Rupa-rupanya ada banyak kegunaan serbuk kopi yang dah digunakan untuk bancuh kopi. Saya tak pernah pulak tahu selama ini. Dah berpupuh tahun selepas minum kopi, tapis serbuk kopi dan sisa atau baki serbuk kopi yang dah digunakan itu akan dibuang begitu saja.
Kalau pergi masuk kedai Ah Nyok dari pintu belakang zaman kecik dulu, pasti akan lalu berhampiran tong air panas dan meja tempat bancuh kopi. Masa zaman kegemilangan kedai kopi Ah Nyok dulu, entah berapa kilo serbuk kopi yang mereka gunakan dan kemudiannya buang begitu saja kat belakang kedai. Mungkin mereka juga tak sedar ada banyak kegunaan serbuk kopi yang dah terpakai tu.
Begitu juga orang kampung kat belakang yang selalu lalu lintas dalam kedai kopi Ah Nyok tersebut. Kalau mereka juga tahu kegunaan serbuk kopi tu, tentu ramai yang akan letakkan bekas kosong kat belakang kedai. Minta saja pembancuh air kopi buang serbuk kopi yang dah dipakai masuk ke dalam bekas yang mereka sediakan.
Cara bancuh air kopi di kedai kopi Ah Nyok
Bagi anda yang tak ada pengalaman minum kedai kopi Cina lama macam kedai kopi Ah Nyok tu, anda tentu tak biasa tengok bagaimana air kopi disediakan. Saya tak pasti samada kebanyakan kedai kopi yang ada sekarang, terutamanya kedai mamak masih menggunakan cara yang sama dalam persediaan air kopi.Kedai kopi tradisi kat negara kita tak perlu pakai mesin kopi expresso yang mahal-mahal untuk bancuh kopi. Kopi kita kopi campuran yang rasanya amat jauh berbeza dari kopi orang putih sana. Untuk bancuh kopi tradisi kita juga jauh lebih mudah berbanding nak bancuh kopi asli pekat dari barat.
Biasanya serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam penapis dari kain halus yang ada pemegang. Kain itu pula panjang berjuntai untuk dimasukkan serbuk kopi ke dalamnya. Selepas dah masukkan serbuk kopi, maka air panas akan dituang masuk melalui penapis panjang tersebut dan air kopi O pekat akan ditadahkan ke dalam cawan.
Masukkan gula 2 atau 3 sudu, letakkan sudu kecil sebelah piring, dan angkat untuk dihantar kepada pelanggan yang sedang tunggu. Pelanggan akan kacau air kopi tu ikut sedap rasanya. Kalau dia tak suka manis, akan dikacau sedikit saja supaya semua gula tak hancur. Selepas itu dihirup air kopi O perlahan-lahan sambil balut rokok daun.
Penapis itu akan dibiarkan dalam bekas koleh tin semantara tunggu bancuhan lain pula. Biasanya mereka tidak akan campur antara penapis serbuk kopi dengan penapis serbuk teh. Bila kopi tu dah mula cair, serbuknya akan dibuang masuk dalam tong sampah dan serbuk baru pula akan digantikan masuk ke dalam penapis.
Gambaran penapis yang digunakan kat kedai kopi boleh anda lihat pada gambar kat atas sekali tu. Macam tulah rupanya tempat persediaan air kopi atau air teh di kedai kopi Ah Nyok. Rasanya kat kampung masih ada banyak lagi pekedai yang kekal menggunakan teknik yang sama.
Cara bancuh kopi O sekarang kat rumah
Jika anda seorang peminat kopi O macam saya, tentu kat rumah sentiasa tersedia serbuk kopi kegemaran. Bagi saya tak ada serbuk kopi yang paling sedap kat Malaysia ni selain dari serbuk Kopi Cap Hang Tuah.Disebabkan tekak dah biasa sangat dengan rasa serbuk kopi cap Hang Tuah tu dari kecil kat kampung dulu, maka agak sukar nak sesuaikan diri dengan serbuk kopi jenama lain. Terutamanya kat kedai minum macam kedai mamak atau lain-lain di Lembah kelang ni, memang saya tak berani nak minta air kopi O.
Biasanya air kopi O yang saya dapat amat menghampakan. Rasa tak sedap langsung dan membosankan sungguh. Ada kalanya nipis dan cair, ada kalanya pekat pahit macm telah serbuk arang. Ada kalanya kelat dan semuanya tidak menepati cita rasa saya. Sebab itu saya tak akan order kopi O bila minum kat kedai.
Jika nak puas minum kopi O, terpaksa bancuh kat rumah. Antara orang yang saya suka sangat minum bancuhan kopi O mereka adalah Mak, Adik perempuan dan sekarang isteri saya. Dan sudah tentu bancuhan saya sendiri.
Tapi sekarang nak minum kopi O sedap mudah sangat. Saya akan sentiasa beli kopi uncang kecil cap Hang Tuah yang ada dijual di semua pasaraya. Satu uncang kecil tu cukup untuk dibancuh satu koleh air kopi. Rasanya memang puas hati.
Jangan buang sisa serbuk kopi
Biasanya selepas selesai bancuh, minum sampai habis kopi O tu, sisa serbuk kopi dalam uncang kecil tersebut akan dibuang masuk dalam tong sampah.Selepas ini nampaknya tak perlu nak buat macam tu lagi. Jangan buang serbuk kopi tu selepas dah habis guna untuk bancuh kopi. Anda boleh gunakan serbuk sisa tu untuk melakukan bermacam perkara yang menarik. Ia boleh digunakan di rumah dalam kehidupan seharian anda. Antaranya adalah:
- Boleh dijadikan baja - Serbuk kopi tu ada kandungan potasium dan nitrogen yang diperlukan oleh tumbuhan kat dalam pasu di rumah anda. Tuang kat dalam pasu bunga tu untuk dijadikan baja.
- Buang bau - Serbuk kopi tu juga boleh serap bau busuk kat dalam rumah. Masukkan ke dalam cawan kecil bubuh kat dalam peti ais. Dia akan serap semua bau busuk kat dalam peti ais tu. Atau letakkan ke dalam almari kasut, itupun boleh hilangkan bau busuk kasut dan stokin.
- Halau serangga perosak - Serbuk kopi juga tidak digemari oleh serangga perosak. Contohnya kebun anda diserang dengan siput babi. Tabur saya serbuk kopi tu kat sekeliling kebun dan siput babi tak akan datang lagi.
- Bunuh Hama kucing / anjing - Campur serbuk kopi bersama dengan shampoo mandian kucing atau anjing anda.
- Tonyoh badan kasi kulit cantik - Gunakan serbuk kopi untuk sental mana-mana bahagian badan anda yang berdaki. Ia amat baik dan berkesan untuk tanggalkan segala daki kat badan anda tu.
Mungkin anda ada maklumat berkenaan kegunaan lain serbuk kopi terpakai. Bolehlah kongsikan kat sini kalau sudi. Terima kasih !
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !