Berapa sepatutnya jumlah kiraan degupan jantung yang normal dan berapa pula kiraan degupan jantung yang tak berapa normal ?
Saya baru saja periksa degupan jantung tadi dengan menggunakan telefon samsung. Bila tengok bacaannya jauh rendah dari bacaan normal, maka terpaksa semak dan cari maklumat supaya lega sikit hati.
Bacaan degupan jantung normal
Kalau nak ikutkan kepada saranan para pakar, jumlah degupan jantung yang normal sepatutnya ada pada orang dewasa adalah dalam lingkungan 60 bpm ke 100 bpm.Kiraan degupan jantung dibuat berdasarkan jumlah degupan dalam tempoh satu minit. Sebab itu kita letakkan unit bpm selepas nombor kiraan degupan jantung.
Sebagai contoh, 60 bpm menunjukkan jantung anda berdenyut sebanyak 60 kali dalam tempoh satu minit.
Bacaan degupan jantung tak normal
Kalau jumlah degupan jantung normal tu adalah antara 60 bpm ke 100 bpm, maka selain dari yang tersebut itu dikira tak normal lah tu.Jumlah yang disebut itu adalah dalam keadaan anda sedang berehat dan tidak melalukan apa-apa aktiviti fizikal seperti menari atau berjoget. Bila anda mula berjoget, degupan jantung akan mula menjadi lebih rancak.
Jika dalam keadaan melepak dan santai, degupan jantung anda kurang dari 60 bpm, itu ertinya degupan jantung anda adalah perlahan. Terma perubatannya adalah dipanggil Bradycardia.
Orang yang ada masalah Brycandia akan jadi meloya nak termuntah, pening-pening memusing, keletihan, rasa keliru, susah nak bernafas, tak larat dan seumpamanya lagi.
Degupan jantung ahli sukan perlahan
Tapi jangan nak risau lagi jika anda dapati jumlah kiraan degupan jantung anda hanya dalam lingkungan 40 bpm ke 50 bpm sahaja.Saya tahu ramai dikalangan pembaca blog ini terdiri daripada ahli sukan kampung yang aktif bersukan. Samada main bolasepak, main sepak takraw bulat atau badminton dan lain-lain lagi. Anda memang aktif bersukan.
Sekali dah terbiasa main sukan macam yang saya sebut kat atas tadi kat kampung, ketagihan untuk bersukan setiap hari membuatkan anda punya tahap seorang ahli sukan. Walaupun hanya ahli sukan tahap kampung Tobiaq, dikira ahli sukan juga.
Jadi jika anda kira degupan jantung anda perlahan dalam lingkungan 40 ke 50 bpm, jangan panik kalau tak ada apa-apa masalah.
Bagaimana nak periksa degupan jantung
Kalau anda nak tahu cara tradisi dan manual yang semua orang boleh lakukan dengan mudah, pergi baca kat panduan di pautan ini sahaja.Bila pergi klinik dan diperiksa oleh nurse, dia akan pegang pergelangan tangan kita dan mula buat kiraan. Anda juga boleh buat sendiri dan tak payah nak biarkan nurse yang gebu pegang tangan anda tu.
Guna Samsung S6 periksa degupan jantung
Ada satu lagi cara yang jauh lebih mudah. Anda hanya perlu gunakan telefon pintar jenama Samsung yang anda pakai sekarang saja. Saya tak pasti pada model samsung lain, tapi yang biasa saya pakai, itiu Samsung S6 atau S7, ada App yang tersedia bernama Samsung Health.Mungkin ramai yang ada Samsung S6 tapi tak pakai, malah tak sedar adanya App yang amat berguna untuk tahu tahap kesihatan anda. Bagi yang masih tak tahu pergi ambil telefon pintar segera dan buka App tu segera.
Logo dia macam gambar yang tertera kat atas tu. Tekan dan buka App itu dan boleh mula gunakannya segera sekarang. Anda boleh buat kiraan degupan jantung hanya dengan letakkan sahaja jari anda pada lampu kamera kat belakang telefon tu.
Bila jari diletakkan, lampu merah akan menyala dan telefon anda mula mengira bacaan degupan jantung anda dengan pantas dan mudah. Selain dari mengira degupan jantung,a nda boleh juga kira tahap stress dan kandungan air dalam badan. Semua tersedia dalam Samsung Health.
Jaga jantung jaga kesihatan
App itu juga boleh digunakan untuk merekodkan segala langkah atau aktiviti bersenam anda. Bila anda bergerak, dia akan mula kira jumlah langkah yang anda buat dan rekodkannya berserta dengan tempoh masa berapa lama anda bergerak.Bagun pagi-pagi selesai semua urusan solat dan zikir, kemudian ikat kain pelikat kuat-kuat dan turun ke bawah. Pergi berjalan kaki sekeliling kampung dan jangan lupa pada telefon pintar Samsung sekali.
Kalau nak sihat, pastikan anda berjalan kaki sebanyak 10 ribu langkah sehari. Susah juga nak kira kalau nak buat secara manual kira satu dua tiga dan seterusnya. Tapi jadi mudah bila anda guna samsung health app tu.
Jadi apa nak tunggu lagi, buka app tu, mula kemas kini maklumat yang dia minta dan boleh terus mula guna ...
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !