Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 March 2017

Pomade cap Babi dari taukeh Melayu yang laris di pasaran ! nak beli tak ?

  Ano Nyme       23 March 2017
Baru saja terbaca satu tulisan menerangkan produk Pomade Cap Babi yang dijual oleh taukehnya seorang pemuda berbangsa Melayu. Bila baca cerita pasal Pomade Cap Dagang Gambar seekor Babi itu buat saya tertawa sendirian.

Apa pasal tertawa sendirian ?

Pertamanya di sebabkan teringat pasal perkataan Pomade. Itu perkataan yang dah lama jugak saya dengar tapi tak ambil kisah sangat. Sejak awal dengar dan lihat perkataan Pomade itu, apa yang terlintas dalam gambaran fikiran saya adalah ubi kentang.

Saya sejak awal ingatkan Pomade tu adalah sejenis makanan yang diperbuat dari ubi kentang. Kalau bukan makananpun, sudah tentu ia merupakan produk yang berkait rapat dengan ubi kentang. Hanya ubi kentang yang ada dalam benak fikiran saya.

Kenapa Pomade boleh jadi ubi kentang ?

Pomade dan Ubi Kentang

Sebab saya dok biasa cakap Bahasa Perancis dalam tempoh masa yang agak lama juga. Duduk di Perancis dalam lingkungan 5 tahun dan bercakap Bahasa Perancis dalam tempoh tersebut. Dan salah satu perkataan yang saya amat ingat terbenam dalam benak kepala adalah perkataan Pomme De Terre.

Makna Pomme De Terre tu dalam Bahasa Malaysia adalah Ubi Kentang. Pomme juga bermakna buah Epal dalam Bahasa Perancis. Tapi saya lebih mudah ingat dan bayangkan ubi kentang bila ada saja perkataa pomme disebut atau ditulis.

Kalau nak cerita pasal perkataan Pomme de Terre amat sensitif dalam kelapa agak panjang. Tapi secara ringkasnya adalah disebabkan ubi kentang merupakan makanan yang hampir setiap hari saya makan sumbat masuk ke dalam perut.

Ibu kentang lenyet, ubi kentang goreng, ubi kentang rebus dan macam-macam masakan yang menggunakan ubi kentang. Itulah makanan rugi ketika duduk kat Perancis dahulu. Nasik amat jarang nak jumpa. Daging pula tak berani nak makan kalau pergi makan di cafeteria pelajar. Apatah lagi kalau Babi, tentu tak akan ambil makan.

Jadi yang tingga hanyalah menu ubi kentang. Kena pastikan mereka tak ada campur apa apa daging lembu atau babi masuk dalam masakan kentang tu. Kalau ok, belasah satu pinggan sampai kenyang. Kalau ada kentang goreng lebis mudah sebab mereka tak akan campur apa apa dalam kentang goreng tu. Ambil penuh satu pinggan dan ratah kentang goreng tu. Selamat.

Oleh itu, perkataan pomme de terre amat peka dalam ingatan saya sampai sekarang.

Jadi bila pertama kali baca pasal benda Pomade ini, saya sangkakan ianya adlaah produk yang diperbuat dari Ubi Kentang.

Tak pernah pakai Pomade

Satu lagi perkara lucu yang membuatkan saya tersenyum ketika membaca cerita Pomade kat atas tadi adalah kerana produk Pomade yang kawan saya berbangsa Melayu tu jual berlogokan binatang Babi. Nampak comel sangat rupa Babi tu yang menundukkan kepalanya ke bawah.

Babi sentiasa digambarkan dalam keadaan kepala mereka tunduki ke bawah. Jarang saya lihat gambar rupa babi mendongakkan kepala ke atas. Semua gambar babi adalah gambaran tunduk malu merendahkan diri. Masa kecil orang tua kampung saya berikan sebab kenapa babi sentiasa tertunduk begitu.

Babi sentiasa rasa malu sebab ibu baa mereka adalah Babi !

Samada Pomade Cap Babi atau Pomade cap Unta, saya tak ambil kisah langsung sebab tidak ada keperluan pada kepala saya untuk disapukan Pomade.

Kalau gagahi juga untuk calit pomade atas kepala saya, maka sudah tentu akan bersinar terang dipanah cahaya matahari. Kepala saya sentiasa botak. Panjang sikit saja, akan saya cukup sampai licin botak. Jadi Pomade tidak diperlukan pada kepala yang botak.

Pakai Pomade Cap Babi

Dengan wujud nya Pomade cap babi itu, jadi satu perkara baru dalam dunia perniagaan kat negara kita. Bertambah mengejutkan lagi apabila produk itu dijual oleh lelaki berbangsa melayu dan dijual pula kepada para pelanggan terdiri dari kalangan lelaki yang berbangsa Melayu juga.

Menurut pemilik produk pomade cap babi kat Malaysia ni, jualan Pomade cap Babi itu dijual dengan amat laris sekali. Orang tetap beli dan sapukan Pomade Cap Babi di atas kepala mereka tak kisah samada tin pomade itu ada gambar seekor babi comel padanya.

Ini satu perkara yang memecah tradisi terutamanya pada orang Melayu. Melayu sudah sebati amat benci dengan Babi. Malah melihat gambar babi pun orang Melayu tak suka. Tengok lori babi lalu di tengah pekan juga boleh membuatkan semua orang Melayu yang ada kat pekan itu meludah ke tanah.

Babi tak boleh ada kat depan orang Melayu. Lori yang nak bawa babi perlu tutup rapat. Kedai yang nak jual babi perlu asingkan diri jauh-jauh supaya tidak dilihat oleh orang Melayu. Bagi orang Melayu, apa saja pasal babi ini adalah sial.

Ramai orang Melayu yang pakai rantai emas, minum arak, main nombor ekor, pegang dan ramas anak dara orang, makan duit rasuah, bersetubuh luar nikah dan seribu satu keharaman lagi mereka buat, tapi mereka semua sesekali tak akan makan babi.

Jejaka yang baru lepas ramas buah dada anak dara orang akan meludah ke bawah sebaik saja dia melihat lori babi lalu depannya. Itulah tahap kedudukan babi dalam masayarakat Melayu kat negara kita.

Jadi bila ada ramai orang Melayu yang beli dan pakai Pomade Cap Babi, saya amat terkejut dan rasa ada satu perubahan minda pada orang juda Melayu kita kat Malaysia.

Pomade cap babi tapi tiada bahan babi

Untuk maklumat anda Pomade yang saya maksudkan adalah dari jenama Reuzel. Produk itu berasal dari Rotterdam.

Dalam Bahasa Belanda, Reuzel itu bermaksud Lemak Babi. Mungkin nak gambarkan betapa pekat tak bergerak Pomade itu maka ia dinamakan sebagai lemak babi. Ertinya pekat macam lemak babi pomade itu kalau disapukan pada rambut kat kepala.

Walaupun logo dan namanya adalah Babi, namun tidak ada satupun bahan daripada binatang atau Babi yang dimasukkan ke dalam Pomade Babi tu. Boleh pakai tanpa was-was walaupun ada gambar Babi kat atas tin pomade tu.

Apa pendapat anda dalam hal ini. Apa pula pandangan anda pada mereka yang beli dan pakai pomade cap babi tu ...

Kalau nak baca cerita asal yang saya jumpa dan baca berkenaan Pomade cap Babi tu boleh klik kat sini.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pomade cap Babi dari taukeh Melayu yang laris di pasaran ! nak beli tak ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !