Kalau nak tahu dan nak cuba pergi ke sana, saya berikan sedikit maklumat berkenaan lokasi Pasar Karat tersebut. Kedudukannya adalah Selari dengan Petaling Street yang semua orang kenal tu. Untuk lebih mudah lagi bagi yang suka pakai Google Maps atau waze atau seumpama dengannya, berikut adalah koordinat GPS Pasar Karat tersebut, 3°8'35"N 101°41'53"E
Pasar Karat ini hanya beroperasi setiap hari sabtu dan ahad. Anda boleh mula pergi ke sana awal-awal pagi sebab sebelum pukul 6 pagi lagi, pasar karat ini dah mulakaj operasinya. Ertinya para penjual dan mula bentangkan barangan jualan mereka sejak gelap pagi lagi.
Waktu tutupnya pulak ada lah dalam lingkungan pukul 9.30 pagi, memahg agak awal sikit. Jika anda jenis yang tak bangun awal pagi apatah lagi jenis yang tak solat subuh, tentu agak sukar untuk pergi meninjau apa yang ada kat pasar karat di KL tu.
Pasar Karat ditukar kepada Pasar Antik
Pasar karat kat KL ni sebenarnya dah bermula agak lama dulu, iaitu sejak awal tahun 80-an lagi. Ia bermula dengan kumpulan penjual barang lama yang terdiri daripada peniaga berbangsa Cina. Cuma dalam 10 tahun kebelakangan ini saja, pasar karat dibanjiri oleh orang luar.Masalah yang ada pada nama pasar karat adalah nama buruk yang dikaitkan dengan pasar karat tersebut. Orang ramai mula kaitkan pasar karat dengan tempat jual barang hasil daripada aktivit mencuri. Pencuri pergi rompak atau curi kasut atau lain-lain barang, dan jadikan pasar karat sebagai pusat menjualnya.
Oleh sebab itu, maka pihak DBKL telah melakukan transformasi pembaikan semula dalam pengurusan pasar karat tersebut. Langkah awal yang mereka buat adalah dengan menukarkannya kepada nama Pasar Antik.
Persatuan urus pasar antik
Sebuah organisasi berupa persatuan telah dilantik untuk berkerjasama dengan pihak DBKL dalam mengkawal selia segala aktiviti para penjual di pasar antik itu. Persatuan tersebut adalah, Kuala Lumpur Lorong Petaling Pasar Antik Association (KLLPPAA)Mereka akan pastikan semua penjual kat pasar antik itu menjual barangan yang sah dan bukan yang mencurigakan. Kalau penjual jual segala gadget seperti handphone lama dan seumpamanya, mereka akan diminta menunjukkan bukti resit pembelian. Supaya para penjual tak jual barang curi.
Para pendatang juga tidak dibenarkan berniaga kat situ. Hanya manusia tempatan sahaja yang layak menjaja kat pasar antik dan bukannya Bangladeshi, Indonesia atau lain-lain.
Menurut pihak DBKL, mereka telah keluarkan lesen menjaja untuk pasar antik itu sebanyak 80 lesen sementara. Terdapat sebanyak 210 lot perniagaan kat pasar karat itu dan kesemua 80 lesen yang dikeluarkan kuasai kesemua lot itu sekarang. Baca lanjut kat sini
Jika anda ada barang antik dan berminat nak buka perniagaan kat situ setiap sabtu dan ahad pagi, nampaknya kenalah masuk persatuan yang saya sebutkan kat atas tadi. Sebab merekalah yang kawal selia pasar antik itu sekarang.
Kata DBKL, jika persatuan itu boleh kawal selia dengan baik dan tersusun, mereka akan tingkatkan lagi jumlah lesen yang akan diberi. Harap semuanya berjalan lancar dan pasar karat benar-benar dah tak berkarat lagi dengan barang curi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !