Di tangga ke berapa pula kedudukan negara kita dalam senarai negara paling panjang umur di seluruh dunia ?
Kalau nak tahu, artikel ini akan berikan jawapannya. Data atau senarai jangka hayat penduduk setiap negara di seluruh dunia ini merupakan data dari bancian tahun 2015. Mungkin ada sedikit perubahan dalam tempoh lebih dari setahun sekarang.
Tapi rasanya perubahan tentu tidak berapa ketara sangat sebab jangka hayat manusia moden sekarang ini banyak bergantung kepada amalan budaya kehidupan manusia sesebuah negara.
Hubungan panjang umur dengan tahap kesihatan
Kenapa para pengkaji suka sangat ukur jangka hayat penduduk sesebuah negara agaknya ?Dari pemahaman saya, ia ada kaitan dengan ukuran tahap kesihatan penduduk sesebuah negara. Jika manusia itu sihat, sudah tentu umurnya akan panjang. Itupun dengan andaian tidak berlaku kemalangan nyawa, malapetaka atau bencana alam.
Sebab itu para pengkaji akan mengukur jangka hayat atau panjang umur sesebuah masyarakat itu bagi menilai tahap kesihatan penduduk sesebuah negeri atau negara. Selain daripada membuat catitan terhadap penyakit yang ada secara terperinci, jangka hayat memainkan peranan yang penting untuk merancang aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakkan gaya hidup yang sihat.
Tak ada orang mati sebab penyakit tua
Ada sekali saya dengar dari siaran radio BFM kata seorang doktor berkenaan mati disebabkan sakit tua. Agak menarik pendapat doktor tersebut (saya tak ambil nota siapa pulak nama doktor itu), katanya orang tak mati disebabkan tua.Kalau ada orang yang mati, tak kisah samada tua atau muda, ianya adalah atas faktor kegagalan organ badan yang penting untuk kehidupan, berfungsi dengan baik. Bila organ badan gagal buat kerja, maka akan timbul komplikasi dan akhirnya orang akan meninggal dunia.
Tak pernah pulak saya terfikir macam tu sebelum mendengar penerangan dari doktor tersebut. Betul juga, mana ada orang mati atas alasan sakit tua. Mana ada penyakit yang bernama tua. Cumanya bila semakin tua, dan jika tidak ada penjagaan kesihatan yang baik, maka akan berlaku kegagalan organ dalaman berfungsi dengan baik. Barulah mati.
Mungkin kita kena ubah laporan dalam surat mati yang suka tulis meninggal disebabkan sakit tua. Elok tulis dengan lebih lengkap dan jelas, apa sakitnya dan organ apa yang gagal berfungsi yang menyebabkan kematian.
Tun Mahathir dah tua masih sihat
Cuba lihat bekas perdana menteri kita Tun Mahathir sekarang. Dia nampak masih sihat sangat. Dia masih mampu berdiri dua tiga jam untuk berikan ceramah dalam perhimpunan jatuhkan Datuk Seri Najib.Dalam umur yang dah mengjangkau 92 tahun, dia masih sihat dan kuat ke sana dan ke sini. Kalau ikut sejarah kesihatannya, dia dah dua kali buat pembedahan jantung. Ada ramai kawan yang saya kenal, mati awal selepas hanya sekali buat pembedahan jantung.
Ada orang kata Tun Mahathir dah tua dan nyanyuk. Saya tak tahu apa pendapat anda, tapi saya rasa dia masih kuat ingatan dan otal serta akalnya masih utuh berfungsi dengan baik. Malah kiraan logiknya jauh lebih baik dari kebanyakan rakyat Malaysia yang masih muda. Mungkin 10 kali lebih baik dari Datuk Seri Najib, perdana menteri kita sekarang.
Tuduhan nyanyuk dan mudah lupa itu hanyalah dari mereka yang tak boleh berfikir sehebat Tun Mahathir. Bila orang itu gagal menjawab dengan hujah yang bernas dan ilmiah segala kritikan dan hujah dari Tun Mahathir, maka serangan peribadi pula dilakukan.
Saya ingat budaya serang peribadi dan tidak menjawab isu sebenar hanyalah budaya rakyat bawahan yang tak cerdik dan tidak banyak berfikir. Tetapi saya silap rupanya. Budaya serang peribadi dan tak jawab isu sebenar juga menjadi amalan golongan kayangan orang-orang atasan dan bangsawan. Apalah malangnya sikap manusia di negara kita...
Senarai 20 negara penduduk paling panjang umur dunia
Dah melalut ke isu lain pulak artikel ini. Kita kembali semula kepada tajuk asal iaitu senarai 20 negara di mana penduduknya paling panjang umur di dunia. Selepas senarai itu, saya akan nyatakan pulak negara Malaysia duduk kat tangga ke berapa. Ertinya, Malaysia memang tak masuk dalam senarai negara penduduk panjang umur ler !.Ini senarainya diikuti dengan umur purata setiap rakyat negara atau negeri yang dinyatakan:
- Monaco 89.52
- Japan 84.74
- Singapore 84.68
- Macau 84.51
- San Marino 83.24
- Iceland 82.97
- Hong Kong 82.86
- Andorra 82.72
- Switzerland 82.50
- Guernsey 82.47
- Israel 82.27
- Luxembourg 82.17
- Australia 82.15
- Italy 82.12
- Sweden 81.98
- Liechtenstein 81.77
- Jersey 81.76
- Canada 81.76
- France 81.75
- Norway 81.70
Senarai 10 negara penduduk paling pendek umur
Mungkin tak berapa lengkap kalai tidak diberikan pula senarai negara mana yang penduduknya paling pendek umur. Kita lihat senarai 10 negara paling pendek umur lula kat bawah ni diikuti dengan umur mereka secara purata;- Lesotho 52.86
- Zambia 52.15
- Gabon 52.04
- Somalia 51.96
- Central African Republic 51.81
- Namibia 51.62
- Swaziland 51.05
- Afghanistan 50.87
- Guinea-Bissau 50.23
- Chad 49.81
Menarik juga nak tanya selepas ini berapa umur geng-geng Afganistan yang ramai dok datang minda derma mujahideen dan berbagai lagi kat negara kita. Saya perasan ada ramai dari mereka yang dah tinggal lakukan aktiviti kutp derma kat rakyat kita yang pemurah lebih dari 10 tahun.
Mungkin mereka dah jadi panjang umur pulak bila dah kekal tinggal kat negara kita. Entahlah !. Ok ! saya faham, tentu ada yang berkata umur hidup mati itu bukan urusan kita manusia. Semuanya adalah ketentuan Tuhan.
Tapi tiada sesiapa yang tahu apa ketentuan Tuhan selagi ianya masih belum berlaku. Lagipun dari segala cerapan yang para saintis barat lakukan, nampak ada corak tertentu terhadap keadaan manusia dengan amalan hidup dan budaya mereka. Itulah yang menarik untuk kita kaji dan pelajari rahsianya.
Lebih banyak ilmu, lebih banyak kita sedar kelemahan kita sebagai makhluk, lebih banyak pula kita faham kebesaran Tuhan. Begitulah lebih kurangnya.
Gaya hidup panjang umur orang Jepun
Sebelum tamat artikel ini, tentu ada yang nak tahu dari kajian kenapa agaknya penduduk kat senarai top 20 atas tu panjang umur ?Adakah disebabkan alokasi bajet kesihatan yang tinggi telah diperuntukkan oleh kerajaan mereka pada rakyatnya. Adakah itu yang membuatkan mereka panjang umur dan sihat wal afiat ?
Kalau nak diikutkan dari segi peruntukkan kesihatan, negara Amerika adalah antara negara yang punya bajet kesihatan yang jauh lebih baik berbanding negara Jepun. Tapi Amerika tak masukpun dalam senarai. Malah mereka berada di tangga ke-43.
Pengkaji kaitkan panjang umur dengan budaya dan amalan hidup penduduk sesebuah negara itu. Dalam kes negara Jepun umpamanya, amalan hidup mereka yang paling asas yang amat baik ada 3 perkara berikut:
- Bersenam
- Makan makanan sihat dan baik
- Hubungan sosial yang akrab
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !