Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

11 February 2017

Model Toyota Camry terbaru 2018 (bergambar) yang cukup menarik untuk dimiliki

  Ano Nyme       11 February 2017
Nampaknya Toyota Camry terbaru 2018 bakal menyaksikan satu perubahan yang hebat untuk ditawarkan kepada para peminat Toyota Camry. Semuanya dibuat perubahan dalam pembuatan kereta Toyota Camry jenerasi yang ke-8 ini.

Toyota Camry merupakan satu kenderaan jenis sedan yang paling laris dijual di seluruh dunia. Memang itulah kehebatan kereta buatan Jepun ini. Siapa sangka kenderaan yang dianggap gagal dan tidak diterima langsung dalam pasaran Amerika pada tahun 1958 dahulu boleh sampai ke tahap sebegini.

Syarikat Toyota pada asalnya hanyalah sebuah syarikat yang mengusahakan pembuatan mesin tekstile. Itu merupakan pendapatan utama syarikat tersebut. Syarikat itu bermula dengan nama Toyoda Automatik Loom.

Bila dia mula beralih buat kenderaan pada tahun 1933Untuk jayakan syarikat itu dan seterusnya membina industri pembuatan kenderaan di Jepun, kerajaannya terajang keluar General Motors dan Ford pada tahun 1939.

Kerajaan Jepun juga terpaksa selamatkan syarikat itu pada tahun 1949 dengan memberikan suntikan wang dari Bank Pusat Negara Jepun. Tapi malangnya kereta yang dikenalli sebagai Toyopet itu tak mendapat permintaan.

Rakyat Jepun mula kritik usaha tersebut. Mereka kata lebih baik Toyota berikan tumpuan untuk buat mesin tekstil sahaja yang jauh lebih sesuai untuk industri yang diceburinya. Memang logik. Kalau pendapatannya negara Jepun adalah dari ekspot sutera, nak berubahpun biarlah ke arah yang lebih logik. Bukannya belasah buat kereta dan ada perasaan nak ekspot pulak tu.

Sekarang apa dah jadi ! semua orang kenal Toyota di seluruh dunia. Industri kenderaan tak boleh dipisahkan dari negara Jepun sekarang. Mungkin Tun Mahathir juga cuba buat perkara yang sama macam Jepun untuk Proton. Tapi tidak kesampaian sampai sekarang.

Rupa Toyota Camry terbaru 2018

Gambar kat atas tu merupakan gambar Toyota Camry terbaru 2018 yang bakal dijual kepada para peminta Camry. Kesemuanya diubah dalam dan luar termasuklah dari segi enjinnya. Tumpuan diberikan kearah pemanduan hebat dan penjimatan tenaga.

Toyota Camry memang salah satu kenderaan yang saya tak pernah tak suka. Mungkin dengan keluarnya model terbaru ini, nak kena beli juga sebuah. Namun begitu elk juga untuk tunggu ramai orang pakai terlebih dahulu sebab tak atahu apa masalah yang bakal timbul apabila kesemua konsep dan rekabentuk kereta itu diubah penuh.

Biasanya akan ada masalah sedikit kat sana dan sini. Kemudian akan dilakukan pembaikan dan lama kelamaan ianya akan stabil. Jadi lebih elok tunggu dan ambil masa sedikit. Di bawah saya kongsikan gambar rupa bentuk dalaman Toyota Camry terbaru 2018 untuk anda yang meminati Camry.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Model Toyota Camry terbaru 2018 (bergambar) yang cukup menarik untuk dimiliki

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !