Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

21 April 2017

Program didik Anak dengan Street Dakwah oleh Persatuan myIKUT

  Ano Nyme       21 April 2017
Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh Penaung Persatuan myIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim, akan aktiviti mereka mendidik anak-anak muda dengan Program Street Dakwah.

Menurut beliau, Persatuan IKUT Pulau Pinang (myIKUT) memilih pendekatan Street Dakwah sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan kebaikan Islam kepada orang ramai terutamanya yang bukan Islam.

Kaedah penerangan di lapangan ini juga dijadikan cara untuk memjelaskan pada orang ramai bahawa Islam itu bukan ganas. Islam sebaliknya sebuah agama yang lebih condong kepada penghujahan dan perkongsian ilmu kehidupan.

Didik anak dengan street dakwah

Menurut pendapat Hj Zolkifly Md Lazim, Penaung Persatuan myIKUT, kerja dakwah adalah lebih mudah jika dilaksanakan oleh mereka yang faham sains dan matematik. Mereka lebih cekap dalam penggunaan akal untuk berhujah secara logik dan sistematik.

Untuk melihat bagaimana keberkesanan kerja street dakwah ini di kalangan pelajar sains dan matematik, myIKUT telah menganjurkan program street dakwah khas bersama para pelajar dari jurusan sains dan matematik.

Para pelajar ini dididik untuk menguasai kemahiran berkomunikasi supaya mereka mampu menjalankan aktiviti dakwah dengan lebih berkesan. Selain dari dakwah pada orang ramai, aktiviti ini juga akan membuka pemikiran para pelajar supaya lebih terbuka.

Para pelajar didedahkan kepada aktiviti perbincangan terhadap agama dan kepercayaan terhadap Tuhan.

Lokasi street dakwah dijalankan

Lokasi yang menjadi pilihan myIKUT untuk jalankan kegiatan street dakwah ini adalah di sekitar Georgetown dan Batu Feringghi. Baru-baru ini, Jalan Armenian, Lebuh Aceh menjadi lokasi pilihan tempat anak muda sukarelawan da’i myIKUT menjalankan dakwah mereka.

Anak-anak muda ini mengedarkan risalah tentang kepercayaan kepada Allah, Tuhan yang Esa dan Nabi Muhamad, persuruh Allah. Mereka juga memberikan penerangan tentang peranan wanita dalam Islam, penjelasan terhadap rukun Islam dan Rukun Iman.

Ada juga anak muda Da’i ini yang lebih kreatif.

Mereka memasang alat pendengar di telinga pada telepon tangan mereka dan minta pelancung mendengar selama 30 saat bacaan ayat-ayat suci Al Quran.

Selepas dibiarkan mendengarnya, mereka minta pandangan para pelancong tersebut. Para pelancong akan ditanya apa perasàan mereka selepas mendengar ayat-ayat suci Al Quran itu.

Ajak pelancong bincang kepercayaan pada Tuhan

Dengan kaedah-kaedah tersebut di atas, muda-mudi yang menjadi Da’i dari kalangan pelajar sekolah aliran sains dan matematik ini, akan mula berkomunikasi. Mereka akan cuba meyakinkan pelancung luar dan tempatan untuk berbicara hal-hal ketuhanan dan kepercayaa beragama.

Pernah juga Street Dakwah ini dijalankan di Kuala Muda dan taman-taman perumahan yang terdiri dari masyarakat berbangsa Cina dan India.

Mendapat keizinan waris dahulu

Sebelum anak-anak muda ini menyertai dan menjalankan aktiviti street dakwah, keizinan akan didapatkan terlebih dahulu dari para waris mereka. Kemudian barulah anak-anak muda ini akan dibawa bersama dalam street dakwah.

Para waris anak muda pelajar ini telah memberikan maklum balas yang baik terhadap aktiviti anak-anak mereka dalam street dakwah.

Para waris mendapati, anak mereka menjadi lebih berkeyakinan. Mereka juga lebih mudah dan pandai memberikan tindak balas ketika berbicara. Yang paling menarik adalah, anak-anak mereka sekarang menjadi minat dan suka membaca.

Apa yang laing disukai oleh para waris adalah, anak mereka lebih prihatin dan amat menjauhi gejala sosial dan budaya kuning. Mereka juga menjauhi kawan-kawan yang terlibat dalam kumpulan penagih dadah.

Para waris juga rasa berbangga apabila melihat anak-anak mereka sekarang menjadi tempat rujukan kawan-kawan mereka yang lain.

Berminat dengan street dakwah

Untuk anda yang berminat dengan aktiviti stret dakwah ini, boleh berhubung di page FB; Persatuan IKUT Pulau Pinang.

Atau terus berhubung dengan En Azley Stanley di nombor 011-1566 6816.

Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berminat untuk libatkan anak-anak mereka dari kalangan pelajar sains dan matematik dengan aktiviti street dakwah ini. Boleh segera berhubung dengan myIKUT seperti tertera di atas.

Kepada yang ingin membantu dengan cara memberikan sumbangan, boleh menyumbang kepada

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Maybank

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Program didik Anak dengan Street Dakwah oleh Persatuan myIKUT

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !