Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

12 May 2017

Masalah ketagihan 'fidget spinner' bakal melanda kanak-kanak Malaysia

  Ano Nyme       12 May 2017
Pernah dengar pasal permainan bernama 'fidget spinner' ?

Tak pernah !, tak apa sebab mungkin anda tak ada anak kat rumah. Mungkin anda tak kahwin lagi dan tak ada anak atau mungkin anda jenis yang tak ambil peduli pasal anak-anak.

Saya pun tak tahu menahu juga pasal gadget bernama fidget spinner ini. Bukan tak ambil tahu pasal anak-anak kat rumah. Ambil tahulah jugak sedikit sebanyak. Tapi yang ambil tahu 100% pasal hal ehwal anak-anak ada lah isteri kat rumah.

Bab membeli permainan dan seumpamanya juga, isteri yang ambil tahu dalam melaksanakan kesemua projek membeli tersebut. Itulah yang menjadi masalah sedikit. Masalah nak kawal apa yang anak-anak nak beli menjadi agak sukar sebab komplot antara anak-anak dengan ibu mereka.

Kedekut nak beli fidget spinner

Saya mungkin dianggap sebagai seorang ayah yang amat kedekut untuk izinkan anak-anak membeli sebagai barang mak nenek yang tak berapa ada manfaatnya. Semua anak-anak tahu hal tersebut. adi kalau nak minta beli yang bukan-bukan, tak ada seorangpun yang akan datang minta kat saya.

Tapi mereka ada satu lagi saluran. Mereka pandai kecek kat ibu mereka. Ibu mereka juga tahu yang saya jenis tangkai jering terhadap benda-benda sedemikian. Kalau minta kat saya nak beli menatang fidger spinner tu, insyallah mereka tak akan dapat. Jadi biasanya mereka pakat minta kat ibu mereka, dan biasanya akan dapat asalkan kesemua aktiviti membeli itu dirahsaikan dari pengetahuan saya.

Itulah masalahnya !, anak-anak dah beli fidget spinner tu dan baru dua tiga hari lepas saya terserempak masing-masing sedang ghairah membuka bungkusan fidget spinner mereka. Saya tanya apa menatang tu, mereka dengan tak berapa suka jawab benda memusing. Malam itu pecah satu rahsia baru yang anak-anak saya ada fidget spinner dalam simpanan mereka.

Sekadar nota sebagai makluman pasal sifat kedekut tangkai jering saya tadi. Saya hanya tak kedekut bila anak-anak minta nak ke kedai buku seperti MPH atau Kinokuniya dan lain-lain. Kat situ, kalau mereka nak beli buku sampai habis antara RM500 ke RM1,000 pun saya tak kisah. Itu pembelian bermanfaat yang baik untuk masa depan mereka. Bab macam itu saya tak jadi tangkai jering.

Kerajaan sedang kaji fidget spinner

Hari ini pula saya terbaca satu laporan pasal fidget spinner ini kat negara kita. Dalam Berita Harian, kerajaan di bawah KPDNKK diarahkan untuk membuat kajian terhadap fidget spinner. Mereka nak tengok samada permainan itu boleh mengundang bahaya atau tidak kepada pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa. Selanjutnya di sini

Dengan terbacanya laporan tersebut, pengetahuan saya tantang permainan fidget spinner ini bertambah lagi. Nampaknya ia dah mula jadi satu fenomena kat negara kita juga. Itu membuatkan saya semak statusnya di seluruh dunia.

Bukan payah nak semak status permainan itu kat seluruh dunia. Anda hanya perlu buka Google dan buat pencarian. Itulah yang saya buat dan bersepah maklumat berkenaannya. Saya buat pencarian yang lebih spesifik lagi terhadap status bahayanya. Dan memang ternyata kat Amerika, fdget spinner ini dah masuk dalam kategori yang merisaukan.

Fidger spinner dah mengacau ketenteraman

Asalnya permainan fidget spinner ini adalah alat khas untuk kanak-kanak yang susah dikawal. Samada jenis yang hiper aktif atau jenis yang tak boleh beri tumpuan. Juga untuk kanak-kanak yang ada masalah autism.

Dengan permainan ini diberikan pada mereka, ketenteraman boleh dicapai. Terutamanya untuk ibubapa atau penjaga mereka. Biar mereka leka tengok benda tu berpusing daripada abubapa pusaing kepala layan kerenah anak-anak yang tak boleh duk diam.

Sekarang bukan kanak-kanak yang bermasalah saja dah ketagih fidget spinner, hampir ksemua kanak-kanak dah mula minat terhadap permainan tersebut. Kalau ibu bapa mereka gila tukar smart phone dari satu ke satu model baru, mereka juga nak tukar benda atau gadget baru untuk mereka.

Nak marah kat anak-anakpun tak boleh juga, mak bapak mereka lebih kurang sama saja. Lagipun mak bapak mereka tukar benda atau gadget yang jauh lebih mahal.

Sekolah haramkan fidget spinner

Ada sekolah yang dah terus haramkan fidget spinner ini. Memang patut pun. Bayangkan kalau ada 30 pelajar kanak-kanak yang setiap seorang ada satu atau dua fidget spinner pada jari mereka. Boleh mengaum satu kelas bunyi pusingan benda itu.

Kalau kena resonannya, mahu boleh runtuh dinding kelas. Dan paling teruk, cikgu akan hilang tahap kesiuman mereka menahan jiwa dengan kerenah kesemua pelajar yang merenung fidget spinner masing-masing berbanding mengambil tahu apa yang cikgu suruh mereka buat.

Kanak-kanak kat sana dah jadi tukang buat koleksi fidget spinner. Mereka ada lebih daripada satu permainan tu. Mereka beli secara borong terutamanya secara online samada kat amazon atau portal ecommerce yang lain.

Ancaman negara Cina terhadap dunia

Kes fidget spinner ini bukan main teruk sekarang sampai ada teori konspirasi. Jika anda lihat kesemua barang fidget spinner ini, hampir ksemuanya dibuat dari negeri China. Mereka memang cekap buat barang macam itu dalam kuantiti yang amat banyak dalam kos yang amat rendah.

Jadi lambakan permainan fidget spinner itu sengaja dibuat oleh negara China untuk melekakan rakyat Amerika. Anak-anak akan leka main fidget spinner dan mak bapak leka mengawal anak-anak mereka membendung dari salah main sampai mencederakan.

Jadi hanya dengan permainan tersebut, satu Amerika akan leka. Ini memudahkan Negara China buat kerja lain yang lebih menguntungkan mereka. Itulah teori konspirasinya. Haha ! memang lucu. Mungkin juga perkara yang sama boleh kita andaikan berlaku pada negara Malaysia.

Negara China dah masuk dan jajah kita secara ekonomi kata sesetengah orang. Sekarang mereka akan jajah minda anak-anak kita pula supaya leka main fidget spinner. Ini melengkapkan lagi penguasaan negara China terhadap rakyat dan negara kita.

Siapa yang reka fidget spinner

Untuk pengetahuan anda, fidget spinner ini direka oleh seorang jurutera wanita berbangsa Amerika. Dia cipta benda ini pada tahun 1990 lagi. Tujuan asalnya untuk membuatkan anak-anaknya seronok dan terhibur bermain dengannya.

Dia cipta permainan itu dan mendapatkan hak cipta atau paten pada tahun 1997. Dia cuba dapatkan pengilang untuk buat permainan itu dalam skal untuk komersial tapi ditolak mentah-mentah. Sehinggalah hak patennya habis. Dan sekarang permainan itu dah meletup dan dia tak dapat satu senpn dari hasil kreativitinya.

Itu kata sesetengah berita pasal pencipta fidget spinner itu. Tapi ada juga yang kata wanita itu bukanlah pencipta asalnya.

Tak kisahlah, siapa penciptanya tapi permainan itu dah jadi havoc sekarang disebabkan promosi dari media sosial yang ada kat dunia ini.

Yang pastinya, kalau datang kat negara kita, kreativiti anak-anak kita boleh tahan. Mereka mungkin akan tukar dengan bahan metal yang tajam dan jadikan senjata dan sebagainya. Itulah yang merisaukan kalau ibubapa tak pantau.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Masalah ketagihan 'fidget spinner' bakal melanda kanak-kanak Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !