5 media sosial yang dikaji adalah seperti berikut:
- Snapchat
- YouTube
Media sosial paling merosakkan minda
Dalam kesemua media sosial di atas tu, hanya YouTube sahaja yang didapati memberikan impak yang positif.Media sosial yang paling teruk merosakkan minda dan menyebabkan minda anak-anak muda sakit adalah Instagram. Anak-anak muda yang menggunakan Instagram didapati mengalami masalah rasa kekurangan diri dan seterusnya menimbulkan perasaan resah gelisah tak menentu.
Selepas Instagram, Snapchat pula berada di kedudukan nombor 2 sebagai media sosial yang teruk mendatangkan masalah jiwa kepada anak muda.
Kedua-dua media sosial itu punya ciri-ciri yang sama. Iaitu memfokuskan kepada pemaparan imej bergambar. Kesan dari melihat gambar yang dipaparkan dalam instagram dan snapchat itu membuatkan anak-anak muda membandingkan diri mereka dengan orang lain.
Dari situ timbul rasa tak cukup, rasa kurang diri, rasa sunyi, tertekan dan ada yang sampai melarat kepada cubaan nak bunuh diri. Teruk sungguh rupa-rupanya kesan media sosial kepada kesihatan mental terutamanya kepada anak-anak muda.
Ada banyak applikasi yang boleh digunakan oleh pengguna media sosial untuk membuatkan gambar yang dirakamkan menjadi jauh lebih elok dari sebenarnya. Kalau orang tua macam saya tengok gambar-gambar yang diubah suai tu mungkin tak berapa nak mengancam sangat sebab dah tua.
Kalau sama umur buat modifikasi gambar kasi bergetah, dan kongsikan gambarnya kat media sosial, biasanya saya akan kata dia buang tabiat. Masih nak gedik melaram walaupun dah tua nak mampus.
Tapi jika anak-anak muda tengok posting kawan sebaya, mereka cenderung untuk bandingkan dengan diri mereka sendiri.
Kajian dijalankan terhadap seramai 15 ribu anak muda yang berumur antara 14 tahun sehingga 24 tahun. Sumber rujukan kat sini
Kemajuan makan diri manusia
Tidak mengejutkan sangat bila saya baca laporan daripada kajian tersebut. Memang sejak dahulu sampai sekarang, apa saja benda yang manusia cipta akan berbalik makan diri manusia sendiri.Kononnya kita buat semua kemajuan dan pembangunan untuk memberikan kesenangan kepada umat manusia. Tapi hampir semuanya terbalik. Apa yang berlaku sebaliknya membuatkan manusia menjadi lebih mabuk dan menjauhi sifat kemanusiaan yang sepatutnya.
Mula-mula dulu kita reka peralatan dengan menggunakan tulang dan kemudiannya batu dan tembaga. Itu semua untuk memudahkan kita menjalani kehidupan. Lama kelamaan, semua peralatan itu menjadi tuan kepada manusia. Bila tak ada habis rasa rosot kepala tak boleh nak hidup. Senjata itu tak akan lekang tersisip kat badan tiap kali manusia pergi berjalan.
Sampai sekarang manusia macam tu juga. Kita buat handphone untuk memudahkan komunikasi dan perhubungan sesama manusia. Tapi nampaknya handphone dan jadi tuan kepada manusia sekarang. Tertinggal handphone kat rumah saja sudah cukup untuk membuatkan kita resah gelisah dan terpaksa balik ambil handphone itu.
Kawan depan mata tapi chat dengan orang jauh
Tujuan handphone adalah untuk rapatkan silaturahim sesama manusia. Yang jauh didekatkan dengan kemudahan berhubung. Tapi hasilnya perhubungan kita dengan orang yang duduk depan mata menjadi suram tak bermaya.Banyak kali berlaku ketika bersama dengan kawan-kawan satu meja kat kedai kopi, kawan saya kat depan tu asyik tenggelam melayan kawan-kawannya yang berada jauh entah di mana. Saya dibiarkan terkebil-kebil melihat dirinya tersenyum tersengih sambil menatap skrin handphone nya itu. Tertunggu0tunggu bila agaknya dia nak layan saya pula.
Mungkin saya perlu bangun, start kereta dan pergi jauh beratus batu darinya, untuk mendapatkan perhatiannya. Saya perlu jauh darinya dan kemudiannya berhubung dengannya melalui whatsapp atau media sosial lain. Barulah dia akan layan ! Macam siut!
Bukankah lebih mudah layan orang kat depan mata dari susah payah nak layan orang jauh. Kalau duduk sorang diri dalam hutan, layanlah orang jauh tu dengan media sosial.
Rumah dekat tapi tak kenal
Kalau tok nenek kita balik ke zaman sekarang, tentu dia akan terkejut tengok betapa banyaknya rumah rapat-rapat berkongsikan dinding dan bumbung. Satu taman ada beratus malah beribu rumah. Semua saling sebelah menyebelah.Tentu tok nenek kita kata seronok sebab mudah untuk kita saling berkerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Tentu mudah untuk kita saling ziarah menziarahi dan tolong menolong sesama tetangga.
Tapi dia tentu terkejut bila dapat tahu kita tak pernah bercakap dengan jiran sebelah kita dah hampir setahun. Paling akhir kita bertegur sapa adalah 9 bulan yang lepas. Ada jiran kita yang tidak pernah bertegur sapa dan nama mereka pun kita tak kenal.
Tentu tok nenek kita akan kata, lebih baik jangan duduk dekat-dekat kalau macam tu !!!.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !