Mungkin anda tak sedar betapa pentingnya tidur yang nyenyak. Sebab dari kecil sehingga dewasa dan amalkan aktiviti tidur, ia menjadi seperti satu aktiviti yang berlaku tanpa perlu difikirkan dan diberikan perhatian yang setimpal.
Saintis dah buktikan betapa tidur dapat menjadikan badan anda lebih tahan lasak dari serangan penyakit. Tidur juga dapat memastikan kecerdasan akal anda berada dalam tahap yang optimal. Tidur juga boleh membuatkan anda segar dan proses rawatan tubuh badan berlaku ketika anda sedang tidur.
Tidur nyenyak adalah satu keperluan
Anda akan habiskan secara umumnya selama 8 jam sehari untuk tidur. Ertinya 1/3 daripada jangkahayat anda digunakan untuk tidur. Jika umur anda sekarang dah 60 tahun, ertinya anda dah habiskan masa sebanyak 20 tahun hanya untuk tidur sahaja. Jumlah masa anda sedar hanyalah 40 tahun.Jumlah sebesar itu merupakan satu jumlah yang amat banyak. Jangan tak sedar betapa pentingnya aktiviti tidur.
Kita bukan setakat memerlukan tidur yang mencukupi, malah tidur nyenyak amat penting untuk mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut. Dan untuk pastikan tidur yang nyenyak, kita perlukan keadaan sekeliling yang kondusif.
Sebab itu kita perlukan bilik tidur. Bilik tersebut mestilah sesuai, selesa dan redup mata memandangnya. Bilik tidur bukan hanya untuk kegunaan pasangan kelamin lakukan aktiviti kelamin mereka sahaja. Aktiviti itu bukannya lama sangat bagi manusia yang normal.
Aktiviti paling penting dan paling lama yang kita buat dalam bilik tdur adalah untuk rehat pejamkan mata dan tidur nyenyak.
Waspada pada 5 perkara yang buat bilik tidur tidak sihat
Jika anda dah sedar bahawa bilik tidur itu penting sebab kita perlu tidur nyenyak. Maka berikan perhatian besar pada keadaan bilik tidur. Pastikan bilik tidur tidak menjadi punca anda jatuh sakit dan tidak sihat.Anda perlu tahu bahawa ada 5 perkara yang boleh menjadikan bilik tidur tidak sihat untuk anda. 5 perkara tersebut adalah;
- Debu Hama - Hama atau tungau sentiasa wujud di katil pada bilik tidur anda. Suasana lembab dan gelap amat sesuai untuk kewujudan hama debu tersebut. Mereka jadikan segala sel mati yang terlekat ditilam, cadar, bantal dan lain-lain sebagai makanan. Keadaan itu semua amat sempurna untuk benda halus itu terus ada dan kekal kat situ.
- Pepijat - Anda boleh lihat dengan mudah kewujudan pepijat ini sebab saiznya tidak sehalus hama. Pepijat kerjanya adalah hidap darah anda. Bila dia buat kerja hisap darah, anda tak akan perasan sebab pepijat akan berikan bius supaya anda tak rasa apa-apa. Tiada kesan penyakit diberikan oleh pepijat, tapi selepas kena gigit, kulit akan jadi gatal berbiji. Mungkin kesannya akan kekal sampai dua minggu.
- Kuman, debu dan kulat - Bilik itdur anda kalau tidak dibersihkan selalau akan jadi pusat pengumpulan kuman, debu dan kulat yang banyak. Ini amat tidak baik untuk kesihatan. Boleh jadi penyakit kulit, kurap dan macam-macam lagi kalau tak beri perhatian.
- Debunga dan alergen - Jangan buka tingkap luas-luas dibilik tidur. Ini akan membawa masuk segala bahan debunga dan bahan alergen lain yang boleh membuatkan anda jadi alergi. Seeloknya tutup tingkap rapat, pasang pendingin hawa dan biarkan udara beredar dari dalam sahaja.
- Sebatian organik meruap (VOC) - Mungkin anda baru dengar perkataan ini. Ia merupakan bahan gas yang dikeluarkan dari bahan seperti cat rumah, bahan penahan kayu, bahan kosmetik, bahan basuh yang melekat pada baju yang dah dikeringkan, air-freshner dan lain-lain seumpamanya. Semua ini memberikan kesan seperti sakit dan gatal mata, kesan pada hidung dan pening kepala serta lain-lain lagi.
Betapa banyaknya perkara yang boleh membuatkan anda jadi tak sihat berada di dalam bilik tidur anda selama ini. Jangan buat main-main dan tidak ambil perhatian penuh terhadap bilik tidur.
Pastikan bilik itdur tidak semak dan tidak sempit. Kalau bilik tidur anda tak luas, jangan terukkan lagi keadaan dengan sumbat habis semua barang kat dalam bilik tu. Kurangkan perkakas dan benda yang disimpan dalam bilik tidur.
Sentiasa basuh cadar, basuh tilam dan vakum bilik tidur selalu.
Jika ada pepijat pastikan anda panggil syarikat pest control bertauliah untuk selesaikan masalah tersebut sampai habis. Dapatkan khidmat hapuskan pepijat dengan menggunakan Hada dari wap panas dari Easelife Services Sdn Bhd. Cara yang selamat dan sekali gus memberikan keadaan yang nyaman pada tilam anda. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !