Bukan semua kaum bapa tak prihatin pasal aktiviti beli baju baby yang bakal dilahirkan oleh pasangannya. Ada juga yang peka dan mula cari maklumat sebaik saja isterinya dah mengandung lebih 6 bulan. Tapi saya tak termasuk dalam kategori bapa yang begitu.
Apa yang saya sering fikirkan pasal bab beli baju babay ni adalah lebih kepada membuat pilihan baju baby yang terbaik untuk baby. Pasal fesyen, warna atau seumpamanya, saya tak ambil kisah. Yang pentingnya, baju baby mestilah selesa dan nyaman untuk mereka nanti.
Masalah baby ni, bila dia dah lahir adalah tak reti nak bagi tahu samada bajunya sedap, selesa atau tidak. Paling kuat mungkin dia akan menangis. Tapi bila baby menangis, biasanya kita lebih sangkakan dia laparkan susu. Kalau bukan lapar, mungkin dia kembung perut. Jarang kita nak sangka dia menangis sebab nak bagi tahu dia tak suka pakaian yang ibu pakaikan untuknya.
Jika anda nak tengok pilihan baju baby yang menarik, boleh pergi ke Jasduit Mall dan cuci mata pilihan baju baby yang ada kat situ.
Maklumat pasal baju baby yang perlu anda tahu
Berikut saya kongsikan sedikit pasal bab baju baby yang perlu anda tahu. Mungkin anda juga selama ini tercari-cari sedikit maklumat yang perlu diambil tahu tentang baju baby yang nak kena beli nanti. Ini beberapa maklumat penting untuk diambil tahu buat ibu dan bapa yang bakal menimang cahaya mata.Soalan 1: Apa saiz yang sesuai untuk beli baju baby ?
Pastikan anda beli baju baby yang bersaiz lebih besar daripada apa yang anda sangkakan. Kalau saiz baby adalah lebih besar daripada biasa, baju baby selepas dilahirkan yang ada dijual di pasaran mungkin tak muat.
Oleh itu, beli lebih daripada satu saiz supaya anda bersedia. Kalau selepas lahir nanti didapati tak muat, terutamanya lebih kecil saiz baju tu dari sepatutunya, anda boleh jual atau hadiahkan saja pada bakal ibu ang lain.
Soalan 2: Baju baby macam mana yang perlu saya pilih ?
Pastikan anda lebih utamakan 4 perkara ini.
- Selamat - pertimbangan yang paling utama yang perlu dibuat. Adakah baju yang nak dipakaikan itu selamat untuk baby anda nanti.
- Ringkas - Jangan nak serabutkan baby anda semata-mata nak tunjukkan pada orang lain dia comel. Ada orang yang lebihkan pada fesyen dan penonjolan sampai baju baby jadi complicated. Pastikan baju baby anda ringkas sahaja, itu lebih baik dan comel. Lagipun, semua baby tetap comel walaupun tak pakai pakaian.
- Selesa - Ini juga amat penting. Macam yang saya kata kat atas tadi, baby tak reti nak kata dia selesa atau tidak. Jadi cuba selami maklumat bagaimana nak buatkan baby selesa dalam pakaian yang dikenakan untuk mereka.
- Praktikal - Baju baby mestilah praktikal. Pertimbangkan suasana tempat tinggal, cuaca, mudah pakai dan mudah lucutkan. Semuanya mesti praktikal.
Jawapannya sudah pasti, YA !
Anda tak tahu macam mana orang uruskan baju tersebut dari awal sampai ianya dibungkuskan. Entah ada bakteria, entah ada kuman, mana tahu !. Kita juga tak tahu apa bahan kimia yang dipakai dalam pembuatan baju baby tersebut. Jangan ambil ringan dan tak basuh baju baby yang baru dibeli.
Jadi pastikan anda basuh dengan air panas sekurang-kurang 71 darjah celcius untuk membunuh kuman dan bakteria jika ada. Pastikan anda guna bahan cucian yang bebas dari bauan dan wangian dan juba bebas dari pewarna.
Bagaimana nak beli baju baby yang selesa
Berikut adalah panduan untuk pastikan baju baby yang anda beli adalah selesa untuk baby anda.- Pilih jenis kain yang sesuai - Kain yang digunakan untuk buat baju baby mestilah kuat dan tahan lama. Biasanya campuran kain jenis kain kapas dan Polyester adalah yang terbaik. Tapi kalau kulit baby anda amat sensitif, ianya mungkin tak sesuai. Jika begitu pilih kain dari bahan semula jadi untuk baby anda. Contoh kain dari bahan semula jadi adalah Kain Kapas Organik yang kapasnya ditanam tanpa menggunakan sebarang bahan kimia.
- Jauhi pakaian ketat walaupun elastik - Ini perlu dihindari terus. Jangan pakaikan baju baby yang ketat walaupun ianya elastik. Biasanya bahan kain sebegitu adalah daripada spandeks dari bahan kain Polyurethane. Biarlah baju baby lebih longgar sebab baby akan membesar dengan cepat.
- Pilih baju baby yang dijahit dengan sempurna - Tengok baju baby samada ada zip atau dijahit dengan buruk. Pastikan tak ada ketulan, jahitan yang kelihatan kasar dan dan bucunya juga keras dan kasar. Kulit pada badan baby amat lembut dan sensitif. Sebaiknya pilih baju baby yang dijahit paling sedikit, itu adalah yang terbaik.
- Jauhi baju baby yang kasar menggatalkan - Ini perlu dielakkan terus. Rasa kain buatan baju baby tu samada kasar atau tidak. Bukan saja baby, orang tuapun tak suka baju yang kasar. Boleh jadi gatal dengan kain sebegitu. Jadi rasa dan pastikan anda dapat bayangkan kulit baby adalah jauh lebih sensitif dari kulit anda. Baju yang ada zip contohnya adalah amat tidak sesuai untuk baby. Baju dari Wool atau bulu biri-biri juga amat tak sesuai.
- Jauhi potensi baby dari bahaya tercekik - Ini jangan pandang ringan. Baju baby boleh buatkan baby anda tercekik jika ada butang dan segala mak nenek melekat yang mudah atau boleh tertanggal. Jangan ambil risiko agar baby anda tidak tercekik !. Periksa setiap pakaian baby selepas basuh kalau ada potensi tercerai kain yang ada pada baju baby tersebut.
Jika anda nak tengok pilihan baju baby yang menarik, boleh pergi ke Jasduit Mall dan cuci mata pilihan baju baby yang ada kat situ.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !