Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

06 April 2017

Pelik tapi benar: Bagaimana pepijat membiak dalam bilik tidur anda

  Ano Nyme       06 April 2017
Pernahkah terfikir bagaimana agaknya pepijat membiak ? atau lebih hampir lagi persoalannya bagaimana agaknya pepijat bersenyawa sehingga pepijat betina boleh bertelur.

Dunia serangga yang kecil sebegini amat jarang kita perhatikan. Malah tak pernah terlintaspun untuk orang kita berfikirkan bagaimana sepasang pepijat bersenyawa untuk meneruskan zuriat mereka.

Kalau binatang mamalia seperti kucing, anjing, kambing atau lembu, yang biasa kita bela, mungkin soalan yang sama dah terjawab. Terutamanya binatang seperti kucing atau anjing, tentu ramai pernah terserempak bagaimana sepasang kucing jantan dan betina, atau sepasang anjing bersenyawa.

Nampak seperti aksi manusia juga lebih kurang konsepnya. Cuma bezanya manusia buat semua kerja itu secara tersembunyi. Kita ada perasaan malu, dan terkeluar dari adat kebiasaan untuk bersenyawa di depan khalayak ramai.

Bagaimanakah serangga kecil nipis pepijat yang suka hisap darah kita kat atas katil ketika tidur itu melakukan aktiviti membiak dengan bersenyawa antara jantan dan betina ? Artikel ini akan kongsikan sedikit maklumat yang menarik untuk anda baca.

Hapuskan pepijat dengan menggunakan Wap Haba Panas dari mesin khas. Pepijat dapat dihapuskan dengan amat berkesan dan menyeluruh. Cara yang selamat dan berkesan tanpa sebarang penggunaan racun serangga. Tilam kembali segar selepas rawatan. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut 

Bila pepijat mula hisap darah manusia

Pepijat mula mendapatan liputan yang banyak sejak awal tahun 2000 terutamanya di Amerika Syarikat. Setiap bulan akan ada dikeluarkan senarai bandar paling teruk diserang pepijat kat portal pest control di sana.

Walalupun ramai yang mungkin baru perasan ada banyak kes kena serang pepijat di selruh dunia sekarang, sebenarnya kes pepijat mula serang manusia ini dah lama berlaku sejak beribu tahun yang lalu.

Menurut seorang entomologist Virginia Tech, professor dalam pengurusan serangga dan makhluk perosak bandar (urban pest), Din Miller, semuanya bermula bila manusia terjah masuk dalam gua untuk dijadikan temat tinggal mereka.

Gua menjadi penempatan kelawar sebelum itu. Pepijat tinggal bersama dengan para kelawar dan menjadikan kelawar sebagai sumber makanan mereka dengan menghisap darahnya. Bila manusia halau keluar kelawar, pepijat masih tetap ada dalam gua tersebut. Dan pepijat mula beralih arah kepada manusia pula sebagai sumber darah untuk dijadikan makanan.

Manusia yang sebarkan pepijat merata tempat

Dari situ, manusia pula jadi induk utama yang mula sebarkan pepijat keluar dari gua untuk pergi ke tempat lain yang ada manusia. Sekarang, pepijat lompat dari satu tempat ke satu tempat mengikut pergerakan manusia di mana saja mereka bergerak.

Samada melalui beg, pakaian atau peralatan yang digunakan oleh manusia. Mereka menyelit di tempat tersembunyi dan ikut manusia secara tidak disedari.

Ckup hanya sepasang pepijat jantan dan betina sahaja untuk dibawa ke satu tempat baru. Mereka mula membiak dalam jumlah yang banyak. Kalau seekor pepijat betina yang sudah bersenyawa dan sedang hasilkan telur dalam badan mereka ikut masuk dalam beg manusia, itu juga sudah cukup untuk satu kumpulan pepijat baru ditubuhkan.

Waktu yang sesuai untuk pepijat membiak

Pepijat ini boleh membiak sepanjang tahun tak kisah cuaca apapun. Tetapi kalau di negara sejuk kat barat saja, pepijat dilihat bertambah galak membiak dua kali ganda ketika musim panas. Kat negara kita yang sentiasa dalam keadaan musim panas tentu amat kondusif buat pembiakan pepijat.

Pakar berpendapat keadaan cuaca yang lembab lebih menggalakkan lagi buat pepijat melakukan aktiviti persenyawaan dan seterunya membiak. Mungkin dalam keadaan cua ca panas dan lembab, pepijat rasa mereka lebih seksi !.

Tempat pepijat berkubang

Pepijat menyorok dan berkubang kat tempat sempit untuk dijadikan pot pusat pembiakan mereka. Dicelahan katil, perabut dan tepi lipatan tilam memang tempat pilihan mereka. Dekat dengan manusia untuk mudah mereka hisap darah nanti.

Pepijat dapat kesan kewujudan mangsa apabila megesan kandungan karbon dioksida bertambah tinggi kat udara. Ertinya ada mamalia atau manusia kat kawasan situ. Manusia kat sedut oksigen dan lepaskan keluar karbon oksida.

Jadi memang amat susah nak larikan diri dari pepijat supaya tak kena gigit. Melainkan anda tahan nafas setiap kali nak tidur dan mula bernafas semula hanya ketika bangun tidur, maka ada kemungkinan pepijat tak boleh kesan.

Pepijat bau makanan dah datang

Bayangkan jika anda duduk sebelah dapur dan isteri sedang goreng ikan gelama masam kat dalam kuali. Perghh ! baunya harum semerbak !. Anda tentu terus pergi ke dapur tengok apa yang tersedia kat atas meja. Buka periuk nasi, wap tersembul keluar naik ke atas, nasi baru saja dah masak, agak lembik-lembik sikit.

Tengok atas dapur, gulai ikan kembung siap dengan buah terung sedang mengegelegak. Bawang besar bersama potongan buah tomato berselang seli tenggelam timbul mengikut irama gulai menggelegak. Tentu memeleh air liur berselera nak makan.

Haaaa ! macam tulah agaknya bila pepijat bau karbon dioksida. Akan terbayang makanan dah siap. Dia akan merayap menghampiri mencari kat mana datangnya banyak gas karbon tu. Pepijat merayau cari makanannya dan bila menghampiri jarak 3 kaki saja dari mangsa dia akan segera kesan kewujudan haba. Aha ! makanan !.. kata pepijat. Begitulah mereka cari makan.

Masa untuk pepijat bersenyawa

Bila dah tebuk kulit mangsa, pepijat akan lepak kat situ dalam 10 minit untuk belasah makan darah manusia sampai kenyang. Sekali sedut sampai penuh, boleh tahan antara 3 ke 7 hari sebelum pergi cari makanan semula.

Bila dah kenyang, apa lagi!, pepijat akan rasa berselera untuk bersenyawa pulak.

Pepijat akan balik semula ke pusat lepak mereka tadi dalam keadaan berselera nak panjat pasangan mereka. Biasanya pepijat jantan akan naik siapa saja yang dia jumpa. Dia akan panjat belakang pepijat jantan, pepijat anak dan pepijat betina. Semua dia nak try. Begitulah pelik sikit perangai pepijat ini.

Acara bersenyawa mereka langsung tak romantik. Malah amat brutal dan mampu memberikan trauma pada pepijat betina.

Tikam badan pepijat betina

Pepijat jantan akan panjat belaang pepijat betina, dan terus tikam ke badan pepijat betina dengan alat yang dipanggil Hypodermic Penis. Aktiviti ini dipanggil Traumatic insemination. Pepijat jantan tikan ke badan betina dan suntik sperma mereka ke dalamnya melalui luka tikaman tersebut. Sebab itu saya katakan cara mereka bersenyawa amat brutal.

Yang lebih parah lagi, pepijat betina akan kena tikam dari mana-mana saja pepijat jantan yang berselisih dengannya. Bayangkan kalau 10 pepijat jantan naik atas badan pepijat betina dan semuanya main tikam menyusuk masuk tepi badan. Parah jadinya pepijat betina, dan itulah yang berlaku pada mereka.

Sebab itu setiap kali kena tikam dek pepijat jantan yang menyuntikkan sperma ke dalam badannya, pepijat betina akan keluar dari perkumpulan itu dan pergi cari tempat sembunyi lain. Mereka kena cabut keluar untuk reda dan pulihkan luka pada badan dan paling penting kena cabut lari dari pepijat jantan lain yang asyik nak naik dan tikam.

Bahan protein bantu kesan tikaman

Walau bagaimanapun, pepijat betina ada sejenis bahan protein pada tepi badan mereka. Ini untuk memudahkan pepijat jantan tikam dan tidak teruk sangat luka dan tidak akan kehilangan air yang banyak dari badan pepijat betina.

Bahan protein atau dipanggil Resilin ini hanya ada pada pepijat betina. Pepijat jantan tak ada bahan ini, sebaliknya yang jantan ada bahan yang dipanggil 'alarn pheromone'. Bahan ini penting sebab macam saya kata tadi pepijat jantan akan naik siapa saja jantan atau betina untuk buat tikaman.

Bila dia naik pepijat jantan juga, bahan alarm pheromone inilah yang bertindak sebagai sensor memberikan isyarat untuk berhenti menggatal dan menikam. Pepijat jantan akan terus rasa kena potong stim dan tak jadi tikam dan turun pergi cari yang lain pula.

Satu lagi maklumat kenapa pepijat betina akan cuba lari keluar sebaik saja kena tikam dengan seekor pepijat jantan adalah untuk hasilkan zuriat yang lebih banyak. Pepijat betina yang ditikam oleh hanya seekor pepijat jantan akan hasilkan telur 25% lebih banyak dari yang kena tikam oleh banyak pepijat jantan.

Bila mereka keluar, bertelur dan membiak kat situ, pepijat betina tadi akan bersenyawa dengan anaknya sendiri untuk membiak lagi.

Begitulah serba sedikit bagaiman pepijat membiak yang pelik tetapi menarik.

Jika anda ada masalah pepijat kat rumah, dapatkan khidmat pest control profesional dari syarikat Easelife Services Sdn Bhd. Hubungi Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pelik tapi benar: Bagaimana pepijat membiak dalam bilik tidur anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !