Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

23 August 2021

Terbukti - Semut kerengga amat bagus dibiarkan pada pokok buah-buahan di kebun

  Ano Nyme       23 August 2021
Orang kampung kalau tak kenal semut kerengga memang tak sah. Kalau dah biasa dengan suasana kampung, biasa nakal ketika zaman kanak-kanak panjat pokok sana sini, tentu kenal sangat dengan semut kerengga.

Saya tak pasti samada orang yang membesar dan pusat bandaraya kenal dengan semut kerengga ni. Kalau semut jenis lain yang biasa di jumpai di dalam rumah mungkin orang bandar kenal dan biasa tengok. Tapi rasanya bukan dengan semut kerengga ini.

Semut kerengga biasanya jadikan pokok kayu sebagai tempat bersarang dan pusat pembiakan mereka. Oleh itu kalau tak ada pokok, maka tersangat tinggi kemungkinannya tak akan ada semut kerengga. Tak pernah lagi saya dengar semut kerengga bersarang dan membiak dalam rumah.

Kegunaan semut kerengga zaman dolu dolu

Orang kampung zaman dulu-dulu ada yang jadikan semut kerengga ini sebagai bahan menyiksa anak mereka yang teramat buas. Saya tak pernah lagi saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana seksaan dilakukan pada kanak-kanak yang teramat buas tu.

Semuanya hanya cerita entah betul entah tidak yang disampaikan oleh kawan-kawan masa kat kampung dulu. 

Kawan-kawan pula kata mereka dengar dari kawan-kawan lain. Begitulah bertali arus sambung menyambung. Yang pastinya masih tiada tuan punya badan sendiri yang menceritakan bagaimana dia diseksa dengan menggunakan kerengga.

Kononnya masa zaman dolu, kalau anak teramat buas tak makan saman, ibubapa yang garang dan kuat disiplin akan tambat anak mereka pada pokok yang ada banyak kerengga. Kerengga yang tak suka ada pengacau pada sarang mereka akan menggigit orang yang kacau itu.

Cuma bagusnya kerengga ini adalah gigitannya tak berapa berbisa. Setakat kena gigit lima enam ekor di tangan dan kaki, orang tahan lasak datang dari kampung, tak akan rasa apa-apa. Selamba saja penyet dan buang kerengga yang bertungkus lumus menggigit itu.

Tetapi kalau kena gigit dalam keadaan badan terikat dan tak pakai baju, adalah seksaan yang agak hebat juga.

Boleh tahan teruk rasanya kalau kena kerumun dek kerengga seluruh badan.

Kegunaan kerengga pada pokok buah

Mungkin orang tua-tua dah lama tahu kelebihan membiarkan kerengga bersarang pada pokok buah-buahan mereka. Saya dah lama dengar petua ini sejak zaman kanak-kanak lagi. 

Orang tua selalu kata biarkan saja kerengga kat atas pokok buah tu, baik untuk pokok tu dan baik juga untuk buahnya.

Saya terfikir masa itu baik sebab pokok yang banyak kerengga atas pokok akan menghalang kanak-kanak nakal panjat dan habiskan buah yang ada kat atas pokok tu bila tiba musim buah-buahan.

Kalau nak ambil pun mereka akan gunakan galah dan pukul dari jauh. Jadi tak berapa banyak sangat yang akan diambil.

Tapi sebenarnya, kajian menunjukkan pokok buah-buahan yang ada kerengga adalah jauh lebih baik daripada pokok buah-buahan yang tak ada kerengga. Para pengkaji buat perbandingan antara penggunaan racun serangga berbanding adanya kerengga.

Ertinya, kerengga dianggap sebagai pengganti kepada racun serangga.

Saintis buat andaian bahawa kerengga ini gunanya adalah untuk menghalau segala serangga perosak yang boleh merosakkan pokok dan buah.

Kerengga jauh lebih baik dari racun serangga

Setelah perbandingan dilakukan, terbukti bahawa pokok yang ada kerengga mengeluarkan hasil yang jauh lebih baik berbanding pokok yang dikawal dengan menggunakan racun serangga. 

Pokok yang ada kerengga juga kurang kerosakan. Paling penting sekali, teramat kurang serangga perosak.

Kos menggunakan kerengga sebagai agen kawalan serangga perosak pada pokok sangat murah. Malah ianya juga mesra alam sekitar. Tak bahaya samada pada orang mahupun pada pokok.

Sebab utama yang membuatkan kerengga amat berkesan adalah atas faktor saling berkerjasama antara sesama kerengga secara berkumpulan. Mereka akan bergerak secara individu sekor-sekor seperti biasa kalau tak ada apa-apa.

Tapi sebaik saja ada musuh, mereka mula bertindak secara berkumpulan. 

Bila kerengga serang, feromone akan dikeluarkan untuk memanggil kerengga lain supaya turut sama menyerang.

Sebab itu anda akan kena serang dengan kerengga secara besar-besaran kalau tak lari jauh dari sarang mereka.

Baca laporannya kat sini.

Jangan bela kerengga dalam rumah

Bila dah tahu kebaikan kerengga tu, maka elok biarkan saja kerengga kat pokok buah-buahan anda di kebun tu. Bagus dan hasilnya akan meningkat tinggi dengan adanya kerengga.

Tapi kalau kat dalam rumah anda ada banyak serangga perosak lain yang anda tak suka, janganlah pulak gunakan teknik yang sama. Jangan lah pi bela kerengga bersarang kat dalam rumah tu. Anda perlukan khidmat syarikat pest control dalam keadaan itu.

Seandainya rumah anda diserang anai-anai, atau pepijat, atau semut dan lipas yang banyak, boleh dapatkan khidmat pest control dari Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Terbukti - Semut kerengga amat bagus dibiarkan pada pokok buah-buahan di kebun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !