Biasanya mereka yang kaki rasa lenguh atau sakit dari atas turun ke bawah begitu, orang yang dah agak berumur. Paling tidak dalam lingkungan 40-an umurnya. Kalau masih muda payah nak rasa lenguh camtu, melainkan jika sakit disebabkan terseliuh atau patah.
Orang muda jarang sangat nak hadapi masalah kaki lenguh tak tentu punca. Yang datang tiba-tiba sahaja terasa amat lenguh berpanjangan. Nak kata pinggang sakit tak juga. Jatuh atau terseliuh pun tidak. Tapi lenguh datang entah dari mana.
Mula rasa lenguh sekali sekala
Saya alami masalah ini dah agak lama. Rasa lenguh itu datang ikut suka masa dia saja. Tapi singgahnya tak lama. Dalam hari-hari tertentu, rasa lenguh tiba-tiba muncul dari pagi sampai petang. Lenguh ringan yang masih boleh ditahan.Bila jadi macam itu, biasanya saya buat tak endah saja sebab boleh tahan. Tambahan pulak jika sedang layan kesibukan, rasa lenguh itu dapat dilupakan begitu saja dan akhirnya hilang tanpa disedari.
Begitulah keadaannya, datang dan pergi dalam keadaan yang masih boleh ditahan.
Jika sempat, saya akan buat senaman pinggang yang pernah dikongsikan kat blog ini sebelum ini. Selalunya dengan senaman tu, kaki akan terasa lega balik dan pinggang juga akan rasa lebih nyaman.
Bagi yang belum tahu macam mana nak lakukan senaman itu, boleh pergi ke pautan kat sini dan cuba amalkan.
Mula rasa lenguh kuat tak selesa
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, rasa lenguh yang sebelum ni ringan, dah bertukar jadi lebih ganas. Dah jadi sakit sebenarnya. Tak boleh nak lega sekalipun mengurut.Kenapa saya kata tak boleh nak buat urutan, sebab sakit dan lenguhnya bukan pada bahagian luar kaki. Tapi berdenyut-denyut pada bahagian dalam. Terutamanya pada bahagian dalam otot punggung dan bahagian dalam otot belakang seluruh kaki.
Rasa sakit dan tegang bertambah teruk setiap kali bagun dari tidur sebelah pagi untuk solat subuh. Rasa macam urat dalam kaki tu kena tarik dari atas. Juga rasa macam ada urat yang tersepit pada bahagian sendi antara peha dengan tulang punggung.
Tapi setelah tahan, buat senaman dan regangan serba sedikit dan kemudiannya turun berjalan kaki kat taman dalam 10 pusingan, sakit akan berkurangan.
Begitulah saya layan sakit dan lenguh yang semakan ganas itu saban hari, dari seminggu dah nak masuk sebulan.Kesakitan makin meningkat dari hari ke hari. Dah rasa tak boleh tahan. Sakit berpanjangan.
Apa yang saya perlu buat ?
Saya fikirkan bagus juga dengan keadaan sakit kaki sebelh kanan itu. Mungkin dengan urutan penuh itu akan melegakan. Maka saya pergi mengurut sampai dua jam seluruh badan dari kepala sampai ke hujung jari kaki.
Hasilnya !
Tak ada sedikitpun rasa sakit dan lenguh itu hilang. Malah saya rasa macam sakit dan lenguh itu semakin teruk berbanding sebelum pergi mengurut seluruh badan.
Saya tak fikir panjuang terus ajak dia ke sana. Sakit dan lenguh dah tidak boleh ditahan lagi. Perlu buat sesuatu dan mungkin kali ini pusat rawatan fisioterapi ada jawapannya.
Nak diringkaskan cerita memang betul. Dalam keadaan sakit dan lenguh sebegitu, pusat rawatan fisiotarapi adalah yang terbaik. Mereka akan buat pemeriksaan, tekan pada bahagian tertentu sehinggalah puncanya dapat dikesan.
Setelah bertemuramah sejarah dan aktiviti saya selama ini, dia sahkan saya alamai masalah urat pada tulang belakang tersepit. Puncanya adalah kesan dari tulang belakang yang terseliuh lama sebelum ini.
Dia rasa dan tekan seluruh tulang belakang memang ada beza kedudukan tulang belakang bahagian bawah di punggung. Lari sebelah dan saya selama ini mungkin banyak menggunakan otot kaki kanan disebabkan kedudukan tulang yang tak sekata itu.
Dah lama dibiarkan begitu dan sekarang saya mula rasa kesan dan akibatnya. Sakit berdenyut berpanjangan akan kekal selagi tidak dibuat sesuatu yang sesuai. Rawatan fisioterapi ambil masa dan tak cukup hanya sekali sahaja.
Semua itu hanya dengan kos RM60 sahaja !
Bagi orang Kelantan yang nak cuba dapatkan rawatan fisioterapi kat tempat yang saya pergi itu boleh cari di alamat seperti berikut:
Buat urutan badan di Sabah
Dalam keadaan sakit itu saya ke Sabah tiga minggu lepas. Kebetulan kawan ajak pergi mengurut seluruh badan dari pusat urutan yang dia serng berkunjung. Saya pernah ke sana sekali sebelum ini. Urutan dari tukang urut orang Indonesia memang agak melegakan.Saya fikirkan bagus juga dengan keadaan sakit kaki sebelh kanan itu. Mungkin dengan urutan penuh itu akan melegakan. Maka saya pergi mengurut sampai dua jam seluruh badan dari kepala sampai ke hujung jari kaki.
Hasilnya !
Tak ada sedikitpun rasa sakit dan lenguh itu hilang. Malah saya rasa macam sakit dan lenguh itu semakin teruk berbanding sebelum pergi mengurut seluruh badan.
Buat rawatan fisioterapi di Kelantan
Kebetulan saya pergi ke Kelantan baru-baru ini. Kawan kenal pula dengan seorang kawannya yang mengusahakan pusat rawatan fisioterapi di Kota Bharu.Saya tak fikir panjuang terus ajak dia ke sana. Sakit dan lenguh dah tidak boleh ditahan lagi. Perlu buat sesuatu dan mungkin kali ini pusat rawatan fisioterapi ada jawapannya.
Nak diringkaskan cerita memang betul. Dalam keadaan sakit dan lenguh sebegitu, pusat rawatan fisiotarapi adalah yang terbaik. Mereka akan buat pemeriksaan, tekan pada bahagian tertentu sehinggalah puncanya dapat dikesan.
Setelah bertemuramah sejarah dan aktiviti saya selama ini, dia sahkan saya alamai masalah urat pada tulang belakang tersepit. Puncanya adalah kesan dari tulang belakang yang terseliuh lama sebelum ini.
Dia rasa dan tekan seluruh tulang belakang memang ada beza kedudukan tulang belakang bahagian bawah di punggung. Lari sebelah dan saya selama ini mungkin banyak menggunakan otot kaki kanan disebabkan kedudukan tulang yang tak sekata itu.
Dah lama dibiarkan begitu dan sekarang saya mula rasa kesan dan akibatnya. Sakit berdenyut berpanjangan akan kekal selagi tidak dibuat sesuatu yang sesuai. Rawatan fisioterapi ambil masa dan tak cukup hanya sekali sahaja.
Rawatan fisioterapi yang baik dan murah
Apa yang bagus tentang pusat rawatan fisioterapi tersebut adalah aktiviti pembetulan yang diberikan secara penuh walaupun baru sekali ke sana. Dibetulkan kedudukan tulang. Dilagakan kekejangan otot dan urat. Diberikan juga cara senaman yang perlu dilaksanakan setiap hari.Semua itu hanya dengan kos RM60 sahaja !
Bagi orang Kelantan yang nak cuba dapatkan rawatan fisioterapi kat tempat yang saya pergi itu boleh cari di alamat seperti berikut:
Airist Health Centre Sdn Bhd, No 8021, Bandar Baru Setelit, Pasit Tumbuh, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Tel 010-3037006 atau 09-7657006.
Memang sakit masih tak lega 100%, nak kena buat ulangan rawatan susulan. Tapi apa yang saya dapat dan maklumat yang diberikan dengan kos hanya RM60 adalah sesuatu yang amat tidak disangka.
Berbanding dengan kos rawatan yang sama yang saya cuba di KL, harganya amat tidak berbaloi. Mereka hanya berikan rawatan legakan otot dan urat, tenyeh sana dan sini dan terus charga RM74. Senaman tak diberi, punca tak dikesan dan kalau nak semua itu, perlu datang lain kali dengan kos yang sudah tentu lebih tinggi daripada kos pengenalan pertama.
Saya akan cuba satu lagi pusat rawatan fisioterapi kat Bangsar Pulak selepas ini. Kita tengok nanti mereka buat macam mana pulak dan berapa kos yang perlu saya bayar. Nanti saya update lagi...
Apabila lenguh pada badan... Tak tidor malam dibuatnya.
ReplyDeleteBetul tu. Kenan sapu krim panas terlebih dahulu baru rasa lega dan boleh tidur
DeleteSaya menghadapi masalah yg sama. Dari remaja sampai skrg 40an
ReplyDeleteBahaya jika dibiarkan begitu saja. Elok buat sesuatu. Pergi fisioterapi mungkin dapat membantu kenal pasti puncanya
DeleteBoleh share tak cara senaman untuk melegakan rasa sakit tu?...sy pun asalnya terseliuh tp abaikan .....lama2 sakit melarat dr kaki hingga ke betis seterusnya paha n pinggang.....Ya Allah sakit teramat
ReplyDeleteSenaman bergantung pada punca sebenar sakit itu. Perlu dapatkan nasihat dari pakar firioterapi. Tapi kalau nak senaman umum boleh lihat pada link ini http://www.jasduit.com/2016/07/5-senaman-ringkas-terbaik-legakan-sakit.html
Deletegood
ReplyDeleteCuba lah rawatan di Ceragem. Rawatan khusus tulang belakang. Rawatan atas katil urut percuma dengan syarat kena rajin datang buat rawatan baru dapat hasil yg berkesan dalam tempoh yg paling singkat bergantung pada tahap sakit
ReplyDeleteSabah bhgian mna yea???
ReplyDeleteEm saya pon selalu lenguh2 kaki drpd sekolah rendah lagi sampai skrg dh 22 tahun pon. Tapi sekarang baru nak cari punca dan penyelesaian utk hilangkan lenguh kaki ni. Sebelum ade mengurut jugak tapi takde perubahan pon. Awak buat rawatan dkt hospital kerajaan atau swasta ye utk fisio tu?. Ke klinik pon boleh?. Terima kasih sharing.
ReplyDeleteSwasta
Deletesaya juga alami simptom2 mcm yg encik sebutkan..sakit dr tapak kaki bawa smpi ke peha..klu dipicit dibahagian tulang blkg sblh punggung kiri..terasa sgt sakit..berjalan sikit saje dh terasa sgt lenguh..kadang nak tidur pn masih terasa..apakah sy perlu berjumpa soktor terlebih dahulu sebelum rujuk ke fisio?doktor pakar apa yg boleh sy rujuk?
ReplyDeleteelok pergi jumpa pakar atau boleh pergi jumpa klinik Pusat Kiropraktik berdekatan untuk mereka check masalah sebenar. Google Pusat Kiropraktik untuk dapatkan maklumat lanjut
DeleteSy rs mcm sy dh kne dh ni.. Sakit lenguh dri betis naik ke paha dan ke punggung.. Sakit dia sblh dlm punggung.. Rs mcm kat sendi cmtu..sy pon ade lenguh2 pinggang dh lme dh.. Hri ni bgun pg td paha dgn sblh dlm punggung makin sakit.. Nk duduk bgn dh x sakit dh.. Makin parah dh ni.. Tuan punya sakit cmne.. Dh ok..Ke..
ReplyDeleteSaya dah lega alhamdulillah. Pakai khidmat fisioterapi berkesan insyaallah
DeleteDiagnosis apa yg doktor buat utk tahu jika ada urat saraf yg tersepit
ReplyDeletesaya masih remaja 18tahun dan berasa benda yg sama . saya pon tktahu kenapa rasa macam ni . saya just google then jumpa page ni .
ReplyDeletekaki rasa lenguh sgd dari pinggang sampai hujung kaki . kadang² duk saja pon berasa 😅 bila time sejuk , lagi lahh makin menjadi² .
apa yg patot saya buat ya ? 🙂
saya alamai sakt yang sama. pergi urut tp masih lengoh kaki smpai ke pinggang. apa langkah pertama yg perlu saya buat..
ReplyDeleteBoleh try pergi jumpa Chiropractic atau buat Fisioterapi
DeleteSaya mengalami lenguh kaki ni sejak Dari 20an lagi ttapi apabila dah meningkat 30an lenguh kaki smakin teruk tetapi sakit ni datang kadang Kala,sejak umur saya 36 tahun ni apabila nk datang period lenguh akan datang saya tahu yang saya akan period.. .saya mohon pencerahan bg yg tahu bagaimana Cara nk mengatasi sakit lenguh kaki ini ,semalam paling teruk saya kena sehingga sy xdpat nk brdiri sholat. ..
ReplyDeleteBoleh try pergi jumpa Chiropractic atau buat Fisioterapi
Deletesalam,saya sedang alami urat cekang dan lenguh dri punggung knan hingga pergelangan kaki,bila duduk sja.klu berdiri jln2 ok ja.sblm tu sy trtido ats simen,mulanya biasa ja tp 1 ari tu saya nk bertinggung tiba2 pinggang saya mletup.nk bgun pn susah.sy pergi ngurut cara kmpg dan hasilnya smakin ok.pda 1 pagi saya nk siap g kja sy ttrasa kaki saya jd mcm kna kejang otot.bila duduk lg sakit tp bila berjln buat kja rsa kurang.bila duduk ja trasa lenguh dri punggung hingga ke pergelangan kaki.otot betis dan urat kaki nmpk mcm berdenyut.
ReplyDeleteMungkin urat belakang tersepit kat pinggang tu. Duduk atas kerusi, cuba silang panggung kaki kanan (kaki yng lenguh) tu letak pergelangan kaki atas kepala lutut. Kemudian turunkan badan perlahan-lahan sampai dada kena kaki yang bersilang tu
DeleteBuat bberapa kali.. kalau selepas buat macam tu ada rasa lega, mungkin ada masalah kat urat belakang bahagian pinggang tu. pergi jumpa Chiropractic untuk dapatkan rawatan
Assalamualaikum , nak tanya kenapa kaki kanan saya skit belah peha & punggung kanan , nk pusing ke kiri atau kanan , bergerak sikit ja teruk sakit terasa mcm menyengat , pegi hospital dia bgi ubat tahan sakit ja , dia xcheck apa pon , pedih tu tuhan ja yg thu , minta pendapat atau cadangan
ReplyDeleteWalaikomsalam! sorry baru jawab soalan ni. Cuba taip perkataan "Sciatica pain' kat Youtube. Boleh cuba cari maklumat berkenaan sakit tu dan cuba legakan dengan samada duduk atas bola lisut dan tekan bahagian sakit tu sambil sila panggung kaki kanan tu letak atas kaki kiri.
DeleteTak ada bola lisut boleh duduk atas kayu atau benda berbentuk cylinder bersaiz paha. Roll bahagian sakit tu atas cylinder tu. Kerap buat insyaallah akan lega sakit tu. Cubalah !
sy pon alami mslh yg sama.mase muda2 dlu jarang2 skali lenguh ni...skrg lenguh dr kaki smpai ke pinggang...x hilang2..x bole bdiri lama ckit.nk solat pon susah...kalo bjln ok ckit x trase sgt tp bila brehat atau bdiri skt tu akn rase blik
ReplyDeleteSaya ada dengar tentang kiropraktik kelantan di bandar pasir tumboh. Tapi tak berani takut hanya menambahkan kesakitan. Sekarang lenguh dah jadi sakit, rasanya saya akan cuba kesana la secepat mungkin.
ReplyDeletePenah kena lenguh ni sejak umur 20thn..selalu mlm nk tido rsa..kena buat exercise kaki baru blh tido..lenguh ni ada masa dia dtg..ni umur 40 dtg balik...dlu sy mnum susu anlene ada kurang..skrg kena mnum susu lg la kot
ReplyDeleteSaya alami beda yg sama.. dah pegi tempat tu di kelate, lega kejap.. pastu kembali sakit, aduhhh
ReplyDelete