Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

22 March 2017

Prof Lee Chow Yang dari USM buktikan ada jenis pepijat yang pandai panjat dinding

  Ano Nyme       22 March 2017
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa secara umumnya, pepijat dianggap sebagai serangga yang tidak pandai panjat dinding. Pepijat boleh merayap merata tempat terutamanya pada permukaan yang mendatar. Tapi bila berhadapan dengan permukaan licin 90 darjah, pepijat akan tewas.

Itulah maklumat umum yang semua orang tahu selama ini. Kalau anda tak tahu, sekarang anda dah mula tahu dari artikel ini.

Atas sebab itu juga muncul berbagai produk yang direka khas samada untuk memerangkap pepijat, atau untuk kenal pasti tahap serangan pepijat di bilik tidur ada.

Perangkap pepijat tak boleh panjat

Ideanya mudah sahaja. Oleh kerana pepijat tak pandai panjat dinding licin, maka bekas terbuka boleh dipasang pada kaki katil. Pepijat tak akan dapat naik masuk ke dalam bekas itu dari luar kawasan katil. Katil anda tentu selamat dari serangan pepijat.

Kalau katil anda dah ada pepijat pula bila dia merayap turun menggunakan kaki katil, maka akan terjatuh masuk ke dalam bekas tersebut. Bila dah jatuh, dia tak boleh panjat keluar. Gambar di bawah adalah antara contoh produk yang direka untuk tujuan tersebut.

Ada juga bekas yang direka untuk diletakkan di mana-mana sudut bilik atau premis anda yang diserang pepijat. Rekaannya menggunakan konsep yang sama. Pepijat mudah merayap naik dan masuk dalam bekas. Bila dah masuk, mereka tidak mampu panjat keluar dari perangkap tersebut.

Perangkap itu direka khas untuk tujuan kenal pasti tahap serangan pepijat di bilik atau premis anda. Kalau tak ada pepijat, maka tak akan ada pepijat terperangkap masuk dalam bekas tersebut.

Kalau ada banyak pepijat pula, sudah tentu akan ada juga pepijat yang tersesat masuk ke dalam bekas tersebut. Gambar di bawah adalah contoh perangkap yang ada di pasaran untuk tujuan tersebut.
Perangkap seperti dalam gambar kat atas tu siap ada feromone yang mampu menarik perhatian pepijat. Pepijat akan datang panjat dan masuk ke dalam perangkap. Bila dah masuk keadaan dalamman yang licin itu membuatkan pepijat tak boleh panjat dan terperangkap di dalamnya.

Ada pepijat yang pandai panjat sebenarnya

Seperti yang ramai orang boleh teka, kesemua produk perangkap pepijat adalah keluaran negara Amerika. Kalau ada yang diciplak datang dari negara China atau dibuat di negara kita, konsep rekaan itu sebenarnya datang dari Amerika juga. Hasil dari kajian mereka maka solusi tersebut direka.

Disitulah masalahnya. Produk tersebut sesuai diguna pakai hanya untuk pepijat Mat Saleh saja.

Sebenarnya ada dua jenis pepijat yang amat popular menyerang penduduk di muka bumi sekarang ini. Satu jenis pepijat adalah Pepijat Mat Saleh dan satu lagi pepijat adalah jenis asia. Itu nama yang saya sendiri berikan.

Dari segi saintifiknya, ada dua jenis pepijat seperti senarai di bawah ini;
  1. Cimex lectularius - ia dikenali sebagai Pepijat Biasa
  2. Cimex hemipterus - ia merupakan pepijat Tropika
Tak pernah ada lagi orang yang buat kajian keberkesanan produk perangkap pepijat yang ada dalam pasaran. Tapi nasib baik kat negara kita ada seorang Entomologist yang hebat dan amat kreatif. 

Beliau merupakan pengkaji serangga dan makhluk perosak yang amat terkenal samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau merupakan seorang Professor di USM. Namanya Prof Lee Chow Yang.

Prof Lee Chow Yang buat kajian terhadap kedua-dua jenis pepijat yang saya berikan kat atas tu. Beliau nak tengok keupayaan pepijat tersebut untuk lepaskan diri setelah jatuh masuk ke dalam perangkap.

Hasil dari kajian memang amat mengejutkan. Untuk pepijat kecil yang belum dewasa, memang mereka tak boleh keluar dari perangkap. Tapi berbeza dengan pepijat yang dah dewasa.

Terutamanya pepijat jenis asia atau nama saintifiknya Cimex hemipterus, kerja memanjat keluar dari perangkap adalah perkara mudah untuk mereka. 

Pepijat Mat Saleh memang tak pandai panjat berbanding pepijat asia.

Bezanya bila dikaji dengan lebih mendalam adalah disebabkan rupa bentuk kaki antara dua spesis pepijat tersebut. Jenis asia ada banyak bulu pada kakinya. Jensi Mat Saleh pula tak ada atau sedikit bulu. Sebab itu jenis asia pandai panjat dan jenis mat saleh tak berapa pandai memanjat.

Gambar atas sekali memberikan penjelasan keadaan kaki pepijat. Gambar A dan B adalah kaki pepijat Mat Saleh. Gambar C dan D adalah kaki Pepijat Asia.

Jadi rumusannya, bukan semua perangkap berkesan dan bleh digunakan untuk selesaikan masalah pepijat kat negara kita Malaysia.

Jika anda nak baca laporan berkenaan kajian tersebut boleh pergi ke link kat sini untuk bacaan lanjut lebih terperinci.

Jika anda ada masalah pepijat kat bilik tidur, dapatkan khidmat menghapuskan pepijat secara profesional dari Easelife Services Sdn Bhd. Teknik membunuh pepijat dengan menggunakan Haba Wap Panas digunakan untuk kerja yang selamat dan berkesan. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Prof Lee Chow Yang dari USM buktikan ada jenis pepijat yang pandai panjat dinding

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !