Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 July 2017

Kenapa perempuan nampak sangat menarik ketika berada dalam kereta baru dah bersih

  Ano Nyme       26 July 2017
Jika anda seorang lelaki tentu perasan perkara ini. Kenapa seorang perempuan itu kelihatan sangat cantik dan menarik ketika berada di dalam sebuah kereta baru dan bersih ketika memandu?.

Dari sedikit pertanyaan yang saya tanya kepada kawan-kawan lelaki, semuanya mengakui perkara yang sama. Dari mata seorang lelaki, apabila sedang menunggu dalam kereta di depan lampu merah. Kebetulannya disebelah ada sebuah kereta baru tak kisah jenis apa kereta itu. Dan di dalamnya ada seorang pemandu wanita. Wanita itu kelihatan menarik dan anggun.

Kemungkinan wanita yang sama jika dilihat dalam keadaan biasa di luar dan bukan berada di dalam kereta, tidaklah menarik dan cantikpun. Biasa-biasa saja dan tiada apa yang menarik.

Adakah anda juga perasan apa yang saya nyatakan ini?

Ilmu sains terhadap perkara menjijikan

Saya tertanya-tanya kepada persoalan ini dah agak lama. Tapi tak lah sampai ke peringkat mengkajinya untuk mencari jawapan. Sehinggalah satu hari saya sedang memandu dan mendengar siaran radio BFM89.9

Ada satu temurah yang dilakukan oleh DJ di BFM terhadap seorang ahli sains yang sedang mengkaji ilmu yang di panggil Ilmu sains terhadap perkara jijik (Sciences of Disgust).

Bagaimana boleh timbul rasa menjijikkan pada diri kita manusia?

Apa perlunya perasaan menjijikkan itu kepada manusia?

Sebenarnya keupayaan untuk rasa jijik itu ada peranan yang amat penting dalam matlamat untuk memelihara diri kita daripada masalah kesihatan. Ia serupa satu sensor yang ditimbulkan oleh badan kita lalu disalurkan kepada semua deria untuk menjauhi sesuatu yang jijik.

Kita dah dibekalkan keupayaan untuk mengesan bahawa sesuatu yang jijik itu bakal mendatangkan masalah kesihatan kepada tubuh badan. Bla rasa jijik, kita akan secara spontan cuba menjauhi benda yang menjijikkan itu. Itu satu langkah yang paling selamat untuk menjaga kesihatan.

Semua orang kelihatan menarik bila bersih dan segar

Itulah jawapannya kenapa kita lihat seorang perempuan kelihatan amat menarik, cantik dan anggun ketika berada di dalam kereta yang baru dan bersih.

Suasana dalam kereta itu yang kelihatan bersih di dalam cermin berkilat dan bersih, membuatkan deria kita tertarik dan rasa berkenan. Jika seorang perempuan berada di dalam kereta yang buruk compang camping dan kotor, secara spontan juga deria rasa tak berkenan, walaupun yang ada di dalamnya memag benar-benar cantik.

Begitu juga jika kita melihat perempuan yang berada di luar kenderaan di dalam pasaraya membeli belah yang dingin dan nyaman. Jika perempuan itu kelihatan bersih, segar dengan rambut yang basah mengurai, tak perlu lihat rupa parasnya, dah cukup untuk rata tertarik.

Itu semua peranan sensor yang ada dalam tubuh badan untuk membuat pilihan jika kita sedang mencari pasangan.

Tak sukar untuk kelihatan menarik

Rumusannya, untuk kelihatah menarik bukannya susah sangat. Memang kita dah ada keupayaan untuk sentiasa tertarik kepada apa saja yang kelihatan bersih, segar dan nyaman. Ia memberi petanda benda itu adalah selamat dan tidak ada potensi kepada masalah peyakit.

Jadi pastikan anda sentiasa jaga kebersihan dan pastikan anda sentiasa kelihatan segar. Begitu juga ketika berada di dalam rumah bersama anak dan pasangan masing-masing. Jaga kebersihan, jaga kesegaran, insyaallah pasangan akan sentiasa tertarik secara automatik.

Terutamanya jika kita mahu menjalinkan perhubungan intim dengan pasangan masing-masing. Buat diri cantik dan kelihatan bersih dan segar memainkan peranan penting dalam menjalinkan perhubungan.

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa perempuan nampak sangat menarik ketika berada dalam kereta baru dah bersih

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !