Sebenarnya, saya dapat beberapa maklumat pasal pusat fisioterapi ini dari satu apps yang saya cari dari google. Apps itu dipanggil WhatClinic. Anda boleh pergi sendiri pada pautan tersebut untuk ketahui lebih lanjut.
Anda hanya perlu masukkan kelinik jenis apa yang dicari dan masukkan lokasi tempat anda tinggal. Bila dah masuk, tekan saja dan apps itu akan berikan senarai klinik yang berdaftar dengannya. Ada yang siap diberikan markah oleh pengguna yang pernah mendapatkan rawatan di situ, pilihlah yang anda rasakan terbaik.
Pusat rawatan fisioterapi PJ
Selepas saya buat permintaan dari apps tersebut, saya dikehendaki mengisi masalah yang sedang dihadapi. Kemudian dia tanya nak hantar maklumat masalah itu pada semua klinik yang disyorkan atau hanya klinik yang dipilih saja.Saya tick kesemua klinik yang dirasakan berdekatan dan tekan send.
Tak lama kemudian, terus ada respon. Tak sangka pulak saya akan ada respon yang amat pantas sebab masa buat pencarian itu hari cuti umum.
Respin paling pantas datang dari Pusat Fisio PJ tadi. Dia terus telefon saya dan tanyakan maklumat lanjut. Diberikannya alamat tempat mereka dan dia tentukan masa yang saya mahu pergi ke sana. Oleh sebab dia paling pantas dan siap telefon pulak tu, maka saya tak fikir panjang terus terima.
Lagipun, rating yang diberikan dalam apps terhadap perkhidmatan pusat fisio itu adalah yang paling tinggi. 4.7 berbanding 5 markah keseluruhan. Tentu bagus punya pusat fisio ni ! kata hati saya.
Bila tiba harinya, saya terus ke sana. Temujanji pukul 3 petang dan saya sampai tepat pada waktunya. Agak sukar juga nak cari sebab tempat itu kawasan baru dan mereka baru saja berpindah ke sana. Yang baiknya adalah parkirnya percuma.
Tempat itu amat cantik, eksklusif dan elegan. Namanya pun dah menarik, pusat rawatan kesihatan. Oleh kerana tak ada pelanggan lain, saya terus dibawa masuk ke tempat rawatan. Buka seluar dn=an pakai seluar pendek.
Perawat itu kemudiannya datang tekan sikit-sikit yang saya rasa tak sakit sangat. Dia terus buat konklusi ada maslaah slip disk. Mungkin dia terpengaruh dengan cerita saya dah pergi buat rawatan yang sama d kelantan sebelum ini.
Apa yang dia buat adalah berikan tekanan letrik pada bahagian otot punggung saya yang lenguh tu dan dibiarkan semalam 30 minit atau kurang. Kemudian dia urut sedikit dan habis. Saya hairan sebab mudah sangat. Tak ada nasihat senaman dan sebagainya diberikan.
Rupanya itu hanyalah pengenalan sahaja katanya. Rawatan berserta senaman dan latihan akan diberikan pada rawatan yang berikutnya nanti. Saya boleh pilih 12 kali rawatan yang menjadi pakej kesihatan menyeluruh mereka.
Untuk rawatan sekejap tadi tu saya perlu bayar RM74.
Oklah ! selamat tinggal, kata saya perlahan dan berlalu pergi tanpa sedikitpun perubahan berlaku pada tempat sakit.
Pusat rawatan fisioterapi Bangsar
Ketika balik saya tengok ada mesej kat telefon. Kali ini respon dari sebuah lagi klinik fisio yang ada di Bangsar. Dia respon kepada maklumat sakit yang saya ceritakan di apps tadi dan berikan kemungkinan masalah yang saya hadapi.Untuk tahu lebih terperinci dia suruh saya buat temujanji. Saya tak jawab mesej tersebut sebab niat nak jawab keesokkan harinya.
Esok pagi saya dapat panggilan. Orang yang mesej semalam telefon untuk follow up. Dia cakap melayu dengan fasih, bila saya beri salam dia hanya ucap selamat pagi. Rupanya dia berbangsa India. Fasih betul Bahasa Melayunya.
Setelah berbual, saya terus buat temujanji. Dan petang tadi saya pergi dapatkan rawatan dari situ pulak.
Kali ini caranya agak berbeza. Dia temu ramah terlebih dahulu keadaan sakit saya. Tanya tentang aktiviti senaman saya dan aktiviti sukan kalau ada. Kemudian baru dia suruh masuk ke bilik rawatan. Dia suruh terlentang dan mula angkat kaki yang sakit.
Pergerakan demi pergerakan dibuatnya dan tanya samada saya ada rasa sakit. Kemudian dia semak pula tulang belakang dengan tekan satu persatu. Selepas selesai semua pemeriksaan itu dia sahkan dengan yakin, tak ada masalah tulang belakang.
Ini satu berita baik bagi saya. Berbeza daripada yang sebelum ini, dia kata saya hanya hadapi masalah otot bahagian punggung yang mengeras d bahagian dalam. Otot itulah yang menolak urat dan saya rasa kejang sampai ke anak kaki.
Dia mulakan rawatan selama satu jam. Kemudian dia ajar saya senaman yang perlu dilakukan untuk melegakan masalah tersebut. Dan saya dicadangkan sekurang-kurangnya mendapatkan maksimum 5 kali rawatan dari mereka. Mungkin sebelum cukup lima kali saya akan ok. Tapi dia yakin paling lama hanya lima kali saja diperlukan untuk betulkan keadaan itu.
Saya setuju sebab itulah yang paling dekat dan mudah berurusan walaupun tempatnya tak berapa eksklusif macam kat PJ tadi. Mungkin sebab itu rating yang dia dapat tidak sebaik yang PJ. Tapi saya tak kisah sebab yang pentingnya rawatan asas.
Saya bayar RM130 dan terus balik... kali ini lebih lega sebab dia kata tak ada masalah tulang belakang. Saya setuju sebab memang saya ta ada rasa sakit tulang belakangpun..
Nak tahu, apa nama klinik fisio kat bangsar tu ye, sekian.
ReplyDeleteKat dalam Bangsar Village, dalam celebrity fitness
DeleteSo bagaimana rasa lepas ke klinik di bangsar... dah tak lenguh sangat ke
ReplyDeleteDah hilang terus tak sakit atau lenguh lagi !
Deletebini saya amalakan senaman sciatica..lega dah.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=_s7htur84ic
Mohon Tuan punya blog ni ke Dee BM Physiotherapy. Saya pernah alamai sakit pinggang yang serius sangat, sampai tekanan darah naik 180. Alhamdulillah, 2 kali visit saja, dan terus elok. Fisio ni special sebab dia betulkan tulang yang bermasalah terus. Kalau setakat ke pusat fisio biasa, cuma ada rawatan kurangkan sakit dan senaman saja, memang makan masa lama. Sekali rawatan rm90, tapi saya rasa terlalu puas hati.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/deebmphysio/