Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 December 2016

Hilangkan bau busuk mulut dengan mudah dan amat berkesan

  Ano Nyme       21 December 2016
Kalau anda jenis yang tak suka berkawan dengan orang, bau mulut busuk, atau bau nafas busuk adalah satu kelebihan. Bau mulut busuk itu akan membantu orang tidak mendekati anda. Jadi ia membantu anda mencapai niat anda yang tak suka berkawan dengan manusia lain.

Tetapi, kalau anda jenis manusia normal yang rasa perlu dan suka bersosial, suka bersembang, suka berborak dan seumpamanya, bau mulut yang busuk adalah satu masalah besar. Tak ada orang yang suka bersembang dengan orang yang mulutnya berbau busuk. Walaupun orang itu sendiri mulutnya busuk, dia masih tak suka berbual dengan orang lain yang berbau mulutnya.

Mulut tetap busuk walau cuci 4 kali sehari

Bagi orang yang ada masalah mulutnya berbau busuk, biasanya bau busuk itu tetap tak akan hiang walaupun dia cuci atau kumur mulutnya 4 kali sehari. Itu kata pakar mulut dan pergigian. Anda perlu serang punca kepada masalah mulut berbau terlebih dahulu sebelum nak cuci dan kumur 4 kali sehari.

Punca sebenar mulut berbau busuk

Punca mulut anda berbau busuk biasanya adalah disebabkan aktiviti makan.

Ya ! makan !.

Mana ada manusia yang tak makan ?

Abih tu macam mana nak hilangkan bau busuk mulut kalau dah puncanya adalah disebabkan mulut yang mengunyah ketika makan ?

Makanan melekat celah gigi dan lidah

Jangan risau, fahami terlebih dahulu apa yang berlaku bila kita makan. Bila kita kunyah makanan, sudah pasti akan ada sisa makanan yang melekat di celah gigi. Ada juga makanan yang melekat pada lidah. Cuba jelirkan lidah anda depan cermin dan tengok, ada benda melekat tak pada atas lidah tu ?.

Makanan yang melekat pada lidah dan terselit di celah gigi, jika dibiarkan menjadi syurga pada bakteria. Semua sisa makanan tersebut akan dilarutkan atau dihancurkan oleh bakteria perlahan-lahan. Kat situlah punca bau busuk yang keluar dari mulut anda itu.

Oleh itu bayangkan orang yang jenis hanya kumur mulut sahaja tanpa berusa mengeluarkan sisa-sisa makanan yang terselit di celah gigi dan yang melekat pada lidah !. Sudah pasti semakin lama semakin busuk mulutnya berbau.

Cara hilangkan bau busuk mulut

Bila anda dah faham punca sebenar mulut berbau, maka sekarang baru mudah nak hilangkan bau mulut yang berbau itu. Tentu anda sendiri dah boleh agak macam mana mudahnya nak hilangkan bau mulut yang busuk, bukan ?.

1. Gosok gigi sebelum tidur

Langkah pertama adalah, pastikan anda sentiasa gogok gigi setiap malam sebelum masuk ke bilik tidur. Ramai orang hanya gosok gigi bila bangun dari tidur. Itu tak cukup. Bayangkan mulut anda yang bakteria berpesta sepanjang malam ketika anda tidur. Terlalu busuk dan ia akan ada kesan walaupun selepas anda dah gosok gigi ketika bangun tidur.

2. Flos celahan gigi

Bukan saja gosok gigi, pastikan anda gunakan flos untuk buang kesemua sisa makanan yang terselit di celah kesemua gigi anda. Ini amalan yang tak ramai orang buat. Malas nak buang masa nak selit benang kat celah gigi....

Buang perasaan malas itu demi menghilangkan mulut busuk berbau yang anda ada. Bukannya susahpun nak flos gigi. Anda akan rasa lebih selesa dan mulut dan gigi terasa lebih bersih. Nak pergi tidur pula rasa lebih aman dan kalau dah berkahwin, pasangan akan terasa lebih berselera dengan anda.

3. Kikis dan bersihkan lidah 

Keduanya adalah, pastikan anda bersihkan lidah yang penuh bertimbun dengan sisa makanan tu. Beli pencedok kecil yang bergerigi kat pasaraya atau pergi farmasi yang ada kelengkapan kesihatan jaga kebersihan mulut.

Gunakan alat kikis lidah yang berkesan itu untuk buang kesemua bahan yang melekat pada lidah. Selepas itu kumur dengan air bersih. Kalau nak lagi puas , boleh kumur dengan listerin.

4. Minum banyak air kosong

Jangan biarkan mulut anda kering. Bila mulut kering, air liur akan berkurangan dan ia menyebabkan bakteria dan sisa makanan dalam mulut berada ditempatnya dalam tempoh masa yang lebih lama. Ini lebih banyak mengeluarkan bau busuk.

Oleh itu, banyakkan minum air kosong terutamanya di waktu siang supaya mulut anda sentiasa basah dan tidak kering.

5. Elak mulut dari kering

Mulut anda sebenarnya mudah menjadi kering dengan perkara seperti,

  • Minum kopi
  • Minum arak
  • Merokok
  • Makan sesetengah ubatan 

Jadi kalau boleh elakkan kesemua perkara di atas itu, mulut anda lebih mudah untuk tidak menjadi busuk. Dalam bab merokok, mungkin ramai perokok yang akan rasa sukar.

Lakukan kesemua yang disenaraikan kat atas tu sebagai rutin amalan harian anda. Insyaallah mulut anda tidak akan busuk sampai orang tak tahan nak berbual. Insyallah mulut anda lebih nyaman untuk dicium oleh pasangan. Best kan ?

Jika mulut masih juga busuk ?

Apa pula perlu dilakukan kalau kesemua yang disebutkan kat atas tu masih tidak berjaya menghlingkan bau mulut anda dari menjadi busuk ?

Bukan buat kesemua kat atas tu, malah anda kerap kumur pakai listerin dan seumpamanya. Masih juga berbau busuk... apa nak buat ?

Jawapannya mudah sahaja, anda perlu pergi berjumpa doktor. Pasti ada yang tak kena pada mulut atau ruang pernafasan atau anggota dalaman mulut anda. Perlu kepada pemeriksaan doktor yang arif untuk mencari punca sebenarnya.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Hilangkan bau busuk mulut dengan mudah dan amat berkesan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !