Syarikat bas yang digunakan oleh penumpang tersebut adalah sebuah syarikat yang berpusat di Singapura. Nama syarikat bas itu adalah Starmart Express. Ini merupakan aduan kali kedua datang dari penumpang syarikat bas yang sama.
Sebelum ini, seorang penumpang yang menaiki bas dari KL ke Singapura, dikenali sebagai Natalie Yap, berumur 29 tahun membuat aduan yang sama. Natalie kena gigit sebanyak 30 gigitan. Dia berjaya menyepit sebanyak 15 ekor pepijat busuk penghisap darah dari kerusi bas tersebut. Kejadian dikatakan berlaku dalam bas bernombor AJB15. Berlaku pada 26 Disember 2016.
Akibat kena gigit di 30 tempat di badannya, Natalie terpaksa keluarkan duit RM199.96 untuk kos rawatan. Dia juga dapat MC satu hari sebab tak tahan kena gigit pepijat. Mungkin bukan tak tahan gigitan, tapi tak boleh berehat ketika duduk berejam dalam bas bersama pepijat yang kerjanya memang hisap darah.
Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan hapus pepijat dengan rawatan Haba, sila berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control Berlesen dan berpengalaman sejak 1998. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
Pepijat hisap darah kat perut
Untuk aduan terbaru kali ini, penumpang yang bernama Yuvaraj Sivanathan, 26 tahun kena gigit pada bahagian perutnya. Kata Yuvaraj, dia kena gigit ketika bas tersebut sedang menuju ke Terminal Larkin di Negeri Johor. Terdapat lebih kurang 10 orang penumpang saja dalam bas tersebut yang membawa nombor pendaftaran AJB6666.Menurut Yuvaraj, bukan dia saja yang kena hisap darah dek pepijat dalam bas itu. Malah 5 atau 6 penumpang lagi, yang duduk di bahagian depan bas tersebut turut sama kena gigit dan kena hisap darah oleh pepijat yang ada dalam bas itu.
Menambahkan lagi parah, bas itu rosak pulak pada pukul 4 pagi ketika dalam perjalanan.
Dari cerita kat atas tu, ternyata bas itu merupakan bas lama. Jadi memang tidak dapat ditolak kemungkinan adanya pepijat dalam bas itu. Pengurus bas berkata, penumpang perlu buat aduan secara terus kepada bas untuk tindakan lanjut. Lagipun, pepijat itu katanya berpunca dari para penumpang bas itu juga.
Pemeriksaan pepijat pada semua bas ekspress
Menurut pengurus bas Starsmart Express, kesemua bas mereka sebanyak 200 unit sentiasa dihantar untuk dijalankan pemeriksaan serangga dan makhluk perosak setiap 6 bulan sekali.Itu satu amalan yang amat baik dibuat oleh pengusaha bas ekspress tersebut. Pemeriksaan pest control mesti dilakukan terutamanya untuk pastikan tiada pepijat terutamanya di dalam bas ekspress.
Biasanya pepijat akan menyorok dan membiak di celah lipatan kerusi yang ada dalam bas itu. Oleh kerana pada satu kerusi sahaja akan ada terlalu banyak lipatan dan celahan, maka ada terlalu banyak tempat yang boleh dijadikan pusat membiak pepijat. Bayangkan berapa banyak pusat menyorok dan membiak yang ada pada 40 buah kerusi di dalam bas mereka.
Latihan menyeluruh perlu diberikan kepada para pekerja yang melakukan pemeriksaan pepijat di kesemua bas ekspress tersebut. Jika mereka cekap buat pemeriksaan, maka lebih tinggi kemungkinan segala masalah pepijat dapat diatasi.
Rawatan pepijat dalam bas dengan teknik Haba
Satu lagi persoalan yang timbul adalah bagaimana pihak bas ekspress melakukan rawatan bagi membunuh segala pepijat hisap darah yang ada di kerusi bas mereka ?Penggunaan racun serangga sudah tentu bukan satu cara yang terbaik. Ia akan membuatkan racun tertinggal pada kerusi bas. Ini tidak bagus untuk para penumpang bas mereka. Lagipun, jika jenis racun kuat dan busuk di gunakan, ia menambahkan lagi parah bau di dalam bas itu dan membahayakan pengguna bas yang tak tahu apa-apa akan adanya sisa racun pada kerusi yang mereka duduk.
Ole itu, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan teknik rawatan Haba. Stim Haba mampu membunuh segala pepijat yang ada sekali dengan telur pepijat yang melekat di celah rekahan kerusi bas. Ini adalah satu cara rawatan yang amat selamat dan berkesan.
Lagipun, stim atau wap panas yang digunakan akan ditambah dengan bahan penyaman untuk membuatkan kerusi atau tilam pada kerusi itu tidak ada bau yang busuk.
Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan hapus pepijat dengan rawatan Haba, sila berhubung dengan Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control Berlesen dan berpengalaman sejak 1998. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.Sumber berita di sini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !