Sumber gambar
Sebagaimana yang anda perlu sedar sekarang, musim pepijat menyerang manusia sangat menjadi-jadi zaman kita ini. Semuanya hasil dari kemudahan manusia mengembara dari satu negara ke satu negara.
Kemudahan penginapan, kemudahan pengangkutan dan kos perjalanan yang berpatutan membuatkan manusia ke sana dan ke sini dalam jumlah yang amat tinggi. Rakyat Malaysia sekarang pantang cuti. Mereka akan bungkus pakaian dan mulakan perjalanan. Samada bujang atau dah berkahwin, semuanya sama ligat.
Pasangan suami isteri yang belum dapat rezeki anak paling kerap salurkan duit lebihan mereka untuk aktiviti kembara. Saya ada ramai saudara mara yang jenis macam ini. Mereka dah kahwin bertahun tapi masih belum ada rezki mendapat anak. Jadi mereka luangkan masa cuti untuk berjalan dan mengembara ke sana-sini. Mungkin itu salah satu taktik untuk lenyapkan rasa tak selesa tak dapat anak lagi.
Berhati-hati dengan pepijat dari hotel
Hasil dari semua aktiviti perjalanan manusia zaman ini, pepijat juga mudah merebak dari satu negara ke satu negara yang lain. Di Amerika saja, kes pepijat bukanlah lagi perkara baru. Ada hotel yang kena saman dek pengguna sebab bilik hotel yang disewa banyak pepijat. Salah satu hotel milik Trump, presiden Amerika juga pernah kena saman baru-baru ini.Di Amerika, pepijat bukan saja menyerang hotel. Malah di sekolah juga ada laporan serangan pepijat. Sampai ada seklah yang kena tutup sebab perlu dirawat untuk menghapuskan pepijat.
Kat negara kita juga dah kecoh dengan masalah pepijat ini. Ada bas ekspress yang menyimpan banyak pepijat di celah kerusi bas mereka. Bila ada penumpang, pepijat mula menjalar keluar hisap darah mereka. Ada kes yang jadi viral baru-baru ini kat negara kita bila ramai penumpang sebuah bas berbintil di badan sebab kena ketit pepijat yang hisap darah.
Kalau anda pergi ke luar negara atau di dalam negara dan tinggal dalam hotel, perlu berhati-hati dengan masalah pepijat ini. Jangan sampai tidur di hotel kena hidap darah dek pepijat. Lebih malang lagi, selepas pepijat hisap darah anda, mereka menumpang pula masuk dalam beg kembara anda dan balik ke rumah.
Hotel kat Malaysia dissewa oleh ramai orang. Dari luar negara dan dari dalam negara. Termasuklah orang Amerika, ramai yang menginap di hotel kat negara kita. Ada kemungkinan mereka bawa pepijat dari Amerika berhijrah pula ke Malaysia. Jadi berhati-hatilah !
Tips pastikan tak bawa balik pepijat dari hotel
Jika anda sering sewa hotel, panduan ini amat penting. Itupun jika anda rasa penting untuk pastikan pepijat tak ikut anda pulang balik ke rumah. Kalau anda sendiri tak kisah dengan pepijat, jangan ambil mudah jika di rumah ada orang tua atau kanak-kanak kecil.Ada kes kat Amerika juga, seorang wanita berumur 96 tahun sampai mati kena gigit pepijat. Penjaga orang tua itu didakwa di mahkamah dan didapati bersalah kerana cuai biarkan orang tua lemah mejadi mangsa pepijat hisap darah.
Apapun, ambil perhatian dengan tips bagaimana nak elakkan pepijat dari hotel ikut anda balik ke rumah ini:
#1. Letak beg di bilik air
Sebaik saja sampai ke dalam hotel, perkara pertama sekali yang anda perlu buat adalah, letakkan semua beg anda kat dalam bilik air. Selepas itu, bolehlah anda mulakan aktiviti menyemak samada dalam bilik yang anda sewa itu ada pepijat atau tidak.#2. Periksa katil dan tilam
Tarik cadar dari tilam dan mula semak dekat-dekat di semua celahan tilam kat atas katil tu. Cari samada kesan pepijat seperti pepijat itu sendiri atau telur dan najisnya ada terlselit di celah-celah tilam tu.Periksa perlahan-lahan terutamanya pada bahagian kepala katil dan tilam di bilik hotel tersebut. Kat situ biasanya tempat pepijat suka berkampung. Situ kawasan paling mudah untuk mereka jalankan aktiviti hisap darah anda ketika anda sedang lena dibuai mimpi.
Buka mata dan perhatikan titik titik hitam. Itu mungkin najis pepijat. Periksa juga tinggalan atau serpihan kulit pepijat. Mereka akan tinggalkan serpihan kulit bila bersalin kulit. Perhatikan juga telur yang berwarna putih. Semua itu mudah dan mampu di lihat oleh mata anda tanpa perlu apa-apa peralatan pembesar.
#3. Angkat tilam dan periksa
Jangan periksa tilam sahaja, luangkan sedikit masa dan tenaga untuk angkat ke atas tilam dan tengok bahagian bawahnya. Perhatikan kesan-kesan kewujudan pepijat. Kalau ada pepijat anda boleh cium bau tengitnya dengan mudah. Sekali lagi, berikan perhatian pada bahagian kepala.Gunakan lampu suluh yang ada pada smart phone anda tu. Itulah kegunaannya lampu sulut pada telefon pintar. Suluh pada bahagian yang agak kelam supaya terang dan jelas.
#4. Tukar bilik jika jumpa pepijat
Sebaik saja anda ada bukit bahawa bilik yang disewa ada pepijat, hubungi pengurus hotel itu. Mohon untuk tukar bilik dan tunjukkan pada mereka bilik anda ada pepijat. Jangan takut untuk menggunakan hak anda sebagai penyewa bilik.#5. Letak beg atas tempat keras atau rak beg
Jika dah pasti bilik itu tak ada pepijat, baru keluarkan beg anda tadi dari bilik air. Letakkan pada kawasan yang keras atas lantai jauh dari dinding. Atau lebih mudah lagi letakkan beg anda atas rak khas untuk bagasi yang biasanya tersedia di dalam bilik hotel.#6. Sediakan beg plastik besar
Penting untuk sediakan beg plastik besar ketika mengembara dan menginap di hotel. Anda boleh gunakan beg tersebut untuk simpan semua pakaian yang dah digunakan ke dalamnya. Bungkus rapat-rapat sebelum di masukkan semula ke dalam beg pakaian.#7. Masukkan ke dalam mesin pengering di rumah
Bila dah balik ke rumah dari kembara, jangan terus buka dan campak semua pakaian atas lantai. Jika kat rumah ada mesin pengering atau mesin basuh baju, terus masukkan pakaian kembara anda ke dalamnya. Basuh atau gunakan pengering yang panas. Pepijat atau lelurnya akan mati jika suhu melebihi 68 darjah celcius. Masukkan selama 30 minit.Selain dari itu, pastikan anda simpan beg kembara anda di stor ynag khas. Jangan belasah letak beg kembara dalam bilik tidur atau dalam almari pakaian.
Jika anda ada masalah rumah diserang pepijat, dapatkan khidmat profesional dari Easelife Services Sdn Bhd untuk menghapuskan pepijat. Easelife Services merupakan syarikat pest control bertauliah dan berlesen sejak 1998.
Teknik rawatan menggunakan haba dari wap panas adalah pilihan utama Easelife Services. Ianya selamat dan berkesan untuk kebaikan anda dan seluruh isi keluarga.
Hubungi Puan Siti di nombor telefon 012-2067357 untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh PM di pafe facebook Easelife Services Sdn Bhd khas untuk rawatan menghapuskan pepijat kat sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !