Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 February 2017

Melaka haramkan meminta dan mengemis dari orang ramai

  Ano Nyme       02 February 2017
Ini satu berita buruk untuk para pengemis dan peminta sedekah yang berniat nak jalankan operasi mengemis dan meminta dari orang ramai di negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron umumkannya semalam. Para pengemis dan peminta sedekah boleh ditangkap dan diseret ke mahkamah untuk didakwa jika melakukan kesalahan tersebut. Larangan ini berkuat kusa serta merta di seluruh negeri Melaka.

Aktiviti menjual kepada orang ramai segala bahan keagamaan seperti sticker ayat suci Al-Quran, buku kecil surah Yasin dan sebagainya juga dilarang. Banyak aktiviti kononnya jualan amal bertujuan untuk menderma kepada organisasi keagamaan sering berlaku dengan amat rancak sekali.

Haramkan meminta dan mengemis seluruh negara

Kesemua negeri lain di seluruh Malaysia perlu ikut langkah yang sama macam negeri Melaka buat. Ini dapat membendung sikap ambil kesempatan kemurahan hati rakyat Malaysia oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Diseluruh pusat bandar di Malaysia sentiasa meriah dengan aktiviti kutip derma, aktiviti mengemis dan aktiviti meminta. Setiap kali solat jumaat akan ada jejaka segak tampan siap berserban dan berkopiah dengan jbha putih terpacak memegang tong kosong. Akan dipamerkan derma bina madrasah, bina masjid ata bina pusat tahfiz.

Bukan itu saja, setiap kali berhenti atas jalanraya depan lampur isyarat merah, akan kelihatan kanak-kanak atau orang tua bergerak dari satu kereta ke kereta lain kutip derma. Ada juga yang jual entah apa-apa bahan yang dikaitkan dengan keagamaan. Tujuan utamanya adalah untuk minta simpati dan kutip derma.

Jika anda pergi di depan Bank CIMB Taipan USJ anda akan sentiasa nampak seorang atau dua orang Makcik meminta derma dari orang ramai. Kadang-kadang mereka bawa anak kecil bersama seorang atau dua. Sebaik saja anda lalu, " Assalamualaikom... ! " makcik itu akan berikan salam dengan kuat untuk menarik perhatian anda.

Jika anda keluar pula dan lalu depan mereka lagi, mereka akan berikan salam sekali lagi. Bila anda masuk semula dalam bank sebab tertinggal sesuatu, mereka akan berikan salam sekali lagi. Kemudian anda keluar pula, sekali lagi salam diberikan. Mereka sedang jalankan kutipan derma khas untuk para ibu tunggal.

Mujahidin fisabilillah masih meminta

Kalau anda yang tinggal dipusat bandar sekitar lembah kelang, anda tentu perasan sudah berapa lama kumpulan kutip derma jenis mujahidin fisabilillah ini. Seingat saya sudah berpuluh tahun mereka ini dengan pakaian kurta berkopiah dan kepilan dokumen gambar sedih meronda minta derma dari orang ramai.

Mereka dah cekap merayu dan minta simpati. Malah ada kalanya kasar dan kurang ajar tanpa pertimbangkan keselesaan orang lain. Brother, Fisabilillah... can you speak arabic, mujahidiiiin... bla bla bla. Mereka akan mula cakap dan tahan prgerakan anda sehingga duit keluar dari poket anda masuk ke poker mereka. Jika beri hanya seringgit, mereka akan pandang jijik pada anda dan minta lagi.

Pernah sekali saya selesai solat Zohor di Masjid Terapung Puchong Perdana. Saya bergegas ke kereta sebab ada meeting dan nak pantas bergerak. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari kumpulan ini berbadan besar dan berkopiah menahan saya. Saya berikan isyarat tidak padanya dan mengelak untuk membolehkan saya masuk kereta.

Dia berkeras dan terus bercakap tak berhenti. Fisabilillah, ikhlas, mujahideeen... brotherrrrr !. Saya buat tak tahu dan terus buka pintu kereta. Lelaki itu tak puas hati pada saya lalu angkat tangan sambil melihat pada saya dia berdoa. Dia doakan supaya saya kemalangan selepas itu sebab tak nak layan percakapannya.

Punyalah kurang ajar pelaki Pakistan atau Afganistan itu. Saya memang marah sangat dan rasa macam nak belasah. Tapi masa kesuntukan dan saya perlu beredar.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Melaka haramkan meminta dan mengemis dari orang ramai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !