Fokus utama barangan orang dahulu adalah untuk hasilkan produk yang tahan lama. Sekali beli sesuatu barang itu, tahan bertahun-tahun. Malah ada yang boleh tahan seumur hidup. Boleh diwarisi lagi kepada beberapa keturunan.
Selepas munculnya banyak bahan baru menggantikan kulit sebagai bahan mentah, maka barangan yang dulunya diperbuat daripada kulit digantikan dengan bahan sintetik atau bahan tiruan yang macam kulit.
Harganya jauh lebih murah dan boleh dibuat dalam kuantiti yang amat banyak. Orang yang terpengaruh dengan budaya membeli dapat puaskan nafsu mereka beli banyak-banyak barangan sebegitu. Sebab harganya murah. Lagipun ianya tak tahan lama. Ada cukup alasan untuk beli dan ganti dengan yang baru.
Barang kulit jadi barangan mewah
Selepas kemunculan bahan sitetik pengganti kulit yang menawarkan harga murah, barangan diperbuat dari kulit asli menjadi barangan mewah.Suka atau tidak suka memang terpaksa terima keadaan itu. Bahan mentah kulit tidak sebanyak bahan mentah kulit tiruan. Nak buat barangan kulit pula tidak semudah menggunakan bahan mentah tiruan. Maka barang kulit biasanya jauh lebih mahal dari barang tiruan kulit.
Kalau bukan mewah sangatpun, sekurang-kurangnya barang kulit duduk dalam kategori separa mewah. Bayangkan beg duit dari kulit asli dijual dengan harga antara RM100 ke RM200. Ianya amat mahal kalau nak bandingkan beg duit diperbuat dari plastik atau kulit tirun yang dijual di pasar malam dengan harga RM10 sahaja.
Minat kumpul barang kulit
Saya sendiri memang minat kumpulkan barangan yang diperbuat daripada kulit asli terutamanya beg kulit. Kalau bukan kulitpun, separa kulit separa kanvas juga dah ok. Yang pastinya saya suka sebab ianya tahan lama dan jauh lebih lasak dari barang yang bukan kulit.Bila adanya sistem belian online, saya mula layari portal e-commerce seperti Lazada, Amazon dan lain-lain untuk tengok barang kulit asli. Harganya boleh tahan dan murah juga. Jadi dah ada pengalaman beli barang kulit secara online.
Selain dari beli barang kulit secara online saya suka juga beli barang kulit dari Kedai Rushai. Dah ada pengalaman beli secara online dan secara pergi sendiri di kedai barang kulit.
Masalah beli barang kulit online
Selepas ada kedua-dua pengalaman itu, baru perasan bahawa ada kelemahan yang ketara bila beli secara online.Paling ketara adalah bila barang yang diterima tidak sama dengan yang dipamerkan di dalam gambar di internet. Ini amat mengecewakan sekali. Nak hantar balik dah makan masa pula. Apa yang boleh buat hanyalah berikan komen pedih pada portal online tersebut. Tapi biasanya komen sebegitu tidak dlayan dan tidak disiarkan oleh pemilik portal.
Kemudian kalau berlaku kerosakan pada barang kulit yang dibeli secara online, nak buat macam mana ?. Nak kena repair sendiri atau hantar pada pembaiki barang kulit. Kalau dia terima nak repair oklah jugak. Tapi biasanya mereka tak layan sangat. Lagipun susah nak cari tukang repair barang kulit kat pekan atau bandar ni.
Beli barang kulit dari kedai
Yang paling baik adalah beli barang kulit dari kedai seperti Kedai Kulit Rushai yang saya sebut kat atas tadi. Mereka buat sendiri kesemua barangan kulit mereka dan berikan jaminan kualiti.Apa saja masalah kecacatan selepas pembelian boleh pergi hantar balik pada mereka untuk dibaiki. Malah kalau dah pakai bertahunpun dan rsak zip boleh pergi ke kedai mereka semula untuk tukar zip. Kena bayar kos zip tu sikit saja dan boleh pakai balik barang kulit kesayangan anda itu.
Biasanya kedai barang kulit yang ada jenama seperti House of Leather akan menerima semua barang kulit yang dibeli dari mereka untuk dibaiki jika ada kerosakan. Memang barang kulit sekali beli boleh pakai seumur hidup dan kulit tu tak akan rosak. Malah semakin selesa dan nampak lebih menarik berbanding baru.
Rumusannya, dalam bab barang kulit eloklah beli kat kedai. Beli yang ada jenama dan ada beberapa rangkaian kedai mereka kat Malaysia ni. Kalau jenama lokal, pergi cari kedai Rushai, ada kat Shah Alam salah satu dari cawangannya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !