Mungkin itu soalan yang timbul bila membaca tajuk artikel di atas. Jawapannya adalah 'YA ! ", ada orang yang boleh meninggal dunia akibat dari terkena gigitan pepijat dalam jumlah yang banyak.
Ini dibuktikan dalam satu laporan di Amerika. Klik kat sini untuk membacanya. Dalam berita tersebut, seorang penjaga orang-orang tua telah didapati bersalah kerana cuai membiarkan orang tua di bawah jagaannya mati akibat teruk di gigi pepijat.
Penjaga tersebut didapati bersalah mengakibat kematian dengan tidak sengaja terhadap seorang tua berumur 96 tahun di bawah jagaannya. Terdapat kesan gigitan pepijat yang amat banyak pada anggota badan orang tua malang tersebut.
50% dari anggota badan ada kesan gigitan pepijat
Dalam laporan, sebanyak 50% daripada anggota badan orang tua itu terdapat kesan gigitan pepijat. Jumlah yang banyak macam tu, kalau terkena pada orang muda dan masih kuat mungkin tak akan membawa kepada kematian.Lagipun, untuk orang muda dan masih kuat, sudah tentu anda tak akan biarkan perkara tersebut berlarutan. Tak ada orang yang akan terus berdiam diri, tidur di tempat yang sama walaupun dah pasti katil dan tilamnya penuh dengan pepijat.
Paling lekehpun, anda akan ubah tempat tidur. Mungkin juga anda akan ponggokkan semua katil berserta dengan tilam dan cadar kat longgokan sampah dan tuang minyak gas dan bakar terus kesemuanya sekali dengan pepijat yang ada di situ.
Cara terbaik hapuskan pepijat
Sebelum anda nak mengamuk bakar semua tilam dan katil, sabar dulu !. Ada cara lain yang lebih baik untuk hapuskan pepijat dari katil dan tilam anda. Cara yang biasa digunakan adalah dengan mendapatkan khidmat syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak untuk sebur racun membunuh pepijat.Walaupun menggunakan racun atau bahan kimia yang sebenarnya kurang baik, ianya masih lebih baik dari anda bakar katil dan tilam.
Tapi ada satu lagi cara yang jauh lebih baik untuk hapuskan terus pepijat dari katil dan tilam anda di rumah. Gunakan cara yang berkesan dan selamat melalui teknik rawatan haba. Haba yang disembur dari wap panas yang tinggi boleh membunuh pepijat dan telurnya dengan mudah. Pepijat tak akan dapat hidup dalam suhu melebihi 67 darjah Celcius. Jika suhu 100 darjah Celcius tentu lebih mudah dia mati.
Jika nak dapatkan khidmat rawatan haba berkesan dan selamat dari Easelife Services Sdn Bhd, hubungan Puan Siti di nombor 012-2067357. Kalau malas telefon, whatsapp boleh juga !
Selain dari membunuh pepijat, wap panas yang dikeluarkan dirumuskan dengan bahan berbau nyaman penyegar tilam dan katil anda. Ini bagi menghilangkan bau busuk yang ditinggalkan oleh pepijat sebelum ini. Masalah pepijat selesai dan tilam nyaman pula.
Prihatin pada orang tua dan lemah
Sambung lagi dengan persoalan pepijat yang boleh membuatkan orang mati kat atas tadi, ia memang boleh terjadi terutamanya pada mereka yang lemah tidak bermaya seperti orang tua dan bayi kecil.Nak bangunpun tak boleh, nak menjerit tak ada suara sebab lemah. Jadi tak boleh nak ubah tempat dan tentu tak boleh nak bakar katil dan tilam.
Jadi prihatinlah jika anda menjaga orang tua atau insan yang lemah tidak bermaya. Membiarkan mereka terlantas atas katil yang ada pepijat penghisap darah adalah satu perbuatan yang amat zalim dan tidak prikemanusiaan.
Oleh itu, pastikan anda memeriksa samada katil tempat tidur mereka ada kesan pepijat. Tengok anggota badan mereka terutamanya pada bahagian tangan, badan leher dan kaki jika ada kesan gigitan pepijat.
Pepijat memang tak bleh bunuh manusia secara terus. Tapi kesan gigitannya boleh mengakibatkan masalah kulit. Gatal akan merebak dan boleh membaca kepada jangkitan kuman. Kesan lanjutan itulah yang boleh membawa maut pada orang lemah tidak bermaya.
Baca maklumat berkenaan pepijat kat bawah ini untuk pengetahuan lanjut:
- Bagaimana nak pastikan hotel atau homestay anda bebas pepijat
- Kesan Gigitan Pepijat Dan Bagaimana Merawatnya
- Kenali pepijat
- Dari mana datang pepijat
Jika nak dapatkan khidmat rawatan haba berkesan dan selamat dari Easelife Services Sdn Bhd, hubungan Puan Siti di nombor 012-2067357. Kalau malas telefon, whatsapp boleh juga !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !