yang terpakai menjadi teramat banyak sekarang.

Jual minyak masak terpakai, jangan buang

Kalau dulu minyak masak murah harganya sebab kerajaan masa itu masih lagi merupakan kerajaan yang penyayang bantu rakyat dari segi kewangan. Tapi sekarang nampaknya kerajaan menjadi lebih penyanyang lagi kepada rakyatnya, mereka telah tarik subsidi minyak masak dan bukan lagi harga penyayang. Kerajaan lebih kasihkan kesihatan rakyatnya tak bagi pakai banyak sangat minyak masak takut kolestrol naik atau mingkin ada masalah kesihatan lain.

Mungkin kalau nak jumatkan penggunaan minyak masak, kita perlu mencintai masakan jenis yang rebus pula dan tidak lagi jenis kena goreng atau kena tumis. Kalau tak mahu rebus, buat masak stim atau boleh juga hanya bakar saja atau panggang atas api. calit mentega sedikit kalau keagih sangat nak rasa berminyak.

Satu lagi, untuk menjimatkan duit, anda boleh menjual semula minyak masak yang terpakai tersebut. Buat masa sekarang, minyak masak terpakai akan dibeli semula dengan harga RM1 sekilo. Dengan pendapatan tambahan RM1 sekilo itu, bolehlah digunakan semula untuk subsidi sendiri top-up beli minyak masak baru kat pasaraya.

Jika anda penduduk di lembah kelang, pihak MBSA dah lama jalankan aktiviti membeli semula minyak masak terpakai dari orang ramai. Mereka membelinya dari orang ramai yang menghantar minyak masak terpakai ke pusat-pusat kitar semula yang diadakan oleh pihak MBSA.

Selain dari MBSA, ada juga pihak NGO yang melakukan kerja amal mengutip semula semua minyak masak terpakai dari orang ramai. Tapi biasanya pihak NGO ini kutip secara percuma. Orang ramai yang nak buat kebajikan menderma minyak masak terpakai mereka bolehlah sedekahkan saja pada pihak NGO yang kutip minyak tersebut.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal pembelian semula minyak masak terpakai ini, boleh hubungi pihak MBSA sendiri, di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam atau boleh hubungi talian: 03-5511 2315.

Untuk apa kutip semula minyak masak terpakai

Tentu ada yang tertanya-tanya apa mereka nak buat minyak masak terpakai tu ?

Adakah mereka buat pembersihan semula dan dibungkuskan lalu dijual semula ke pasaran untuk orang ramai gunakan semula goreng ikan ?

Jangan risau ! tentu pihak MBSA tahu mana yang betul dan mana yang salah. Takkan nak jual minyak masak terpakai yang diproses semula pada orang ramai. Minyak macam tu walau bagaimanapun memang ada di pasaran. Ada juga orang gila yang gila buat duit jual minyak perat recycle pada pengguna terutamanya pada peniaga yang banyak pakai minyak masak.

Bagi MBSA, minyak masak terpakai dikumpulkan semula untuk menghasilkan biodiesel. Ada juga yang digunakan untuk dijadikan sebagai bahan buat sabun dan ada yang digunakan semula untuk dijadikan sebagai bahan buat makanan binatang. Semuanya adalah sah dari segi undang-undang dan bukan digunakan untuk jual balik minyak masak recycle pada orang ramai.

Lepas ni jangan buang minyak masak anda, jual dan dapat duit atau kalau dah banyak sangat duit, sedekahkan saja secara percuma pada NGO yang kutip minyak masak ni. Tapi pastikan NGO yang dipercayai, bukan yang kutip dan nak kitar semula untuk mohong pengguna jual minyak masak recycle.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Anda boleh jual minyak masak terpakai dapat duit mudah, begini caranya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !