Bandaraya Shah Alam bertekad untuk menjadi bandaraya rendah karbon pada tahun 2030 nanti. Ertinya Shah Alam akan menjadi sebuah bandarraya yang rendah tahap pencemaran udaranya. Itu azam kerajaan negeri Selangor yang sedang giat mula dilaksanakan.
Salah satu dari program bagi merealisasikan matlamat tersebut adalah program Hari Ahad Tanpa Kenderaan yang bakal bermula dilancarkan pada 22 Januari 2017 nanti. Sebab itu saya kata tadi semua orang Selangor mesti keluar dari rumah mereka awal-awal pada hari ahad itu untuk menunjukkan sokongan padu mereka kepada azam kerajaan negeri yang amat baik ini.
Hari Ahad tanpa kenderaan di Shah Alam
Atas inisiatif MBSA, bermula pada 22 Januari 2017 nanti, pada setiap hari ahad minggu kedua setiap bulan, semua orang tidak dibenarkan membawa, memandu apa saja jenis kenderaan berenjin yang mencemarkan udara.Tetapi jangan risau, memang rasa macam tak logik pulak kalau sepanjang hari ahad minggu kedua semua orang tak boleh memandu kenderaan berenjin masuk ke Bandaraya Shah Alam. Walaupun itulah yang paling baik demi menjadikan Shah Alam bebas karbon, tapi nak halang orang naik kenderaan bermotor satu hari penuh akan menimbulkan histeria pada warga Selangor terutamanya warga Shah Alam.
Oleh itu, program hari ahad minggu kedua setiap bulan tanpa kenderaan itu hanya akan berkuat kuasa bermula dari pukul 6 pagi hingga pukul 9.30 pagi sahaja. Dan berikut adalah jalan-jalan yang bakal ditutup dalam tempoh waktu tersebut bagi menghalang kenderaan masuk:
- Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan),
- Persiaran Perbandaran
- Persiaran Tasik
- Persiaran Masjid
- Persiaran Dato’ Menteri
- Persiaran Damai
Elok buat setiap hari ahad tanpa kenderaan
Rasanya elok kalau MBSA cuba fikirkan untuk mengadakan program yang sama, tanpa kenderaan di semua tempat yang tersebut di atas tadi pada setiap hari ahad. Dan mungkin MBSA cuba lanjutkan lagi lokasi termasuk pada stadium Shah Alam yang penuh sesak dengan kenderaan orang serbu nak beli belah di pasar pagi stadium Shah Alam.
Kalau kenderaan tak boleh masuk antara pukul 6 pagi sampai pukul 9.30 pagi termasuk ke Stadium Shah Alam pada hari ahad, maka ini merupakan satu peluang untuk orang yang nak kayuh basikal pergi shopping kat pasar pagi tu.
Selepas itu kalau dah habis tempoh 9.30 pagi orang yang suka naik kenderaan berenjin dan tak reti naik basikal bolehlah masuk ikut giliran mereka pula. Yang pentingnya ada satu tempoh masa yang mencukupi buat mereka yang mencintai kesihatan dan bekersihan udara alam masuk membeli belah di kawasan itu.
Adakan bajet jalanraya mesra basikal
Satu lagi perkara yang kerajaan negeri Selangor perlu fikirkan adalah untuk pastikan keseluruhan jalanraya di negeri Selangor adalah mesra basikal. Ini penting untuk diusahakan kalau kerajaan negeri benar-benar nak jadikan selangor sebuah negeri contoh yang hebat dan mesra alam sekitar.Kebanyakan jalanraya yang dibina sekarang adalah tidak mesra penunggang basikal. Tiada langsung lintasan dan laluan yang selamat untuk naik basikal dari Puchong contohnya, ke Shah Alam. Kalau nak naik juga alamat perlu bulatkan hati ambil risiko bahaya dilanggar oleh kereta, lori atau motosikal.
Kerajaan perlu gazetkan satu jalan mesra basikal dari seluruh bandar kenuju ke penempatan awam. Kalau ini boleh dilakukan, saya yakin semakin ramai orang akan naik basikal untuk berjalan-jalan dari rumah mereka menuju ke pusat bandar sekitar negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !