Tapi ada juga jam tangan mewah yang memang amat menarik walaupun sekali pandang. Salah satu daripada jam tangan mewah yang macam itu adalah dari jenama Audemar Piguet Royal Oak. Jam tangan mewah itu pertama kali saya pandang terus jatuh cinta dan rasa ianya sangat menarik dan istimewa rekabentuknya.
Jam tangan mewah Audemars Piguet Royal Oak
Cuba tengok gambar jam tangan Audemars Piguet Royal Oak yang saya maksudkan itu. Apa pendapat anda, terutamanya yang tak berapa ambil tahu sangat tentang perkembangan pasal jam tangan mewah ni. Sekali pandang, adakah ianya satu bentuk rupa yang menarik hati atau tidak ?. Kalau tak berapa pasti, saya pamerkan pula satu lagi gambar apabila ianya dikena pakai oleh kita di tangan.Apa macam ? Hebat atau tidak hebat rupa bentuknya apabila di kenakan pada tangan jejaka yang berpakaian kemas ?
Saya tak tahu apa pendapat anda. Tapi bagi saya jam tangan Audemars Piguet Royal Oak ini terus menagkap sebaik saja pertama kali dipandang. Kali pertama saya lihat jam tangan ini adalah di dalam koleksi gambar jam tangan mewah di Instagram. Saya follow satu akaun insta yang sering pamerkan jam-jam tangan mewah yang ada di pasaran. Dan sebaik saja lihat jam tangan itu, hati terus tertawan.
Apa yang menarik bagi saya adalah rekabentuknya yang amat ringkas. Itu jenis rekabentuk kegemaran saya bukan saja dalam jam tangan, malah dalam apa barangan sekalipun. Bagi sebuah jam tangan, apa yang perlu ada adalah jarum jam dan jarum minit serta saat, dengan tambahan kalendar menunjukkan haribulan. Dan Audemars Piguet ini menepati semua itu dalam tawarannya.
Sejarah Audemars Piguet Royal Oak
Jam tangan ini direka oleh GĂ©rald Genta pada tahun 1971. Ia merupakan jam tangan mewah diperbuat dari besi yang pertama dikeluarkan. Sejak pertama kali dikeluarkan dahulu sampai sekarang, ia menduduki takhta istimewa dan disegani sampai sekarang oleh semua pesaingnya.Banyak juga pesaing lain dari kalangan jam buatan Swiss yang cuba bersaing dengan Audemars Piguet Royal Oak 41 tersebut, tapi semuanya tak dapat nak ikut. Pertama kali ia keluar, orang panggil jam tangan mewah ini sebagai 'Jumbo'. Sebabnya adalah kerana saiznya 39 mm ketika itu adalah satu saiz yang terlalu besar bagi sebuah jam tangan. Sampai sekarang jam tangan mewah ini masih dikeluarkan tapi dalam saiz 41 mm atau saiz 37 mm.
Setelah jam tangan mewah ini mendapat tempat di kalangan peminta jam tangan koleksi mewah, pada tahun 1976 barulah ada satu pagi pembuat jam tangan mewah yang berjaya bersaing dengan Audemars Piguet Royal Oak ini. Pesaing yang saya maksudkan adalah Patek Philippe. Ia mengeluarkan model yang dipanggil Nautilus. Tengok rupa bentuk Nautilus kat bawah ni.
Nampak kedua-duanya punya satu bentuk yang hampir sama tapi tak serupa. Walaupun nampak hampir sama, saya masih tetap berkenan pada Audemar Piguet Royal Oak dari segi rekabentuknya yang lebih maskulin.
Pergerakan dalaman AP Royal Oak
Saya masih tak berapa fasih dan faham sangat berkenaan pembuatan enjin dalam sesebuah jam tangan mewah mekanikal ini. Tapi sedang berusaha untuk cuba memahaminya terutamanya dengan terma-terma yang diguna pakai dalam bahasa Inggeris.Untuk maklumat, enjin dalaman AP Royal Oak ini adalah dari jenis pergerakan self-winding. Dalam bahasa mudah cara kampung, kita selalu sebut jam tangan automatik. Kalau tak pakai lama dia akan berhenti bergerak. Kalau nak hidupkan semula pergerakan jam tangan ini, perlu hinggut sikit dan barulah ia mula bergerak. Jenis enjin itulah yang dipakaikan untuk AP Royal Oak.
Kalau nak lebih spesifk lagi, ia merupakan dari kaliber 3120 dengan pusingan 3Hz, iaitu sebanyak 21,600 getaran dalam tempoh satu jam. Kalau hinggut secukupnya dipakai pada tangan anda, enjin ini mampu terus bergerak selama 60 jam selepas dibuka dari tangan dan disimpan dalam kotak tak bergerak.
Terdapat sebanyak 280 komponen halus disusun dengan penuh berseni untuk membentuk enjin jam tangan ini. 40 daripada komponen tersebut adalah permata. Kesemua pembuatannya adalah daripapada mesin yang dijalankan secara manual dengan tangan. Hebat ! itu saja yang boleh saya katakan.
Harga Audemars Piguet Royal Oak
Tang harga ni malas nak sebut sikit. Sebab dah tahu jenis jam tangan koleksi mewah, sudah tentu harganya adalah terlalu mahal untuk orag biasa dari keturunan orang bendang kat kampung macam saya ni. Tapi manalah tahu, kot kot satu hari nanti termasuk dalam golongan orang kaya elite, perlulah tahu jugak berapa harga yang ditawarkan dalam pasaran negara kita Malaysia.Harganya adalah dalam lingkungan RM70 ribu sahaja !, mungkin ada tawaran yang murah daripada harga tersebut, tapi bukan dari kedai jam tangan mewah. Kalau ada duit dan nak beli sebuah, elolah pergi cari ke dai jam tangan mewah yang ada kat KL tu dan beli baru. Ada banyak jam tangan tipu yang ada dalam pasaran juga, jadi jangan ambil risiko.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !