Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 April 2017

Awas para pemandu ! sistem AWAS dah mula berkuat kuasa di seluruh negara

  Ano Nyme       03 April 2017
Perhatian untk semua pemandu kenderaan kat Malaysia !

Terutamanya para pemandu yang suka bawa laju-laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Anda perlu berhati-hati sekarang terhadap AWAS.

Begitu juga para pemandu yang bengai yang suka jalan terus walaupun lampu isyarat merah menyala untuk lalun mereka. Perlu berhati-hati dengan AWAS bermula dari sekarang.

AWAS atau dalam ayat penuhnya bermaksud, "Automated Awareness Safety System", merupakan gabungan AES dan juga KEJARA.

AWAS untuk kawal pemandu bermasalah

Macam yang semua dah tahu, AES adalah sistem penguatkuasaan jalanraya dengan menggunakan kamera. Anda bawa laju lintas kamera melebihi had kelajuan yang ditetapkan, kamera akan tangkap gambar. Bukan tangkap gambar anda sahaja, tapi terus hantar saman kepada pemilik kenderaan melalui pos.

Tapi itu masih tak cukup lagi. Ramai orang Malaysia yang jenis banyak duit, kaya raya. Kena saman berpuluh kali RM150 sekali saman, masih tak ada hal untuk mereka. Bayar saman sahaja dan kemudian teruskan amalan bawa laju ikut suka hati mereka.

Untuk atasi masalah tersebut, maka satu lagi hukuman akan dikenakan pada para pemandu yang degil kat malaysia. Selain daripada kena saman, mata demerit akan diberikan kepada pesalah jalanraya. Bila dah cukup mata demerit, lesen pemandu akan terus kena gantung.

Padan muka ! selepas kena bayar segala saman, masih degil buat kesalahan lagi, akhirnya terus tak boleh memandu. Mungkin cara tersebut dianggap berkesan untuk hapuskan atau kurangkan masalah pesalah trafik kat negara kita.

14 unit kamera dipasang di seluruh negara

Setakat ini, JPJ dah pasang 14 unit kamera yang buat kerja untuk sistem AWAS ini. Mereka akan pantau dua kesalahan.

  • Bawa laju
  • Langgar lampu merah
Kesalahan lain masih tidak dipantau lagi buat sementara ini. JPJ dok tengah upgrade sistem komputer mereka untuk tujuan tersebut.

14 lokasi memang langsung tak mencukupi. Mungkin mereka hanya nak buat testing sahaja setakat ini. Kalau tahu kat mana lokasi yang mereka gunakan sistem tersebut, semua orang akan lembut tertib setiap kali lalu kawan tersebut.

Nanti kita cari 14 kawasan berkamera itu dan war-warkan pada semua pemandu kenderaan kat malaysia. AWAS dah dimulakan pada 1 haribulan April  kelmarin.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Awas para pemandu ! sistem AWAS dah mula berkuat kuasa di seluruh negara

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !