Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

18 May 2017

Kenapa penampar dan bukan penumbuk atau penyepak

  Ano Nyme       18 May 2017
Sekarang ini orang ramai sedang hangat memperkatakan peristiwa seorang pengamal seni otai telah memberikan penampar sulung kepada seorang penerbit filem. Untuk jadikan peristiwa itu lebih dramatik, secara kebetulan atau boleh dikatakan lebih malang lagi, yang penampar itu berbangsa A dan yang kena penampar itu pula berbangsa B.

Kisahnya bermula dalam mesyuarat sebuah kampung Guar Kolepto di mana ketua kampungnya mengumpulkan kesemua pengiat seni di kampung tersebut. Mereka mahu membincangkan halatuju Kampung Guar Kolepto dalam temph 30 tahun lagi dari sekarang.

Tiba-tiba salah seorang yang hadir dalam mesyuarat itu yang kebetulan berbangsa B mempersoalkan cara moderator mengendalikan perjumpaan itu. Dia tak puas hari kenapa moderator benarkan pertanyaan dari kawasan tertentu saja di tempat duduk dan ada kawasan lain yang tiada peluang bertanya soalan kepada ketua kampung.

Mamat B tak sedar bahawa semua soalan dan semua orang yang boleh bertanya adalah mereka yang sudah ditentukan dari awal program. Moderator memainkan peranannya untuk pastikan soalan terancang sahaja yang akan keluar untuk dijawab oleh tok penghulu. Yang moderator pun satu hal, tak nak bagi tahu pada Mamat B bahawa dia sebenarnya sedang berlakon kat atas mentas tu.

Mamat B terus kritik dan mula naik minyak dengan membuka rangkap pantun. Tanpa dia sedari ketika sedang membuka rangkap pantun pertama itu, seorang Hero Seni Mat A sedang meluru ke arahnya. Sambl meluru mulutnya kumat kamit dan tangan mula diangkat lalu diayun kuat melepaskan penampar sulungnya ke muka Mamat B.

Kes penampar kecoh satu Kampung

Zaman sekarang, walaupun mesyuarat kat Kampung terpencil di Guar Kolepto, tetap ada orang yang canggih merakamkan apa yang berlaku. Dengan media sosial, maka menularlah peritiwa Mamat B kena penampar dengan Mat A.

Semua terkejut. Mana-mana yang pemikirannya seumpa drama TV bertanya, samada itu semuanya lakonan. Ya la! semua kat atas tu semuanya pelakon dan ada juga yang bukan cari makan dalam dunia seni tapi juga kuat dan pandai berlakon kat atas pentas itu. Apakah mereka sedang berlakon.

Mana-mana yang ada kebencian kaum seperti seorang penulis portal yang pro kerajaan bernama RPK, dia terus komen kat twitternya, " Bangsa B kurang ajar ! ". Dari komen itu jelas dia benci sangat Bangsa B.

Sebab itu terus terpancul perkataan bangsa sedangkan itu hanyalah tindakan individu. Tapi nak marah pada RPK pun tak boleh juga sebab dia berketurunan bangsawan yang mencampurkan darah Bangsa Elit A dengan Darah Bangsa Super M.

Ada macam-macam komen keluar dari netizen. Ramai juga yang berikan pujuan pada Mat A dan ada ramai juga yang kritik dia sebab bertindak keterlaluan. Walau apapun orang nak kata yang Mat A adalah keterlaluan, dia nampaknya tak kisah sebab memang selama ini nama glamournya adalah John Keterlaluan.

Kenapa penampar bukan penumbuk

Saya pula bila tengok rakaman peristiwa itu hanya satu soalan yang muncul dari kepala. Melihatkan keadaan bengis Mat A menghampir Mamat B dengan mulut kumat kamit, dia nampaknya sedang berada dalam keadaan hilang akal.

Tetapi kenapakah dia bertindak melepaskan penampar sulong ! itu yang saya tak faham. Kenapa bukan penumbuk ? Kenapa bukan penendang terbang ? atau lompatan Lutut ala-ala Muay Thai ?

Banyak kali saya lihat bila Bangsa A mengamuk nak marah pada orang, dia akan bertindak nak lepaskan penampar pada muka orang yang dia serang. Kalau ayah kepada anak tentu biasa. Saya juga biasa buat begitu bila nak ajar anak. Itupun terpaksa tahan power hayunan takut anak tercedera.

Tampat anak bukan bertujuan untuk cederakannya. Tapi nak mengajar. Kalau nak cederakan, orang saya biasanya akan pakai senjata seperti kayu atau besi atau batu. Kalau tak ada senjata, saya akan bagi penerajang di celah kangkang. Atau tumbuk pada bahagian rusuk atau tengah Ulu Hati. Itu semuanya bertujuan untuk mencederakan.

Ilmu penampar buat orang pengsan

Mungkin Mat A ada ilmu penampar hebat yang dia belajar dari orang tua-tua atau para pendekar hebat Bangsa A.

Pernah satu ketika saya lihat sendiri seorang Gila berbadan besar dan amat gagah sedang mengamuk di kampung. Dia naik darah sebab dengar kata ada orang tak jawab tegurannya kat pekan. Orang yang tak jawab teguran itu pula dengar kata seorang Ostad kat kampung tersebut.

Ostad kat kampung itu biasanya merupakan gelaran kepada mereka yang boleh memberikan semua jawapan kepada semua persoalan kehidupan. Mereka yang mendapat gelaran Ostad juga punya kuasa untuk menentukan bagaimana orang nak fikir dan bagaimana orang nak hidup. Mereka juga ada kuasa untuk benarkan orang pakai apa dan tak pakai apa. Pendeknya gelaran itu amat power.

Orang yang gila itu walaupun jiwanya gila, nampaknya dia tahu juga apa erti malu. Nampaknya dia juga tahu mana mungkin seorang Ostad tergamak tak jawab tegurannya. Bukankah seorang Ostad itu tahu semua benda, tahu mana baik dan man buruk, kenapa dia tak jawab teguran aku, walaupun aku gila ?

Bila dia makin lama bertanya soalan yang sama bertubi tubi dan soalan itu tak dapat dijawab, otaknya akhirnya terpadam. Macam komputer yang sedang 'hang' tak bergerak. Badannya mula panas dan dia terus mengamuk pergi cari siapa saja yang kelihatan seperti seorang Ostad.

Nak diringkaskan cerita, bertemulah dia seorang Ostad Cool yang Otai dan berpengalaman. Sebaik saja berhadapan dengan Ostad itu, si gila itu terus tak cakap banyak tampar dada Ostad itu sehingga terundur ke belakang.

Maka Ostad itu sambil berkata, " Aku tak buat apapun kat hang, tapi hang tampaq dada aku nuuu ! " ... Pangggg !!!.

Satu penampar sulong singgah tepat ke muka orang gila itu. Nampak macam lakonan juga, bila sebaik saja kena penampar, si gila terpejam matanya dan jatuh rebah tak bergerak atas jalan tar. Mulutnya berbuih. Buih air liur keluar perlahan dari mulut. Dia pengsan sekali kena tampar !.

Itu yang saya pernah tengok kat kampung.

Tapi dalam kes semalam Mamat B yang kena penampar tak rebah dan tidak berbuihpun mulutnya. Jadi penamparnya tidak ada buah power macam Ostad yang saya cerita tadi. Ertinya penampar Mat A adalah satu peampar yang kosong.

Jadi kenapa dia penampar dan bukannya bagi penumbuk atau penendang ?

kenapa ya ?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa penampar dan bukan penumbuk atau penyepak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !