Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 May 2017

Minum kopi Vietnam kali pertama di Kubang Krian, Kelantan

  Ano Nyme       09 May 2017
Pernah tak dengar pasal Kopi Vietnam ?

Saya tak pernah dengar sebelum ini. Kali pertama dengan dan lihat pasal kopi Vietnam ini adalah ketika menonton siaran 737 TV di Astro. Ini salah satu siaran kegemaran saya kalau buka TV.

Siaran 737 atau namanya Go Asean itu sejak kali pertama saya buka dua tiga bulan lalu dah terus melekat dalam ingatan saya. Ia memaparkan cerita pengembaraan di sekitar negara-negara Asean. Kalau tak dapat pergi sendiri secara peribadipun, dapat menonton perkongsian orang lain berkenaan kisah pengembaraan di sekitar negara Asean sudah mencukupi. Rasa macam dah pernah pergi pulak.

Lagipun, dengan hanya menonton rakaman tempat-tempat yang menarik di seluruh negara Asean, dapat memberikan input yang menarik untuk menceriakan dan menghiburkan hati yang suka mengembara.

Kisah Papi Zak minum kopi Vietnam

Antara banyak-banyak siri kembara, kisah kembara Papi Zak jadi pilihan utama saya. Sebab dia suka makan dan personalitinya yang menghiburkan, membuatkan saya suka menonton kisah kembaranya.

Dari situlah saya mula kenal adanya minuman Kopi Vietnam ni. Dalam satu siri kembara mencari erti kegembiraan dan erti kebahagian di Vietnam, saya lihat dia singgah satu kedai kopi Vietnam mencuba minuman kat situ.

Tengok cara Apek dalam TV tu sediakan kopi susu ais sudah cukup membuatkan saya teringin sangat nak cuba pekena Kopi Vietnam tersebut. memandangkan saya memang penggemar kopi, tengok minuman kopi saja dah cukup mengiurkan.

Tapi tak terfikirlah pulak nak cari samada kat Malaysia, kat negara kita ni ada dijual kopi vietnam. Hanya teringat nak ke Vietnam dan nak cuba cari kedai kopi kat sana nanti jika ada kesempatan.

Minum Kopi Vietnam kat Kelantan

Baru-baru ini saya ada ke Kelantan selama satu minggu. Biasanya, kalau ke Kelantan, saya akan tinggal kat Holiday Villa. Tempat tu jadi pilihan sebab ia terletak berhadapan dengan pasar di Wakaf Che Yeh.

Kat depan tu suasananya hidup di waktu malam. Dah jadi macam pasar malam yang ada hari-hari setiap malam. Semakin malam semakin ramai orang. Tapi kalau bukan musim percutian, tempat tu tak berapa nak meriah sangat. Bila datang musim cuti, punyalah ramai orang datang masuk cuci mata kat dalam pasar malam kat Wakaf Che Yeh tu.

Cuma baru-baru ini, saya ubah tempat sebab nak cari Homestay dan bukan lagi tinggal kat hotel. Kalau datang lebih dari 3 orang, adalah jauh lebih murah cari homestay berbanding tinggal di hotel. Kami dapat satu Homestay di kondo yang bernama Anjung Vista. Letaknya di Kubang Krian, tempat ramai pelajar USM di situ.

Oleh sebab ramai pelajar, maka banyaklah kedai makan yang meriah di waktu malam. Tak jauh dari Anjung Vista tu di seberang jalan sana ada sebuah restoran yang ada banyak gerai makanan. Saya tak ingat pulak apa nama kedai tu.

Apa yang saya ingat adalah minuman Kopi Vietnam yang ada terjual kat kedai tersebut.

Jika dah kaki kopi, apa lagi !, saya terus lepak kat kedai tu malam pertama dan cuba rasa kopi Vietnam yang ditawarkannya. Hari tu Isnin dan kebetulan saya nak buka puasa. Minum ketika buka puasa dan belum ada lagi makanan dan minuma lain sentuh lidah adalah lebih sensitif akan citarasanya yang ada pada makanan atau minuman yang masuk ke mulut kita.

Kopi Vietnam memang sedap

Kalau nak bandingkan dengan kopi yang selalu saya minum sekarang adalah Kopi Cap Hang Tuah. Jadi saya boleh buat perbandingan rasanya dengan kopi Hang Tuah yang memang ada dah lama kat negara kita ini.

Bila pelayan kedai tu hantar, saya tengok ada satu keunikan berkenaan kopi Vietnam yang disediakan. Dia hantar satu cawan yang mana di atas cawan tersebut diletakkan satu bekas tin diisi dengan serbuk kopi dan air panas.

Ada penapis di bawah bekas tin itu dan kopi akan turun perlahan-lahan masuk ke dalam cawan yang kosong pada mulanya tadi. Tunggu lama sikit kopi mula penuh. Dalam cawan tu dah tersedia sedikit gula untuk dikacau bila kopi dah memenuhi cawan itu.

Bila semuanya dah habis jatuh, kita boleh angkat bekas tin tadi dan mula kacau gula yang ada di dalamnya. Kalau jenis minum manis boleh kacau sampai habis. Jika kurang manis, tak perlu kacau sampai habis.

Saya hirup sedikit kopi O Vietnam yang dihidangkan... ahhh rasa nak menangis !

Nak menangis sebab amat sedap. Panas-manas sedikit secukup rasa, dan ada rasa sedikit kelainan kopi yang saya hidup perlahan-lahan tu. Mungkin saya boleh katakan ada sedikit karamel kat dalam kopi O Vietnam yang saya cuba itu.

Tak payah nak tunggu lama, saya hidup sedikit demi sedikit sampai habis kosong terus. Saya boleh katakan macam dah nak ketagih pekena kopi O Vietnam itu. memang sempoi. Sempoi sampai saya pergi minum setiap malam sepanjang ada kat Kubang Kerian itu.

Itulah penangan Kopi Vietnam. Bukan saja kopi O panas yang sedap. Hari kedua saya minta pulak Kopi susu ais Vietnam. Perghhh ! sedap juga !. Tapi memandagkan saya tak berapa suka minum minuman berais, saya cuba sekali saja. Selainnya saya hanya minta kopi O panas Vietnam.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Kopi Vietnam, boleh pergi baca kat Wikipedia kat sini. Saya ambil gambar kat atas tu juga dari situ. Jika anda ada jual kopi Vietnam kat Malaysia ni, boleh bagi tahu, saya nak pergi beli.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Minum kopi Vietnam kali pertama di Kubang Krian, Kelantan

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. kopi vietnam....klik link di bawah:

    http://www.11street.my/totalsearch/TotalSearchAction/searchTotal.do?kwd=trung+nguyen+coffee&gclid=CjsKDwjw0cXIBRCxjqnE3K3sHhIkAL1LezSz8ShYSsaqdSzXDVeIOGVjyYwH8PSp1K9H_0mV2BW_GgLRnvD_BwE&gclsrc=aw.ds&dclid=CM6H94az5NMCFRq_jgodAhoBOQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan sudi berikan link maklumat nak beli !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !