Bagi yang tak tahu, Rawatan Akupunktur ini adalah sejenis rawatan yang menggunakan jarum. Ia digunakan untuk melegakan berbagai penyakit dan ketidak selesaaan. Juga untuk melegakan masalah fizikal dan juga emosi pesakit. Rawatan Akupunktur ini berasal dari negara Cina.
Adakah akupunktur diakui dalam kajian sains
Ini satu masalah yang sedang dipertikaikan oleh para pengamal perubatan moden. Menurut satu artikel di The Forbes, rawatan akupunktur sebenarnya tidak pernah mendapat pengiktirafan akan kesahihannya.Rawatan akupunktur hanyalah satu kepercayaan karut semata-mata tanpa ada asas, samada dari segi perubatan, fisiologi atau biologi. Malah ianya tidak pernah dibuktikan secara saintifik untuk menyokong keberkesanan atau kesahihan rawatan itu.
Jika ada pesakit yang lega hasil dari rawatan akupunktur ini, ianya adalah kesan dari fenomena placebo sahaja. Penolakan rawatan akupunktur itu merupakan dakwaan dari para pakar yang melakukan kajian terhadapnya.
Rawatan akupunktur ini tidak pernah terkenalpun di negara China satu masa dahulu sehinggalah ianya dipaksa terkenal oleh pemimpin negara tersebut, Mao Zedong. Pemimpin negara China itu perkenalkan akupunktur sebagai salah satu rawatan berkesan untuk rakyat negara China.
Mao Zedong buat begitu sebab jumlah doktor perubatan moden sebenar di China tidak cukup untuk kendalikan jumlah populasi rakyatnya yang terlalu ramai. Jadi dia propagandakan akupunktur ini sebagai sama mujarab dengan rawatan perubatan moden.
Baca artikel menarik pasal penolakan akupunktur ini di artikel ini.
Pengalaman guna rawatan akupunktur Korea di Langkawi
Samada betul atau tidak betul, kita tolak sebelah terlebih dahulu. Punca saya pergi dapatkan rawatan akupunktur ini adalah untuk melegakan masalah kesihatan emak yang mengadu sakit dan kebas di anggota badan dan tangannya.Bila orang tua mengadu sakit, kami anak beranak memang tak boleh biarkan. Jika dia risau, kami semua turut risau dan rasa serba salah. Jadi jalan mudah adalah merujuk masalah emak kepada doktor perubatan moden.
Setelah 4 doktor kami bawa, masalah kesihatan emak masih tidak ada perubahan. Akhir sekali, doktor yang terakhir syorkan kami bawa emak berjumpa dengan seorang pengamal akupunktur di Kuala Teriang. Pengamal perubatan itu berasal dari negara Korea. Namanya Dr. Lee, saya tak pasti samada dia seorang doktor perubatan moden atau seorang doktor falsafah.
Lokasi rawatan akupunktur korea tersebut beralamat di, Kuala Teriang, Jalan Pantai Kok, Langkawi. Kedudukannya betul-betul bertentangan dengan Masjid kat tepi jalan seberang sana. Pusat tersebut dinamakan sebagai Ashi SPA.
Kesan rawatan akupunktur tangan dari Korea
Jenis rawatan di situ ada 3, akupunktur tangan, urutan refleksologi tapak kaki dan bekam. Kesemuanya ditawarkan oleh pemilik pusat SPA itu untuk para pesakitnya. Dia sendiri akan membuat analisa pesakit dan rawatan akupunktur tangan dan rawatan bekam. Untuk rawatan urutan tapak kaki, pekerjanya akan buat.Rawatan akupunktur tangan ini adalah unik dari negara Korea. Hanya tangan sahaja yang akan dicucuk dengan jarum dan bukan pada anggota lain di badan. Ini berbeza sikit dari amalan orang Cina.
Mungkin dari kesan placebo, emak saya kata dia rasa lega sangat setelah mendapatkan 3 kali rawatan dari Dr Lee orang Korea itu. Kebas tangan dan tidak selesa pada tubuh badannya kembali pulih dan dia nampak rasa lega sangat.
Samada ianya adalah kesan placebo atau tidak, saya tak peduli. Yang pentingnya emak rasa lega dan lena tidur setelah mendapatkan rawatan dari Dr. Lee. Saya suruh adik bawa emak buat rawatan yang sama setiap minggu sehinggalah dia pulih dan segar semula lebih daripada sekarang.
Bukan emak saja yang kata lega, malah ramai orang lain yang turut sama ada pengalaman ke sana mengaku perkara yang sama. Malah orang Putih yang pergi pun mengaku kesan mujarab rawatan dari Dr Lee. Anda boleh baca perkongsian dari seorang Mat Saleh yang mendapatkan rawatan akupunktur, bekam dan refeksologi dari pautan ini.
Memang masa saya pergi tu, ramai orang yang datang. Dari Langkawi dan juga dari luar Langkawi. Ada juga mat saleh yang datang. Majoriti besarnya adalah orang tua-tua belaka yang menghadapi berbagai masalah.
Saya sendiri mencuba rawatan akupunktur tangan dari Korea itu selama dua hari berturut-turut. Dr Lee suruh datang lagi untuk hari ke-3 tapi saya terpaksa balik ke Lembah Kelang. Insyaallah lepas ini saya akan pergi sekali lagi. Niatnya untuk dapatkan rawatan akupunktur itu setiap bulan.
Adakah ianya berkesan pada saya ?
Saya tak pasti. Menurut Dr. Lee, saya ada masalah banyak toksik dalam hati dan perlu dibetulkan. Saya juga ada masalah toksik pada perut dan usus yang menyebabkan pencernaan makanan tidak lancar dan tenaga berkurangan.Semua itu boleh dipulihkan tapi ambil masa sedikit. Toksik akan hanya dapat dibuag perlahan-lahan. Betulkan puncanya, masalah kesihatan saya akan kembali pulih. Saya akan lebih mantap dan menjadi muda semula.
Memang saya sendiri kagum tengok Dr. Lee. Umurnya dah jangkau 65 tahun, tapi dia nampak amat muda, sihat dan kulitnya tak macam orang tua. Itu adalah kesan amalan akupunktur dan bekam, katanya.
Moga perkongsian ini ada manfaatnya untuk anda yang membaca.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !